Aug 19, 2017 - 49831

“Wahai Anak, Mak Sayang Sangat Kamu. Moga Kita Jumpa di Syurga” — Pesan Bonda Rozita Buat Datuk Aliff & Semua Anaknya

Benarlah kata pepatah. Kasih sayang antara ibu dan anak itu ibarat air yang mengalir. Walau dicincang dengan mata pedang paling tajam di dunia, ia tetap takkan terputus.

 

 

Oleh: Mazliana Zainuddin 

 

 

 

 

 

 

HINGGA hari ini, ramai yang berteka-teki apakah sebenarnya status hubungan antara Pengasas Produk Sendayu Tinggi dan Jamu Malaya, Bonda Rozita Ibrahim dengan Pengasas Produk Kecantikan D' Herbs Healthy Sdn. Bhd. iaitu Datuk Aliff Syukri. Datuk Aliff Syukri merupakan anak ketiga, pernah menceritakan secara terperinci kisah pahit-maung kehidupan yang pernah dilaluinya semasa kecil dalam satu temu bual bersama InTrend sebelum ini.

 

 

 

 

 

 

Tetapi ramai yang berteka-teki. Apakah perhubungan antara ibu dan anak ini renggang dan tidak mesra kerana konflik peribadi? Namun, menerusi beberapa status yang dimuat naik di laman Instagram Bonda Rozita Ibrahim dan Datuk Aliff Syukri, ternyata hubungan ibu-anak ini sangat baik. Malah sangat ceria dan bahagia dengan cara mereka yang tersendiri.

 

Paling baru, Bonda Rozita Ibrahim bercuti sambil membuat lawatan bisnes bersama Datuk Aliff Syukri di Ho Chi Minh. Walaupun di laman Instagram masing-masing, wajah mereka saling cuba disembunyikan, para netizen dapat mengagak bahawa mereka bergerak dalam satu delegasi yang sama.

 

 

 

 

 

 

 

 

Lihatlah bagaimana Bonda Rozita bergurau-senda dengan Datuk Aliff Syukri, seperti yang ditulisnya sendiri dalam satu caption Instagram sewaktu dia berjoging di tengah-tengah bandar Ho Chi Minh yang berbunyi begini:

 

“Bonda buat apa?? Kena tiga kali dia tanya saya masih tak layan sebaliknya terus joging. Mengamuk dia. "Bonda gila, bonda gila, ha ha ha! Kerenah anak-anak yang menghiburkan. Tapi kalau orang lain memang sentap agaknya. Tapi saya tahu di bergurau…”

 

Lebih menarik lagi, Bonda Rozita Ibrahim memberikan jawapan kepada pengikutnya di ruangan komen apabila ada yang mengkritik cara gurauan dan panggilan “Bonda gila” yang diteriakkan oleh anak.

 

Ini jawapan Bonda Rozita yang sangat tenang, matang, jauh sekali daripada melatah:

 

“Kalau kita fikir tentang semua benda, memang kita takkan dapat menjalin hubungan silaturahim dengan baik dan kita pasti akan sakit sendiri. Zaman sudah berubah. Tetapi untuk lebih memahami, lain negara lain budaya. Lain keluarga lain caranya. Kalau semua perkataan kita nak sentap, semua anak akan masuk neraka. Ada kala anak tu berniat baik, tetapi kita salah erti. Maka kerana itu, kita mungkin kehilangan benda indah dalam keluarga kita. Ini sekadar pandangan Bonda. Bonda orang yang sudah berusia tetapi hidup di zaman anak yang moden…”

 

Datuk Aliff Syukri juga dilihat memuat naik fotonya memeluk Bonda Rozita Ibrahim dengan caption yang berbunyi:

 

"Saya sayang mak sampai syurga 😍😍  Siapa sayang mak please tag mak dia. Komen saya mak saya juga...

 

 

 

 

 

Ini Amalan dan Pesanan Bonda Rozita

Ujar Bonda Rozita Ibrahim, “Doa melembutkan hati yang keras untuk anak atau siapa saja yang kita sayangi. Saya kongsikan kali ini. Al-Quran adalah rahsia ghaib yang indah, begitu juga kasih sayang dan harapan saya kepada anak-anak. Alunan cinta yang sangat indah dan dalam masa yang sama menakutkan…Wahai anak, Mak sayang sangat kamu semua. Doa Mak, kita bertemu dekat syurga. Kat dunia kita berkumpul sebagai keluarga, di akhirat belum tentu. Dirikan solat, taat kepada Allah. Jagalah akhlak dan peribadi…”

 

Semoga hubungan ibu-anak ini terus mekar, saling membantu dan sama-sama teguh untuk terus mengangkat martabat industri produk kecantikan jenama Malaysia.

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


Topik:  general

  • ← Sebelum

    Kenapa LELAKI KOREA Ini Jatuh Cinta Lantas Kahwin Dengan GADIS MELAYU? Ini Pengakuannya

  • Seterus →

    10 Fakta Menarik Pembikinan Video 'Kota Anak Generasi' — TONTONLAH Kalau ANDA Sayang Malaysia!