Jul 24, 2017 - 62935

Kenapa LELAKI KOREA Ini Jatuh Cinta Lantas Kahwin Dengan GADIS MELAYU? Ini Pengakuannya

Fenomena Korea masih melanda Malaysia, malah ada wanita yang mahu mencari calon suami yang berasal dari Korea Selatan. Ikuti temu bual bersama Fadhi yang pernah menjadi tular dek perkahwinan dengan jejaka Korea Selatan.

 

 

 

Oleh: Athirah Zulkifli 

 

 

 

 

Kredit foto:

 

 

 

Kredit foto:

 

 

 

 

PERNAH satu ketika dahulu, wanita ini pernah menjadi viral gara-gara dia berkahwin dengan jejaka dari Korea Selatan. Empunya diri, dan suaminya kini bahagia melayari bahtera rumahtangga yang dibina pada tahun 2014.

 

Sejak tularnya perkahwinan mereka, maka ramailah wanita di Malaysia mahu berkahwin dengan jejaka Korea. Mungkin ia menjadi inspirasi buat wanita Malaysia yang mahu menjadi lelaki Korea sebagai suami mereka.

 

Apa yang menarik mereka ini, siapa sangka bertemu buat pertama kali ketika ditugaskan untuk menjaga pelajar antarabangsa menerusi program ‘exchange student’, Fadhi dan Aiman Kim Je Young akhirnya berkahwin. Menurut Fadhi selepas sebulan berkenalan, hubungan mereka bertambah rapat dan Kim memberitahu hasrat hatinya untuk menikahi Fadhi.

 

 

 

 

Ibu bapa Fadhi pada awalnya tak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Kim namun tiga bulan kemudian mereka berdua melangsungkan pernikahan yang dilakukan secara kecil-kecilan. Itulah namanya jodoh.

 

Selain itu, dek kelebihannya fasih berbahasa Korea, wanita muda ini juga memulakan perniagaan pelancong di Korea sejak 2014. Jika ada yang berminat mahu melancong ke Korea Selatan bolehlah cari Fadhi di atau layari website www.kimfadtravel.com untuk ketahui lebih lanjut lagi.

 

 

 

 

 

InTrend berkesempatan menemu bual Fadhi berkongsi serba sedikit tentang kehidupannya setelah hampir tiga tahun berkahwin dengan suaminya yang berasal dari Korea Selatan.

 

1. Ceritakan detik-detik perkenalan Fad dan suami? 

Kami berkenalan melalui program BUDDIES iaitu satu inisiatif UTM International Office untuk membantu pelajar-pelajar antarabangsa yang datang ke UTM malalui program pertukaran pelajar.

 

Saya merupakan BUDDY kepada Kim (suami) dan seorang pelajar dari Finland. Kim adalah salah seorang pelajar pertukaran selama setahun (2 semester) di UTM jadi dari situ saya mengenali dia dan mulai rapat sejak semester keduanya di UTM.

 

 

 

2. Bagaimana kehidupan Fad setelah hampir tiga tahun mendirikan rumahtangga bersama suami? 

Alhamdulillah, hampir tiga tahun (sejak Ogos 2014) mendirikan rumahtangga, kehidupan saya berubah daripada segi tugas-tugas harian saya dari seorang pelajar dan anak kepada seorang isteri dan business woman.

 

Bersyukur walaupun ada masanya sukar untuk memahami dia kerana latar belakang yang berbeza, banyak yang saya belajar melalui perkahwinan campur ini lebih-lebih lagi tentang agama dan budaya. Hingga ke hari ini, kami masih sama-sama belajar tentang agama dan masih lagi melalui proses adaptasi budaya dalam kehidupan seharian. 

 

 

 

 

 

3. Apa yang membuat Fad tertarik dengan suami? 

 

Saya tertarik dengan sikap dia yang bekerja keras dan sukakan ilmu pengetahuan. Setelah beberapa bulan mengenali Kim, saya melihat dia lebih kepada inspirasi untuk belajar kerana dia seorang pelajar yang tekun dan sangat hardworking sepanjang saya mengenalinya.

 

Pernah saya 'betting' dengan dia untuk tengok keputusan final siapa lebih power, yang akhirnya saya kalah. Dari situ saya jadi kagum dan selalu belajar bersama, cuba untuk tahu dan tiru cara belajar dia. Dalam tempoh kami luangkan masa bersama, saya lihat dia mula tertarik untuk mengetahui tentang Islam, berbeza daripada kawan-kawan Korea saya yang lain.

 

Mungkin dalam tempoh tersebut, saya jadi sukakan usaha dia untuk cuba untuk mendalami agama Islam dan juga sifat dia yang gentleman macam dalam drama Korea yang banyak saya tonton. 

 

 

 

 

4. Apa tanggapan mak mertua atau saudara suami Fad akan perkahwinan ini? 

Pada awalnya, keluarga kami ragu-ragu dengan keputusan kami untuk berkahwin. Ini kerana, di Korea, kahwin campur tidak sebanyak dan normal seperti kita di Malaysia kerana homogeneous society dalam kalangan orang Korea menyukarkan orang luar untuk menerima budaya-budaya mereka.

 

Namun, apabila bersua muka, keluarga dan saudara belah suami bersifat terbuka dan sangat mengalu-alukan kedatangan saya sewaktu saya berkunjung ke rumah mereka. Alhamdulillah, saya diterima baik setelah mereka mengenali saya.

 

 

 

 

 

 

5. Perkahwinan Fad pernah menjadi viral suatu ketika dahulu di Malaysia, malah hingga ke hari ini wanita menjadi Fad sebagai inspirasi mereka untuk mencari calon suami dari negara itu. Apa pendapat anda tentang hal ini? 

 

Sejujurnya,  tidak pernah terlintas di fikiran saya ingin  berkahwin dengan seseorang yang berlainan bangsa apatah lagi berlainan agama. Namun jodoh pertemuan Allah yang tentukan.  Alhamdulillah saya dijodohkan dengan suami.  Dan alhamdulillah juga ada yang ingin menjadikan saya sebagai inspirasi mereka. 

 

Namun perlu saya ingatkan bagi mereka yang ingin mencari jodoh dalam kalangan orang luar dan berbangsa asing kita perlu bersedia dengan segala kemungkinan kerana kita datang dari latar belakang yang berbeza agar tidak terkena kejutan budaya dan agama.

 

 

 

6. Jika ada wanita Malaysia yang mahu menjadi cari calon suami Korea apa tips yang boleh dikongsikan?

Antara tips yang saya boleh kongsikan, kena tahu serba sedikit bahasa dan budaya Korea untuk memudahkan komunikasi antara satu sama lain. Mungkin kalau pandai masak masakan Korea lebih baik sebab bukan sahaja boleh pikat calon suami, keluarga mertua pun terpikat sekali. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 Kredit foto:

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Ini Sebab-sebabnya CHEF WAN Menegur — Kita Kena Dengar Kalau Nak Jadi Bangsa yang Maju dan dihormati

  • Seterus →

    “Wahai Anak, Mak Sayang Sangat Kamu. Moga Kita Jumpa di Syurga” — Pesan Bonda Rozita Buat Datuk Aliff & Semua Anaknya