Nov 25, 2016 - 1044

Benarkah Simbolik Warna Bunga Mempengaruhi Kondisi Spiritual dan Kesihatan Psikologi Seseorang?

Ketahui pengaruh warna bunga yang mampu memberi kesan kepada spiritual an minda terhadap seseorang.

 

Oleh: Huda Hussain 

 

 

HATI siapa yang tidak cair atau menguntum senyum tatkala menerima jambangan bunga bukan? Bukan sahaja bisa mencetuskan rasa bahagia malah terbukti bunga memberi sentimen positif dan punya aura tersendiri terhadap emosi wanita. Lebih menarik, warna pada pelbagai jenis bunga juga mempengaruhi kondisi spiritual dan kesihatan psikologi.

Daripada melihat sekuntum bunga dengan warna tertentu, spektrum warna yang diterima otak menghantar isyarat ke sistem saraf yang menghasilkan kesan tertentu terhadap fikiran dan jiwa manusia. Berikut adalah huraian sifat warna dalam perspektif bunga yang membantu mencapai keseimbangan spiritual dan mental individu. 

 

 

1. Bunga Merah 

 

 

Spektrum warna merah bagi pelbagai jenis bunga cukup luas. Misalnya bermula dengan warna merah, merah bata, merah darah hingga merah tua. Umumnya, warna merah melambangkan kecantikan, dinamik, kontras, provokatif, keberanian, semangat dan inspirasi. Bagi pakar terapi warna, warna merah pada sesuatu jenis bunga memberi intuisi positif untuk meningkatkan keyakinan dan kepercayaan pada diri individu. 

 

 

 

2. Bunga Merah Muda 

 

 

Warna ini mempunyai sedikit persamaan dengan warna merah tetapi spektrum warnanya lebih muda, segar serta hangat. Warna merah jambu misalnya dapat mencetuskan penampilan lebih feminin dan suasana romantis. Selain itu, warna merah muda juga mempengaruhi keseimbangan emosional serta mencetuskan perasaan yang lebih sensitif. 

 

 

 

3. Bunga Putih 

 

 

Umum mengetahui warna putih melambangkan kebersihan, kesempurnaan, kesucian dan ringkas. Daripada perspektif psikologi, warna putih berupaya meredupkan perasaan kerana ia menterjemahkan elemen kesopanan, kemurnian, kelembutan dan kesederhanaan. 

 

 

 

4. Bunga Biru 

 

 

Spektrum warna biru juga tidak kurang luasnya. Warna biru melambangkan kedamaian, kejernihan hati dan persamaan. Warna ini juga berupaya memberi ketenangan dalam fikiran dan jiwa selain bisa membantu menurunkan tekanan darah tinggi daripada perspektif terapi. 

 

 

 

5. Bunga Ungu 

 

 

Pakar terapi warna mempercayai bahawa warna ungu dapat membantu proses meditasi atau ketenangan untuk mengembalikan kondisi kesihatan bagi mereka yang menghidap penyakit darah tinggi. Malah pakar terapi menggunakan pendekatan bunga warna ungu untuk terapi penyakit insomnia. 

 

 

 

6. Bunga Jingga 

 

 

Bagi pengamal terapi, pendekatan bunga berwarna jingga menyuntik inspirasi dan refleksi untuk kembali bersama teman, mengimbau kenangan yang indah dan mencetuskan senyuman. Rangkaian bunga jingga memberikan kepercayaan pada diri, kepuasan dan keinginan untuk terus hidup. 

 

 

 

7. Bunga Kuning 

 

 

Warna kuning punya kaitan dengan emas dan dianggap sebagai simbol kemurnian, kejernihan dan kepintaran. Malah ada yang berpendapat menulis di papan berwarna kuning meningkatkan daya ingatan. Berikan bunga berwarna kuning untuk menghargai kemampuan dan kejujuran seseorang. 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    “Usah Berfantasi Sampai diikat, ditambat dan dipukul. Nanti Makan Tuan” — Dr. Ismail Thambi

  • Seterus →

    Penulis Ini Beri Sebab Kenapa ‘Kamasutra’ Wujud dan Mengapa Suami Isteri Patut Mencubanya