Dec 14, 2016 - 23154

Penulis Ini Beri Sebab Kenapa ‘Kamasutra’ Wujud dan Mengapa Suami Isteri Patut Mencubanya

‘Kamasutra’ bukan dicipta untuk dinikmati ahli akrobatik semata-mata. Ia datang dengan sebab dan cara.

 

Oleh: Raden Wijaya 

 

 

DALAM tamadun manusia global, beberapa budaya dan kenyataan hidup terus subur diamalkan selagi ia relevan dalam hidup dan mata masyarakat. Menariknya, budaya dan perkara tadi pula menjadi turut menjadi amalan masyarakat lain, yang jauh beribu batu dari tempat kelahiran atau amalan dengan latar budaya berbeza.

 

Feng Shui contohnya, mula akrab dengan budaya tempatan dan juga di Eropah dan Barat, atas dasar logik dan juga kesesuaian dan  keharmonian hidup yang boleh didapati dari amalan itu. Hubungan manusia dan alam sekitar, sentiasa mahu diharmonikan di mana jua kedua makhluk ini bersama. Selain itu, rahsia alam, tentunya sentiasa mahu dicungkil oleh manusia dan mendalaminya.

 

Kini, masyarakat selain Cina juga memperkatakan tentang unsur Feng Shui dalam banyak segi, dan ia bukan hanya terdapat di dalam media dan berita, tapi diamalkan pula oleh masyarakat jauh.

 

Contoh lain ialah satu perkara tentang hubungan manusia yang hidup subur dalam abad berabad, sebagi legenda, ilmu dan juga debat yang bernas.

 

Kamasutra, merupakan satu lagi unsur setempat (India) yang menjadi global dalam dunia hari ini. Kamasutra, selain menjadi global, turut serentak kekal sebagai isu tabu yang jarang diperkatakan oleh sebahagian masyarakat.

 

Begitupun, membicarakan perkara tabu tidak salah jika diambil dari segi perspektif pengetahuan dan ilmu, sementelah artikel ini ditujukan khas buat para suami isteri yang mahu tahu dan mahu ‘itu’…

 

 

>>>[KLIK DI SINI] “Nafkah Batin Untuk Ceriakan Isteri, Tapi Ramai Suami Ingat Sebab Nak Buktikan Dia Kuat" — Ustaz Kazim Elias<<<

 

 

Dari Mana Datangnya Kamasutra?

 

Kamasutra, merupakan nama yang diambil daripada judul sebuah buku Sanskrit dari Utara India sekitar abad ketiga, oleh Mallagana Vatsyayana. Banyak topik di dalamnya, tetapi yang menarik perhatian dan perlakuan ialah satu bab tentang hubungan ranjang.

 

Yang benar, ia bukan pula sekadar soal hubungan kelamin, tetapi mencakupi hubungan cinta manusia pada manusia juga kehidupan manusia itu sendiri, dan kini Kamasutra menjadi bahan rujuk pula kepada gender study. Sayangnya (atau syukur?), terjemahan awal oleh Sir Richard Francis Burton (1893) dianggap terpesong, tetapi beberapa versi seterusnya semakin menjelaskan perkara itu dalam cahaya yang lebih baik.

 

Jilid Kamasutra, tidak seperti fahaman ramai, turut berkisar isu kehidupan, mencari pasangan, komunikasi suami-isteri, dan beberapa isu lain. Mengenepikan pandangan Facault dan Edward Said tentang teori Kuasa atau Orientalism dalam Kamasutra, kita pastinya lebih tertarik pada bab hubungan ranjang itu. Pedulikan teori, kerana teori tanpa amali tentu tidak berguna, bukan?

 

Dalam Kamasutra, terdapat topik khas mencernakan akan hubungan seks suami isteri – daripada segi posisi yang boleh, sedia dan patut dibongkar oleh setiap pasangan di dunia. Dalam bab itu, dijelaskan banyak posisi bagi suami isteri untuk dicuba, di bawah aksi yang harmoni dan indah.

 

Pujian patut diberi pada imaginasi dan kreatif Vatsyayana (penulis) yang melampau tetapi berkhasiat itu, yang kekal menjadi ilham manusia ramai.

 

 

Bukan Sekadar Posisi

Yang menarik perhatian dunia tentang bab khas Kamasutra ialah hal posisi hubungan ranjang suami isteri, yang ‘pelbagai’ dan ‘bereti’. Pelbagai itu, ialah bilangan posisi yang menjangkau banyak, dan selain teknik missionary yang amat biasa bagi sesetengah pasangan.

 

Mungkin ia seperti graf 'performance' kerja anda. Ada graf melintang dan menegak, atau seperti roller coaster! Berpusing-pusing dan terbalik, atau seperti parasit; melekat dan bertangkup; pelik dan aneh kadang-kadang, tetapi saling memerlukan. Itulah…

 

Bereti itu pula, ialah cara posisi itu digambarkan, tidak menunjukkan unsur paksaan atau luar biasa yang menyebabkan mana-mana jantina diperlakukan berat sebelah. Kamasutra mementingkan nikmat setara, dan untuk itu ia bukan sahaja berkitar tentang suami, tetapi juga isteri. 

 

Kepelbagaian, yang dijelaskan daripada segi jumlah, bukanlah sekadar memperbanyak daripada segi bilangan. Bukan pula sesuatu yang direka oleh badut sarkis atau ahli gimnas untuk mereka saja menikmatinya. Vatsyayana memberi pilihan dan ilmu, kepada manusia biasa, dengan cara dan aksi yang hanya memerlukan sedikit imaginasi dan err, latihan.

 

 

>>>[KLIK DI SINI] “Usah Berfantasi Sampai diikat, ditambat dan dipukul. Nanti Makan Tuan” — Dr. Ismail Thambi<<<

 

 

Siapa Patut Cuba Kamasutra? Siapa Patut Jauhi Kamasutra?

 

Pendapat yang mengatakan Kamasutra hanya untuk ahli akrobatik saja tidak sesuai. Semua posisi itu boleh dan mampu dicuba, kecuali anda tua ganyut, mengalami lemah jantung dan masalah osperosis.

 

Memang kebanyakan manusia biasa di dunia yang (ter)biasa mendengar tentang Kamasutra hanya memikirkan ia soal posisi. Pandangan itu sedikit lencung, kerana, dengan mengambil kira asal Kamasutra dari sebelah Asia, kita tentu dibawa menjelajah akan nilai Asia yang berseni dan harmoni. Kamasutra dilihat bagaimana cara sebaiknya suami perlu melayan isteri dan vice versa.

 

Ia juga mampu melihat lebih daripada Kamasutra, menjangkau imaginasi hubungan suami isteri yang rutin dan biasa. Dan menganggap hubungan itu perlu dijadikan suci, juga nikmat. Dan untuk melakukannya secara nikmat, ia perlu disuntik imaginasi dan kemampuan anatomi manusia. Bukankah pada naluri manusia segala yang defying gravity amat menarik untuk dicuba?

 

Jelas, Kamasutra merungkai kemampuan anatomi, gerakan otot fizikal yang termampu manusia, serta keserasian serta kerelaan dua insan untuk bersama. Kemampuan fizikal, digabung keperluan biologi, melihatkan Kamsutra jelas diceritakan secara ilmiah dan terperinci, serentak berseni. Daripada segi ini, sudah cukup membuktikan Kamasutra itu bukanlah sesuatu yang direka di masa senggang Vasyayana atau sekadar ilham pada malam Jumaat!

 

 

>>>[KLIK DI SINI] Kisah Malam Pengantin dan Fakta Hubungan Intim Buat Anda Kata “Mmm…” dan “Wow!”<<<

 

 

Kamasutra Itu Pemecah Ego Suami?

 

Dalam banyak posisi yang diperkatakan, satu aksi unik yang mendapat perhatian ramai ‘pengguna’ dan sarjana, ialah posisi woman on top (viparitam) dalam Kamasutra.

 

Diperkatakan panjang lebar, ia dilihat menunjukkan manifestasi agihan kuasa, kekuasaan wanita itu untuk mengawal suasana, keredhaan suami untuk menerima, serta keseimbangan dan peralihan ‘kawalan’ yang harmoni. Konsep Purushayitva, atau ‘mengambil alih peranan suami’ sehingga sekarang segar dalam perdebatan ramai, tetapi yang penting ia boleh diragukan sebagai antara cara menundukkan ‘ego' suami.

 

Isteri Itu Ladang, Suami Itu Peneroka

 

Kamasutra membuatkan manusia tersedar, bahawa bersenggama itu juga adalah sesuatu yang penuh aksi, suci, dan juga berseni. Ia bukan soalan kepuasan satu pihak, atau lambang kuasa seorang sumai/lelaki/jantan ke atas kaum Hawa yang dianggap lemah, tetapi turut menjadi dipenuhi nilai-nilai Asia yang dilihat harmoni dan indah.

 

Sekian lama, ramai manusia hanya menerima Kamasutra sebagai seerti dengan perlakuan seks, tanpa mengetahui latar belakangnya sendiri. Sebenarnya, Kamasutra mengajar yang seks boleh menjadi lebih indah jika bijak diterokai, dan  kehidupan suami isteri mampu dipengaruhi dengan hubungan yang indah ini. Kamasutra menitikkan tiada paksaan dan ‘keluarbiasaan’, yang merupakan unsur utama dalam hal ini, selagi kedua-dua pihak mahu, sedia dan rajin.

 

 

>>>[KLIK DI SINI] 6 Lagi Petua Awetkan Asmara Suami Isteri Patut Amalkan Supaya dijauhkan daripada Orang Ketiga<<<

 

 

Tanya Dulu Pasangan Anda, Apakah Dia Sanggup Mencuba?

 

Yang penting, hubungan suami isteri bukanlah dengan cara ‘hentam sajalah’ bagi pihak suami yang ego. Ia perlu dilapik ilmu, dan rasa ingin mencuba yang baik. Manusia sentiasa mahu sesuatu yang ‘baru’, dan ia adalah satu pemuasan kehendak diri itu sendiri. Jadi, tanyalah pasangan jika si dia mahu, rela dan sedia mencuba, serta tidak canggung meneroka. Lengkapilah dengan latar ilmu, agar penerokaan itu lebih jelas dan bermakna.

 

Dalam hal global, yang maha utama sebelum asimilasi budaya, ialah had-had dan boleh pakai budaya jauh dengan citra agama dan mata masyarakat. Bagi suami isteri Muslim, Islam menitikberatkan had dan nilai mulia termasuk kebersihan yang harus dipatuhi. ‘Proses keluar-masuk’ ini, adalah suatu proses yang panjang dan kemuliaannya hadir dari awal, iaitu niat. Seperti maksud hadis, "Isteri seperti ladang”, dan suami sebagai peneroka dan petani perlu membajaknya sempurna dan berarah.

 

Untuk melihat lebih jauh, ia adalah satu permulaan kepada sebuah kelahiran, jaminan zuriat dan baka yang baik.

 

Dalam banyak keadaan, manusia menjadi gusar dan bimbang hanya jika mereka tidak memahami sesuatu, bukan atas keburukan yang tidak pasti hadir atau tidak. Peribadi, mencantumkan Kamasutra dalam budaya seharian bukanlah sesuatu yang luar biasa dan tidak patut. Malah, dalam kebaikannya yang tampak jelas, Kamasutra mampu menjadi terapi pada individu, atau ‘pagar’ kepada rumahtangga yang aman dan tenteram, serta ceria.

 

Cuba try test tengok!

 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Benarkah Simbolik Warna Bunga Mempengaruhi Kondisi Spiritual dan Kesihatan Psikologi Seseorang?

  • Seterus →

    “Makan Bahagian Sulit Harimau, Nanti di Bilik Tidur Macam Rimau, Mengaum!” — Erkk, Saya Kata NO THANK YOU!