Jan 22, 2018 - 36196

Bagaimana Awal Ashaari, ‘SuperDaddy’ Idola Malaysia Gilap Potensi Lara — Ibu Bapa Wajar Baca!

Kata kunci keharmonian dan kerukunan hubungan seorang ayah dan anak itu bermula dengan sifat sebagai 'pendamping'. Ayah yang selalu berada di samping anaknya itu, insya-Allah, membawa kasih sayang yang lebih hebat.

 

 

 

Oleh: Athirah Zulkifli 

 

 

Kredit foto:

 

 

 

SETUJUKAH anda jika Awal Ashaari dilabelkan sebagai ‘SupperDaddy’? Kami yakin, pasti ada yang bersetuju, dan barangkali ada juga yang kurang bersetuju.

 

Suatu masa dahulu, Lara pernah diberikan bermacam-macam label dan tafsiran oleh para netizen, hanya kerana dia berdepan dengan masalah lambat berkomunikasi. Namun, sebagai ayahanda, Awal Ashaari terus gigih dan cekal merangsang anaknya Lara Alana dengan berbagai-bagai cara dan pendekatan. Awal dilihat sangat agresif dalam membangunkan dan menggilap potensi Lara untuk terus petah bercakap dan berinteraksi.

 

Satu kata kunci penting yang boleh kita pelajari daripada Awal di sini adalah sikap selalu meluangkan masa untuk anaknya. Namakan apa saja waktu yang terluang — berenang, bersarapan, membaca, membuka hadiah kiriman peminat, menaiki kereta, hatta bermain masak-masak sekalipun — sanggup Awal lakukan sebagai tanda sokongan tidak berbelah bahagi kepada proses pengembangan minda dan jasmani anaknya, Lara.

 

Selain 10 momen penting Awal bersama Lara, kami juga ada tips penting untuk para ayahanda seluruh Malaysia.

 

 

Ini 3 Pesanan penting buat para bapa yang boleh anda pelajari : 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

TIPS 1 

Wahai Daddy, Gunakanlah Suara Anda

Jangan risau. Walaupun suara kalian, para ayahanda, tak seberapa lemak merdu dan gemersik macam suara Anuar Zain atau Hazami #Gegarvaganza2017, kalian masih boleh menggunakan suara parau itu untuk mengukuhkan lagi jalinan silaturahim dengan anak-anak.

 

Bersuaralah untuk berkomunikasi. Kalau rasa malas nak bercakap, maka menyanyi atau bersenandunglah untuk halwa telinga anak-anak. Atau, gunakanlah suara itu untuk membacakan buku cerita kepada anak-anak.

 

Daddies boleh memilih untuk membaca kisah-kisah Nabi, kisah dongeng dahulu kala, kisah planet-planet dan cakerawala, atau apa saja yang elok dan mendatangkan manfaat.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

TIPS 2

Wahai Daddy, Belajarlah Bertolak-ansur dan Bertoleransi Dengan Anak-anak

Memang banyak waktu anak-anak membuat sesuatu yang bercanggah dengan kehendak ibu atau bapa. Contohnya, apabila disuruh memakai kasut, mereka berdegil, tetap mahu memakai selipar.

 

Apabila disuruh makan sayur atau lobak, mereka enggan. Atau selalu juga berlaku, kalau sudah mengunyahnya, mereka akan memuntahkannya kembali.

 

Jadi sebagai bapa, anda tidak boleh menggunakan kekerasan kepada mereka. Gunakan kebijakan anda sebagai bapa untuk berunding dengan mereka. Terangkan apakah kebaikan dan apakah pula keburukan akibat daripada mengingkari arahan anda itu.

 

Untuk tujuan ini, para ayahanda perlulah mempersiap diri dengan sedikit ilmu supaya negosiasi dan ‘perdebatan’ dengan anak-anak disokong dengan fakta yang mudah difahami oleh si kecil. Banyakkan bersabar. Berbicaralah dengan hemah dan kasih sayang.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

TIPS 3

Masukkan Anak Anda ke Dalam Diari Anda

Ada beberapa perkara yang pasti boleh menyemarakkan lagi kasih sayang jika ayah boleh menyertakan anak-anak ke dalam rutin istimewa mereka. Sebagai contoh, jika si ayah selama ini giat menyertai Acara Road Run/Larian Malam ataupun Acara Berbasikal, mungkin selepas ini si ayah boleh melibatkan anak-anak agar menyertainya dalam acara tersebut.

 

Dengan cara ini, anak-anak akan berasa lebih dihargai, dianggap lebih penting, malah mereka pasti berasa sangat teruja kerana dalam melihat sendiri bagaimana ayahanda mereka bertindak dalam sebuah komuniti yang jauh lebih besar.

 

Ini secara tidak langsung dapat menjadikan ayahanda sebagai teladan paling hampir buat anak-anaknya.

 

 

 

 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    “HALAL KE TU BANG?” #TanyaJe — Ini Jawapan ‘PALING WIN’ Buat Netizen Malaysia Penanya Soalan Jengkel

  • Seterus →

    10 Mimik Wajah Anak SHAHEIZY SAM Ini Buat ‘Mommies’ Idamkan ‘Baby Boy’ — Anda Harus Lihat Ini!