Dec 08, 2016 - 65736

Tak Sangka! Mahasiswa Ini Makan Roti 70 Sen Sehari Untuk Bina Empayar Bisnes

Tiada tarikh khusus mahupun masa tertentu untuk kita mencipta kejayaan. Sebuah kejayaan itu terletak di tangan kita sendiri.

 

Oleh: Hakimi Tajul As'ari 

 

KISAH tentang seorang remaja berusia 25 tahun ini harus dicontohi, begitulah kisah Nabil Nadir yang membina kerjaya sejak di peringkat universiti lagi. Tiada tarikh khusus mahupun masa tertentu untuk kita mencipta kejayaan, Sebuah kejayaan itu terletak di tangan kita sendiri. Terlalu ramai yang menganggur kerana ternanti-nanti jawatan besar sedangkan kerjaya yang di cipta bukan tergantung pada syarikat besar semata-mata. Remaja ini bangkit untuk membina sendiri kejayaan hidupnya sehingga mampu membina empire atas namanya  sendiri.

Bila soalan kepada Nabil berapa lama durasi untuk ke-tahap ini? Nabil menjawab Semua ini berlaku 4 tahun lepas setelah saya mula berjinak dalam bidang photography sehingga kini saya miliki studio sendiri dan juga produk kecantikan Serum, Semua Modal guna duit saya sendiri tanpa sebarang pinjaman dari siapa-siapa”

 

>>>[KLIK SINI] "Ini JIHAD Saya. Saya Mengejar AKHIRAT...” — Rizalman Ibrahim<<<

 

 

KISAH ROTI 70 SEN UNTUK HIDUP SEHARI

Saya bukanlah datang dari keluarga yang mewah. Dari situ saya tanam azam ingin memberi yang terbaik untuk keluarga. Masing-masing ada impian bukan? Sejak Diploma lagi saya simpan duit untuk bina empire. Mungkin ramai yang di usia saya simpan duit untuk miliki gajet terbaru mahupun pakaian jenama mewah. Tetapi saya tidak, cukuplah dengan apa yang ada malah impian saya terlalu besar buat saya perlu menyimpan untuk masa hadapan.

 

 

Teringat ketika zaman universiti sedang kawan-kawan menikmati makanan mewah saya hanya mampu lihat dan tersenyum. Tiada pula yang ingin mempelawa,  Jika ikutkan nafsu, saya boleh bermewah-mewah dengan makanan mahal  dengan duit upah phorography wedding. Sejak kolej lagi saya sudah gigih buat 'part time' photography. Kebanyakannya dengan upah ambil gambar kahwin kawan-kawan. Nawaitu saya mendorong saya untuk berjimat dan memikirkan masa depan. Saya hanya makan Roti Gardenia 70 sen sehari. Tak pernah pula saya rasa malu untuk berminat. Dalam al-quran surah Al-a’raf (7) ayat 31. juga ada menyebut  :

 “Hai anak Adam, pakailah pakaian mu yang indah di setiap (memasuki) masjid, makan dan minum lah, dan janganlah berlebih-lebihan, Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.”

 

>>>[KLIK SINI] “Saya Pernah Tiada Wang, Menganggur, Kereta Kena Tarik... Alhamdulillah Kini Saya Mengetuai 10 Syarikat” – Carl Samsudin<<<

 

 

Cukup ke roti untuk sehari? Ya, memang tidak cukup. Saya yakin ramai juga yang sama seperti saya makan roti untuk sehari. Ini bukanlah perkara yang aneh bagi pelajar universiti tetapi pengalaman ini buat saya lebih bangkit dan menuju ke depan. Sampai bila saya perlu ikat perut untuk simpanan saya.

 

 

BERANI AMBIL RISIKO

“Saya seorang yang berani ambil risiko, sebelum ini saya hanya meletakkan bidang photography sebagai satu hobi. Setelah saya melihat bidang ini mendapat sambutan yang menggalakkan saya terus serius dan menjadikan nya sebagai kerja ‘part time’ ketika semester akhir diploma. Ingat lagi dulu bermodalkan duit simpan saya beli sebuah kamera untuk saya berkarya. Bermula dengan gambar wedding sehingga jenama fesyen tempatan memanggil saya untuk kempen fesyen mereka. Sehingga kini, mereka masih bersama saya, jenama-jenama tempatan inilah yang memberi seri kepada studio saya malah mereka juga jenama anak Melayu yang sering menyokong produk hasil bangsa sendiri.”

 

“Berkat kesabaran serta dorongan yang jitu boleh keluarga saya membuka Studio yang beroperasi di section 7 Shah Alam sehingga kini. inilah first baby saya untuk lebih orang mengenali Studio saya bukan mudah kerana saya bukanlah seorang instafamous mahupun sosial media influencer. Saya adalah seorang yang biasa-biasa sahaja yang tiada nama malah saya beri yang terbaik untuk pelanggan dan saya yakin dengan perkhidmatan yang terbaik mampu memberi nama baik untuk sesebuah jenama.”

 

>>>[KLIK SINI] Lihat! Hidup Mewah Anak Kembar Comel Eina Azman dijaga Rapi ‘Maid’ Peribadi<<<

 

 

 

“Cerita tentang produk Eliz Essential pula adalah satu cabang niaga yang saya cipta atas kejayaan studio saya. Ternyata, bermulalah episod baru kerjaya dalam hidup saya. Skill Jual produk ternyata berbeza dengan ambil gambar. Perlu perancangan yang begitu teliti Saya ambil peluang ini  kerana melihat masa depan yang lebih cerah malah ini adalah ruang untuk saya mempertingkatkan taraf ekonomi saya. Alhamdulillah pada mulanya hanya 2 botol sahaja terjual sebulan, Buntu ketika itu sedangkan produk sudah beribu tersedia untuk dipasarkan. Saya tidak mahu produk saya beku sebegitu saja sudah banyak modal yang di keluarkan. Untuk saya pasarkan pada tokoh jamu popular mereka sudah tentu akan ‘reject’ kerana saya nama Eliz Essential tidak terkenal ketika itu. Dengan usaha saya dan adik bongsu saya kami lebih fokus untuk meletakkan jenama ini lebih ke depan agar ia lebih di kenali. Kini, Produk Eliz Essential kini mampu terjual 1000 unit botol sebulan tanpa agen mahupun stokis. Alhamdulillah…

 

 

 

 

KORBANKAN ZAMAN USIA REMAJA

Tipu lah jika saya tiada rasa ingin bergembira bersama kawan-kawan. Tetapi saya boleh katakan saya tidak sepenuhnya melayari zaman remaja saya sama seperti remaja lain.  Kehidupan muda saya banyak dihabiskan dengan perancangan membuka studio dan juga merangka produk atas jenama sendiri. Saya bersyukur kerana apa yang penting adalah saya dekat dengan keluarga dan adik beradik saya yang banyak menyokong saya. Mungkin masa remaja saya tergadai begitu saja, malah saya puas kerana apa yang saya miliki hari ini boleh saya kongsi bersama ahli keluarga dan ilmu ini saya senang untuk kongsi kepada sesiapa sahaja.

 

 

Untuk berjaya dalam hidup bukan mudah, malah usaha yang setimpal juga harus selari dengan doa serta tawakal. Rezeki tuhan itu luas sifatnya, kita sebagai manusia harus bijak memanfaatkan dengan cara yang baik. Kejayaan juga harus di bayar dengan pengorbanan tiada apa yang percuma dalam dunia semua  dibayar dengan kederat serta usaha. Kisah roti 70 sen ini bukan lah cerita meraih simpati malah ini adalah kisah benar saya yang juga pernah melalui zaman perit getir bergelar mahasiswa. Di zaman ekonomi dunia yang makin meruncing ini, generasi seperti saya lah yang harus bangkit dan keluarga dari kemelut ekonomi. 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


Topik:  general

  • ← Sebelum

    Rezeki Video Viral "Apa Salah Kakak?", Keluarga Ini diburu Banyak Jenama Tempatan

  • Seterus →

    Lelaki Ini Buat ‘DIY’ di Rumah, Jimat Beribu. Hasilnya Setanding Gedung Perabot Ternama!