Sep 07, 2017 - 426

‘Abang Long Fadil 2’ Pungut 13 JUTA! — Anda Kena Tonton Sebab Zizan, Dato’ AC, Achey & Wak Doyok Memang ‘Power’!

Abang Long Fadil 2 telah berjaya mengutip RM13 juta! Luar biasa! Ini satu pencapaian positif untuk industri seni perfileman Malaysia tahun ini. InTrend bawakan beberapa foto kandid sepanjang jelajah promosi filem ALF2 ini.

 

 

 

 

Oleh: Norhaizan Ahmad 

 

 

 

Kredit foto: Astro Shaw 

 

 

 

InTrend dan Astro Shaw berkolaborasi lagi, kali ini bersama Astro Gempak, Astro Circle, Sinar FM, ERA FM dan Skop Productions Sdn. Bhd. Untuk Malam Tayangan Eksklusif filem Abang Long Fadil 2 khas bersama peminat. Acara yang bermula sekitar jam 7.30 malam di ruang legar Alamanda itu dimeriahkan dengan gelagat bersahaja hos pada malam itu iaitu CK Faizal.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sambil mendengar celoteh sang pegacara, para peminat mulai beratur bagi mendapatkan tiket yang dimenangi menerusi peraduan yang diadakan sebelum ini. Untuk InTrend, kami memberi peluang kepada 40 pembaca untuk memenangi tiket percuma sekali gus menyertai malam tayangan eksklusif ini.

 

Suasana tambah gamat apabila pengunjung pusat membeli-belah turut berebut-rebut bagi mendapatkan tiket percuma yang ditawarkan oleh sang pengacara. Maka berlari-larilah CK Faizal apabila dikejar oleh mereka yang mahukan tiket percuma filem Abang Long Fadil 2 ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dan sekitar jam 8.30 malam, barisan pelakon yang menjayakan filem Abang Long Fadil 2 ini hadir memeriahkan suasana. Antara yang hadir adalah Zizan Razak, Dato’ AC Mizal, Tania Hudson, Achey Bocey, Wak Doyok dan Mas Khan.

 

Hampir 20 minit mereka menguasai pentas dengan gelagat mereka yang gila-gila, selain menyerahkan goodie bag kepada peminat yang bertuah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tepat jam 8.45 malam, mereka dibawa ke pawagam GSC untuk menyaksikan filem komedi aksi hasilan anak watan. Filem ini adalah sekual kepada filem Abang Long Fadil yang diarahkan oleh Syafiq Yusof, mengisahkan perjalanan hidup Fadil (lakonan Zizan Razak), yang terjerumus dalam dunia mafia.

 

Ayuh, kita tonton Abang Long Fadil 2 ini, sekali gus beri sokongan kepada filem tempatan!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kredit foto: Astro Shaw 

 

 

 

 

Kredit foto: Astro Shaw 

 

 

 

Kredit foto: Astro Shaw 

 

 

 

 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    JOHAN Berlakon Dengan OZLYNN, Jadi Penerbit #TerobekRAYA — Anda Kena Tengok, ‘Confirm’ Ketawa Macam Nak Pengsan!

  • Seterus →

    Wow! DATO' FAZLEY Ukir Sejarah — Terima Anugerah Alumni Paling Cemerlang Le Cordon Bleu, Syabas Dato'!