Aug 25, 2017 - 574

JOHAN Berlakon Dengan OZLYNN, Jadi Penerbit #TerobekRAYA — Anda Kena Tengok, ‘Confirm’ Ketawa Macam Nak Pengsan!

Filem televisyen (FTV) #TerobekRaya yang sudah disiarkan mulai semalam merupakan buah tangan pertama hasil terbitan Johan. Nak apa itu #TerobekRAYA, harus baca ini.

 

 

 

 

 

 

 

ASTRO First Eksklusif (saluran 480), saluran yang didedikasikan khas untuk filem-filem televisyen (FTV) tempatan terbaik sekali lagi membawakan sebuah lagi naskhah hebat untuk tontonan semua.

 

Kali ini, giliran pelawak dan penyampai radio popular tanah air, Johan, mempersembahkan buah tangan beliau, istimewa untuk peminat di luar sana. Bertindak sebagai Penerbit Eksekutif kepada #TerobekRaya, ini merupakan FTV pertama yang beliau hasilkan dan menaruh kepercayaan sepenuhnya kepada sutradara hebat, Johari @ Jo Yusof untuk menyarung jersi Pengarah.

 

 

 

 

 

Apa itu #TerobakRAYA?

#TerobekRaya yang berdurasi 90 minit ini tampil dengan genre komedi dan hiburan ringan sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Johan hadir sebagai watak utama, ‘Saadon’, dan dipasangkan dengan isteri beliau sendiri, Ozlynn, yang memegang watak sebagai ‘Timah’. Saadon dan Timah akan membawa penonton menyusuri kembali perjalanan memori mereka sejak dari hari pertama perkenalan sehinggalah usia tua menjengah.

 

 

 

 

Sentuhan kreatif terserlah apabila karakter Saadon dan Timah ini akan turut dilakonkan oleh rakan-rakan artis yang lain dalam setiap satu segmen yang ditampilkan.

 

Satu-satunya perkara yang akan melambangkan karakter tersebut adalah Saadon apabila seseorang pelakon itu berambut afro (pelakon lelaki) manakala bertahi lalat besar di tepi telinga kanan bagi menggambarkan watak Timah (pelakon wanita). Setiap segmen akan menyaksikan penampilan pelakon yang berbeza-beza.

 

Bayangkan watak-watak ini dilakonkan oleh barisan pelakon hebat seperti Beto Kusyairi, Zizan Nin, Sherry Al Hadad, Marsha Milan, Azhan Rani, Tauke Jambu, Kazar Saisi, Achey Bochey, Riz Amin dan Ani Mayuni. Pastinya menarik bukan?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

#TerobekRaya ini akan mengimbas kembali kenangan berpuasa, menyambut hari raya, pikat-memikat, amalan bertandang dan meminang serta banyak lagi yang dilalui masyarakat di zaman dahulu, lebih kepada era 70’an sehingga 90’an. Pastinya ia akan mengimbau kembali kenangan di kala kita kecil sehingga membuatkan kita tersenyum sendirian.

 

 

 

 

 

 

Johan Teruja…

Mengulas mengenai FTV sulung beliau, Johan berkata, “Saya sangat teruja dengan penghasilan #TerobekRaya ini, terutamanya apabila dapat bekerjasama dengan sahabat-sahabat rapat saya sendiri seperti Beto Kusyairi, Zizan Nin, Sherry Al Hadad, Azhan Rani, Kazar Saisi dan ramai lagi.

 

Malah, kehadiran isteri, Ozlynn, dalam menjayakan naskhah ini turut membuktikan lagi sokongan beliau kepada saya untuk terus berkembang dalam industri seni ini.

 

Istimewanya lagi apabila #TerobekRaya ini dihasilkan dalam genre komedi, yang merupakan ‘dunia’ saya sejak dari dahulu sehinggalah selepas 10 tahun berada dalam industri ini.

 

Saya bermula sebagai pelawak dan peminat kenal saya sebagai seorang pelawak, dan penting untuk saya jadi diri saya dalam FTV ini agar peminat terus terhibur dengan kehadiran saya dalam naskhah ini.

 

Tambah menarik apabila teman-teman rapat turut bersetuju untuk tampil dalam karakter komedi dan mereka cukup ‘sporting’ dan bersahaja menjayakannya.

 

 

 

 

#TerobekRaya ini amat dekat dengan hati dan jiwa saya. Ia dihasilkan tanpa skrip yang komprehensif bertujuan untuk menguji tahap kreativiti setiap pelakon yang terlibat. Saya dan Ozlynn yang turut bertindak sebagai Penerbit Eksekutif hanya merumuskan idea asal dan memberi gambaran akan plot atau jalan penceritaan sesebuah segmen yang bakal melalui proses penggambaran.

 

Semua pelakon perlu mengaktifkan daya kreativiti masing-masing dengan melontarkan skrip yang dirasakan bersesuaian pada ketika itu. Dengan tunjuk ajar saudara Jo Yusof selaku sutradara, setiap babak lakonan yang ditampilkan berjaya diimprovisasikan sepenuhnya oleh para pelakon.

 

Syabas saya ucapkan kepada semua yang terlibat di bahagian hadapan dan belakang lensa kamera kerana berjaya menzahirkan sebuah produk akhir seperti yang saya harapkan”.

 

 

 

 

 

Jangan lupa saksikan ‘#TerobekRaya’ di Astro First Eksklusif, saluran 480 mulai 24 Ogos 2017. Dengan hanya RM 15.90 (termasuk GST) untuk sebuah filem, penonton boleh menyaksikan filem ini berulang kali dalam tempoh 48 jam dari waktu pembelian. #TerobekRaya juga boleh didapati di platform digital, ‘on demand’.

 

 

 

 

 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


Topik:  general

  • ← Sebelum

    5 Foto Eksklusif Hari Pernikahan SITI SALEHA yang Anda Harus Lihat

  • Seterus →

    ‘Abang Long Fadil 2’ Pungut 13 JUTA! — Anda Kena Tonton Sebab Zizan, Dato’ AC, Achey & Wak Doyok Memang ‘Power’!