Dec 01, 2016 - 15665

28 'Susuk Mekap’ Para Pengantin Mesti Amalkan

Buat bakal pengantin yang mahu kelihatan berseri-seri di hari bahagia, kami bawakan tips berguna, hasilnya pasti va-va-voom!

 

Oleh: Afiza Kamarulzaman 

 

 

MEREKALAH tunggak utama dalam mencantikkan si ratu sehari. Jangan abaikan kata-kata mereka, ayuh ketahui apa yang selalu dibawa di dalam bagasi mekap misteri itu, apa juga petua ‘susuk mekap’ yang anda perlu tahu dan amalkan. 

 

 

1. FENDI SANI 

1. Jangan buat rawatan muka pada saat akhir. Digalakkan dua minggu lebih awal.

2. Jauhi solekan yang terlalu trendy. Pilihlah solekan simple dan klasik sahaja. 

3. Elakkan memilih solekan efek glossy kerana wajah pengantin kelihatan terlalu berminyak apabila terhasil dalam gambar. 

 

2. SHIELA MOHAMAD 

1. Pilihlah jurusolek terbaik, jangan takut untuk melabur demi solekan tepat buat wajahmu.

2. Bijaklah memilih gaya solekan yang sesuai untuk setiap majlis, berbincang dengan jurusolek

3. Pengantin pastikan cukup tidur agar tidak terlihat lesu di pelaminan. 

 

 

3. LEEN ZAKARIA 

1. Pilih warna bedak asas yang tepat untuk kulit wajah agar tidak berbelak. 

2. Jangan pergi kepada solekan yang terlalu berat sehingga mengubah keaslian wajahmu. 

3. Pilihlah warna gincu yang lembut untuk menyerlahkan look yang sweet

 

 

4. AIM AZAM 

1. Sebelum memilih jurusolek, pastikan pengantin tahu profil dan air tangan jurusolek itu

2. Gunakan budi bahasa yang baik untuk perbincangan dengan jurusolek. 

3. Maklumkan kepada jurusolek jika ada alahan pada sesuatu produk solekan. 

 

<<<6 Jurusolek Malaysia Paling Berpengaruh... No. 3 Adalah Kegemaran Luna Maya>>

 

5. BOSCO 

1. Pengantin mesti cukup rehat kerana solekan yang bagus pun akan malap jika pengantin lelah.

2. Cuci rambut malam sebelum bersanding, sama ada kamu bertudung atau tidak. 

3. Jangan melakukan rawatan kulit terlalu drastik walaupun kamu teruja menjaga kulit. 

 

6. SYED FAIZAL 

1. Mesti lakukan persediaan penjagaan kulit kerana solekan sempurna bermula dengan kulit yang mulus.

2. Kurangkan penggunaan rona hitam pada bahagian kening. 

3. Guna highlighter untuk hasil kulit glow

 

7. VEE MUHAMAD 

1. Pengantin mesti cukup tidur dan elakkan rawatan wajah, bimbang timbul jerawat atau bengkak.

2. Untuk solekan nikah biarlah lebih sweet atau pilih yang soft look.

3. Berbeza untuk solekan bersanding, boleh cuba solekan lebih menyerlah. 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Gadis Bertudung Ini Tiru Solekan 5 Wanita Berpengaruh, Gaya Dato' Vida Paling Jadi!

  • Seterus →

    5 Gaya Rambut Pendek Selebriti yang Mesti Anda Cuba!