Nov 29, 2017 - 2140

Jenama ‘Skincare’ No. 1 di Indonesia, NATASHA Kini Menjengah Malaysia — Anda Mesti Mencubanya!

Dengan rumusan daripada bahan semulajadi, NATASHA BEAUTY & WELLNESS menjanjikan rawatan kecantikan kulit yang dijamin selamat dengan pengiktirafan antarabangsa untuk merealisasikan impian cantik setiap wanita.

 

 

 

 

NATASHA BEAUTY & WELLNESS MALAYSIA di Jalan Maarof, Bangsar

 

 

 

NATASHA adalah sebuah jenama produk dan rawatan kecantikan dari Indonesia yang telah bertapak di dalam bidang kecantikan lebih dari 20 tahun. Berbekalkan pengalaman selama itu, tidak hairan jenama ini menjadi jenama kecantikan yang terulung di Indonesia.

 

Produk dan rawatan kecantikan yang terdapat di NATASHA merangkumi penjagaan wajah, rambut dan juga badan. Yang menariknya lagi, rangkaian produk dan juga rawatan yang ditawarkan oleh NATASHA adalah berasaskan sains dan berteknologi tinggi dan boleh didapati dengan harga yang berpatutan.

 

 

 

NATASHA BEAUTY & WELLNESS MALAYSIA di Jalan Maarof, Bangsar

 

 

 

Jenama yang diasaskan oleh pasangan suami isteri ini mempunyai kisah yang menarik di sebalik penubuhannya. Jenama NATASHA diasaskan oleh dr. Fredi Setyawan dan juga isterinya, drg. Tantri Onny Bianti pada tahun 1999 di Ponorogo, Jawa Timur.

 

Ceritanya bermula pada tahun 1998, di mana isteri kepada dr. Fredi mengalami masalah jerawat yang teruk dan terpaksa beulang-alik ke Semarang untuk berjumpa pakar kulit bagi merawat masalah tersebut.

 

Idea untuk menubuhkan NATASHA tercetus apabila dr. Fredi merasakan bahawa kos perbelanjaan perubatan untuk merawat isterinya telah menelan belanja yang banyak, jadi, dia mengambil keputusan untuk menghasilkan produk kosmetiknya sendiri.

 

Dari situ timbulnya minat dr. Fredi untuk mempelajari bidang perubatan kosmetik dengan lebih mendalam lagi. Yang menariknya, nama NATASHA diambil bersempena nama puteri kedua pasangan suami isteri itu.

 

Ketika di awal penubuhan jenama NATASHA, dr. Fredi mempunyai visinya tersendiri di mana, dia ingin menjadikan NATASHA sebagai sebuah jenama perintis di dalam bidang penjagaan kulit wajah yang menawarkan produk dan juga servis yang terbaik pada harga yang berpatutan.

 

Seiring dengan itu, NATASHA merupakan sebuah jenama yang berada di dalam kelasnya tersendiri yang berpegang kepada slogan “Nature Meets Technology”.

 

Rangkaian produk yang dibawa oleh NATASHA mempunyai keunikannya yang tersendiri kerana ianya dihasilkan daripada bahan botanikal berkualiti tinggi dan diperakui Halal serta disokong oleh kaedah rawatan yang berteknologi tinggi.

 

 

 

 

 

 

 

NATASHA BEAUTY & WELLNESS MALAYSIA di Jalan Maarof, Bangsar

 

 

 

 

NATASHA BEAUTY & WELLNESS MALAYSIA di Jalan Maarof, Bangsar

 

 

 

Di NATASHA, kami percaya bahawa setiap individu mempunyai kulit wajah yang berbeza dan harus diberi penjagaan khusus yang bersesuian dengan kulit individu tersebut.

 

Oleh yang demikian, produk dan rawatan yang ditawarkan haruslah mempunyai kepelbagaian supaya ia dapat memberikan kesan yang optimum kepada pengguna. Maka, terhasilah 3 rangkaian produk penjagaan wajah dari NATASHA khusus untuk remaja, lelaki dan juga wanita.

 

 

 

NATASHA BEAUTY & WELLNESS MALAYSIA di Jalan Maarof, Bangsar

 

 

 

 

NATASHA BEAUTY & WELLNESS MALAYSIA di Jalan Maarof, Bangsar

 

 

 

 

 

NATASHA BEAUTY & WELLNESS MALAYSIA di Jalan Maarof, Bangsar

 

 

 

 

 

NATASHA BEAUTY & WELLNESS MALAYSIA di Jalan Maarof, Bangsar

 

 

 

Tahun 2017 merupakan tahun yang amat bermakna bagi NATASHA kerana mereka melangkah setapak lagi ke hadapan dengan melebarkan sayap mereka di Malaysia. NATASHA BEAUTY & WELLNESS MALAYSIA secara rasminya telah dibuka di Malaysia dan merupakan cawangan sulung mereka di sini.

 

Pusat kecantikan yang terletak di Jalan Maarof, Bangsar ini menawarkan pelbagai jenis rawatan kecantikan yang menepati kehendak setiap individu. NATASHA Micro Oxygen Facial, NATASHA HIFU (High Intensity Focused Ultrasound) dan NATASHA Body Spa adalah antara rawatan yang menjanjikan kelainan dan hanya boleh didapati di NATASHA BEAUTY & WELLNESS MALAYSIA.

 

 

 

 

 

 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Mungkinkah Anda Wajah NATASHA SKINCARE MALAYSIA, Sebaris Dutanya SHARIFAH SAKINAH? Jom #IAMNATASHA Sekarang!

  • Seterus →

    Comelnya LANEIGE Delights Pop! Holiday Collection — Lepas Lihat Pasti Nak Beli!