Jul 12, 2016 - 594

5 Langkah Solekan Ringkas Mesti Anda Cuba Untuk Hasil yang WOW!

Mahu kelihatan menawan kala berkunjung ke rumah teman? Jom ikuti 5 langkah solekan ringkas, namun hasilnya tetap terlihat WOW!

Teks: Norhaizan Ahmad
Instagram:  



Bangkitkan seri Syawal dengan olesan rono-rona tanah dengan aura feminin yang cukup manis pada hari nan mulia ini. Enam langkah solekan manis yang sesuai diaplikasikan pada wajah anda. 



1. Selepas menyapukan bedak asas cecair, layangkan berus dengan bedak debu ke seluruh muka. 



2. Menggunakan celak pendil rona coklat, bentukkan mata dengan meleretkannya di garis bawah mata. 

 

3. Layangkan pembayang mata rona coklat kemerahjambuan pada seluruh kelopak mata. 



4. Calitkan maskara secara zig-zag dari akar bulu mata hingga ke hujungnya. 



5. Gunakan berus bibir untuk meratakan gincu rona berkilau pada ulas bibir. 





Inginkan hasil yang sama? Anda boleh gunakan rona yang sama daripada produk ini. 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    [EKSKLUSIF!] Rahsia Kulit Cerah Berseri Dengan SK-II

  • Seterus →

    Cara Mudah Melukis Kening