Jul 13, 2016 - 7129
Melukis kening merupakan langkah kedua selepas meratakan bedak asas pada wajah. Penting untuk melukis kening kerana ia memberi impak yang sangat besar terhadap solekan anda.
Hanya dengan 4 langkah sahaja, kening anda akan kelihatan lebih menyerlah. Kebiasaannya percubaan kali pertama tidak akan berjaya. Apa kata, anda cuba melukis kening dengan cara ini berulang kali, pasti kening anda akan terbentuk cantik!
Langkah 1
Lukiskan di bahagian bawah dahulu dan tarik ke. Bentukkan lekuk yang cantik pada hujung kening.
Langkah 2
Setelah sudah bahagian bawah, lukis pula bahagian atas dan bentukkan ia seperti garisan lurus yang menaik (ke atas).
Langkah 3
Ratakan dengan menggunakan berus kening agar ia kelihatan cantik.
Langkah 4
Setelah siap, tutup kesan cela dengan bedak asas bagi memberi impak sempurna terhadap kening anda. Selamat mencuba!
Produk Pilihan InTrend: