Sep 11, 2014 - 21


Pintal sahaja rambut menjadi satu gugusan dan sisipkan cekak. Pilih cekak yang mempunyai motif reben atau bunga supaya keseluruhan dandanan lebih menonjol.
- Ikat rambut dengan stail ponytail secara menyerong. Elakkan daripada mengikat terlalu ketat untuk memudahkan ia dipintal.
- Kemudian masukkan gelung dandanan ke dalam ikatan ponytail tadi.
- Inilah imej yang terbentuk selepas rambut dipintal menggunakan gelung dandanan tadi. Bahagikan rambut kepada dua bahagian dan pintal gugusan rambut hingga ke hujungnya.
- Pintalkan juga gugusan rambut tadi dan satukan kedua-dua gugusan rambut.
- Satukan gugusan rambut menjadi satu ikatan dan ikat dengan getah rambut. Bagi memastikan helaian rambut lebih licin layangkan spray supaya keseluruhan dandanan lebih kemas.
- Langkah akhir, letakkan cekak motif reben sebagai aksesori agar dandanan lebih berseri.
Foto: Udin
Solekan & Dandanan: Eva Shahrul
Model: Nurul Ain
Pakaian & Aksesori: Mooie