Jun 22, 2015 - 353

Cerita wajah sampul depan InTrend Fasha Sandha & Luna Maya

Apabila disoal mengapa Jovian mahu bekerjasama sama Luna Maya, jawapannya mudah, “Luna punya a great following dan personal taste yang tidak bisa dibidas...

 
Fasha Sandha tiba di studio pada jam enam petang, ditemani pengurusnya dari Johor usai rakaman selaku juri program Projek Komedi Warna. Masih bersisa lelah lantas sehari sebelumnya menemani suami dan keluarga mentua ke Istana Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak sempena pertabalan Sultan Perak. Seperti biasa Fasha hadir lebih awal daripada janji temu kami. “Vee, Fasha minta tolong tampilkan Fasha look good ya, badan masih belum susut sepenuhnya selepas melahirkan Putri,” pintanya lembut walau nyatanya Fasha masih kelihatan cantik. Ya. Fasha belum mendapatkan susuk tubuh seperti dahulu, namun tidak
bisa bidas lagi kejelitaannya. Luna Maya pula hadir tidak lama selepas itu, terus dari pertunjukan fesyen Jovian Mandagie untuk Zalora. Luna Maya melangkah ke studio dengan wajah sedikit pucat, “Maaf, Luna tidak  berapa sihat, penat terbang dari Jepun.” Bilang Luna
sambil Khir Khalid sudah sedia menanti. Di sisinya, Fasha Sandha sedang disolek oleh Syed Faizal. “Oh my god, sudah lama tidak bertemu!”
 
Bilang Fasha sebaik melihat kelibat Luna. Sangka kami mereka tidak pernah bertemu sebelum ini. Rupanya, mereka sudah berkenalan lama namun jarang bertemu, meriah jadinya hari itu. Selepas Khir Khalid dan Syed Faizal selesai membentuk kelopak mata sama rona metalik cantik dan bibir dioles gincu rona tanah, kini saat untuk Ckay Liow membentuk rambut berkepuk alun cantik inspirasi glamor Hollywood. Bertemankan secawan teh hijau panas dan mufin coklat, saya dan Luna mulai berbual. Rambutnya dibega sepantas mungkin kerana dia harus menaiki penerbangan awal ke Jakarta keesokannya. Kala kami rancak bertukar cerita, Jovian muncul ditemani isterinya, Nina Ismail Sabri dan a team of fashion tailors.
 dscwecwe.jpg
Apabila disoal mengapa Jovian mahu bekerjasama sama Luna Maya, jawapannya mudah, “Luna punya a great following dan personal taste yang tidak bisa dibidas. Cantuman sampul hadapan sama Fasha satu idea yang hebat. Fasha juga antara penggemar label Jovian Mandagie dan sering beri kami sokongan. Plus they do look alike, I am a very satisfied customer.” Ujar Jovian yang hadir sama koleksi lebaran berkonsepkan art deco bermain
garisan emas dan bentuk structured kemas dan mewah. Rakaman tamat 10.50 malam. Penat, but it was a good ending to a long day. Dua bintang ternama dari negara serumpun, namun masing-masing punya aura gaya tersendiri yang bisa mencuri tumpuan. Kedua-duanya, Luna dan Fasha pernah kami rakamkan sebelum ini,

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


Topik:

  • ← Sebelum

    Kilafairy Dedah Rahsia Ikat Perut Tak Makan Nasi Untuk Kekal Ramping

  • Seterus →

    Cerita wajah sampul depan InTrend Fasha Sandha & Luna Maya