Dec 21, 2017 - 30810

Siapakah Pereka yang Membuat Busana Indah DYMM Tengku Permaisuri Selangor — Kenali Mereka Ini

INNAI RED label lokal sering tampil dengan rekaan yang unik. Siapa sangka label ini berjaya menarik minat DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin untuk menyarungkan busana daripada INNAI RED.

 

 

 

Oleh: Huda Hussain 

 

 

 

 

 

 

 

MELIHAT setiap rekaan busana dan koleksi INNAI RED, bisa membuatkan anda terpempan betapa rekaan pereka tempatan kini bertaraf bintang. Mahu melebarkan sayap dan dikenali di peringkat global suatu hari nanti, kami yakin mereka kini di landasan betul.

Berbekalkan idea dan kreativiti yang diterajui dua pereka utamanya, Arene P. Khairudin dan Juliani Jamal, INNAI RED masih utuh dalam kelas tersendiri.

Berinspirasikan bintang Pisces, ia dianggap cukup signifikan dengan DNA jenama ini dan sudah pasti kami teruja mahu menyaksikannya di pentas Anugerah Gala InTrend 2017.

 

 

 

 

 

 

 

 

Serba sedikit latar belakang INNAI RED?

INNAI RED adalah label yang diilhamkan pada 2012 untuk memenuhi permintaan pasaran busana pengantin moden, ‘scene- stealing gowns’ dan pakaian untuk acara khas.

 

Label ini diketuai dua pereka dinamik; Arene P. Khairudin dan Juliani Jamal. Berbekalkan gabungan pengalaman ketika menuntut dalam jurusan reka bentuk dan pernah bergelar perantis kepada nama-nama besar dan berpengaruh dalam fesyen Malaysia, Arene dan Juliani bukan sahaja dikurniakan kreativiti dan berpengalaman, tetapi memahami apa yang dicari oleh masyarakat Malaysia dan bagaimana untuk menawarkannya tanpa mengenepikan integriti reka bentuk jenama. Saya lebih banyak terlibat dalam soal pengurusan dan menyelia keseluruhan operasi perniagaan.

 

 

 

 

 

 

 

Cabang seni yang mahu kalian cuba selain fesyen?

Rekaan hiasan dalaman kerana proses dan nalurinya hampir sama dengan rekaan fesyen. Selain itu, kami ‘gilakan’ hiasan-hiasan rumah yang unik. 

 

 

‘Statement’, ‘timeless’, ‘bold’ – Apa lagi yang melambangkan identiti INNAI RED?

Feminin, ‘luxe’ dan sofistikated. DNA INNAI RED sangat kuat, sehinggakan klien kami turut mengetahui apa yang dimaksudkan dengan “very INNAI RED” jika orang lain menciplak rekaan kami.

 

 

 

 

 

 

 

Trend apakah yang kalian harap tidak berulang?

Wanita memakai ‘bullet bra’ di bawah helaian-helaian baju seperti era 50-an.

 

 

 

 

 

 

INNAI RED 10 tahun akan datang?

Insya-Allah masih relevan dan kekal dalam industri fesyen. Mengekalkan perniagaan sebenarnya tidak mudah, terutamanya dalam dunia serba pantas seperti hari ini.

 

Kami juga berharap dapat memupuk generasi millennial bukan sekadar kreatif menggunakan teknologi, tetapi mempunyai asas kukuh dalam menjahit, ‘pattern making’ dan sebagainya.

 

 

 

 

 

 

Sumber inspirasi dan ilham kalian?

Dari mana jua. Misalnya ketika bercuti, unsur budaya, bahan bacaan, blog dan ‘fashion forecast websites’. Tidak lupa ada kalanya ia terilham daripada melihat beg kertas, penanda buku, kusyen, kertas dinding dan sebagainya.

 

Kami juga suka meninjau stail dan cara orang sekeliling berpakaian misalnya bagaimana mereka ‘mix and match’ malah sehingga ‘stalk’ di Instagram. Hahaha... Dan menariknya, gabungan elemen seperti inilah yang membentuk inspirasi dan diterjemahkan dalam rekaan.

 

 

 

 

 

 

Habit yang sering dilakukan jika dalam kebosanan?

Izrin: Pinterest / Juliani: Stalk Instagram / Arene: Tarik helaian rambut

 

 

 

 

 

 

Jika diberikan RM10 ribu untuk melakukan salah satu cabaran berikut, mana yang anda pilih? Mengapa...

A. Terjunan ‘bungee jumping’ dari jambatan sebuah gunung

B. Meletakkan kaki selama 5 minit di dalam bekas berisi lipas

C. Duduk selama 15 minit di sebuah rumah usang yang dikatakan punya penunggu

 

Izrin: A! Sudah lama mahu cuba ‘bungee jumping’. Jadi, ini mungkin masa terbaik... sebab dapat duit pula tu.
Juliani: A! Tak perlu RM10 ribu untuk ‘bungee jumping. Easy peasy’!

 

 

 

 

 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Pereka Ini Mencantikkan Elyana & Liza Hanim Di Pentas  Gegar Vaganza Musim ke-4 — Kenali Siapa Dia

  • Seterus →

    Dari Malaysia, Singapura & London MIMPIKITA Terus Mencipta Nama — Kenali 3 WANITA di Balik Label Gah Ini