Dec 20, 2017 - 15811

Pereka Ini Mencantikkan Elyana & Liza Hanim Di Pentas  Gegar Vaganza Musim ke-4 — Kenali Siapa Dia

Nama sudah lama dikenal dalam industri fesyen, kini kesemua rekaannya disarungkan selebriti tempatan. Ayuh kenali siapa lelaki yang berjaya menarik minat Liza Hanim dan Elyana ini.

 

 

 

Oleh: Huda Hussain 

 

 

 

 

 

Ditugaskan untuk memvisualisasikan bintang Aquarius dalam rekaannya, Zery Zamry punya garapan idea tersendiri untuk menyempurnakan rekaan istimewa ini. Gemarkan unsur dramatik dalam rekaannya, Zery juga berani mengenengahkan elemen ‘over the top’ untuk menyerlahkan magis si pemakai.

 

Baik busana ‘ready-to-wear’ mahupun pengantin, pasti ada kelainan dan keunikan daripada norma biasa yang ditampilkannya. Dan pastinya kami teruja mahu melihat interpretasi garapan Aquarius ilham Zery yang menangkap mata pada malam gilang- gemilang Anugerah Gala InTrend 2017.

 

 

 

 

 

 

Sebelum bergelar pereka fesyen, apakah bidang pekerjaan yang diceburi?

Menariknya, saya pernah menjalani latihan praktikal di InTrend. Dan selepas itu terus menceburkan diri dalam bidang fesyen. Maka dengan itu InTrend sentiasa dekat di hati saya. Ia umpama pintu yang telah membuka jalan untuk saya berjinak dalam bidang yang kini menjadi periuk nasi saya.

 

 

Jenama fesyen antarabangsa pertama yang anda gayakan?

Pada umur berapa dan untuk menghadiri acara apa? Menyarung kasut Christian Louboutin dan ketika itu saya sudah bergelar pereka. Tetapi tidak ingat untuk acara apa.

 

 

 

 

 

 

Apa yang indah dan istimewa bergelar pereka fesyen dari kaca mata anda?

Berpeluang berjumpa dengan ramai orang yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Antaranya selebriti, golongan kenamaan, VVIP dan lain-lain.

 

 

Jika terdapat sebuah bandar atau negara yang pada pandangan anda penduduknya mempunyai cita rasa fesyen, di manakah ia dan mengapa?

Manhattan, New York kerana ia adalah sebuah kota fesyen yang sentiasa pantas dan ada sahaja sesuatu elemen yang baru ditampilkan. Penghuni kota ini juga bijak berfesyen dan tidak kalah dalam bab bergaya. Dan anda tidak pernah terfikir mereka bisa melakukannya. Namun realitinya ia telah mencorak trend dunia fesyen hari ini.

 

 

 

 

 

 

 

Tempoh paling lama tidak melihat dan membelek telefon bimbit?

Waktu tidur! Sekitar enam hingga lapan jam sehari. Lebih daripada itu, tidak mungkin!

 

 

Perihal yang sering merunsingkan kepala kala mencipta sesuatu busana?

Klien tidak boleh ‘carry’ baju yang telah saya reka khas untuk mereka.

 

 

Lagu yang mungkin ‘annoying’ tetapi melekat di kepala?

‘I Am Me’! Entah mengapa tetapi ritmanya membuatkan saya teringat-ingat.

 

 

 

 

 

 

Lagu, drama bersiri atau filem kegemaran kala zaman persekolahan?

Semua lagu nyanyian Ziana Zain dan apa sahaja yang berkenaan dengan dirinya. Kerana saya salah seorang daripada ribuan peminat fanatik Ziana Zain!

 

 

Pesanan dan nasihat ibu yang masih diingat hingga kini...

Jangan abaikan solat dan sentiasa berjimat-cermat.

 

 

Jika diberikan RM100 untuk ‘survive’ dalam masa sehari, apa yang akan anda peruntukkan?

Beli makanan, mengisi petrol dan bayaran tol.

 

 

 

 

 

 

Pada pandangan anda, adakah zodiak seseorang beri pengaruh kepada cita rasa gayanya?

Ya, amat mempengaruhi cita rasa dan gaya seseorang kerana zodiak melambangkan karakter yang menterjemahkan pembawaan dirinya dalam berfesyen.

 

 

Kongsikan imaginasi anda terhadap rekaan zodiak yang diberi, bagaimana refleksinya (berdasarkan karakter dan ciri-ciri zodiak itu sendiri) dalam rekaan anda?

Aquarius - Seorang wanita yang penuh dengan kelembutan, punya elemen ‘flowy’, glamor, seksi dan bersifat seperti air, yakni menenangkan.

 

 

 

 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    LELAKI Inilah Pencipta Gaun NASI LEMAK Paling ‘Viral’ — Kami Bongkar Siapa Dia

  • Seterus →

    Siapakah Pereka yang Membuat Busana Indah DYMM Tengku Permaisuri Selangor — Kenali Mereka Ini