Nov 02, 2016 - 5421

10 Tips Pilih Gaun Pengantin — Hasilnya Foto Kahwin Anda Tetap Klasik 20 Tahun Dari Sekarang

Kami bariskan 12 sunti bersusun cantik dalam pelukan asmaradana layangan putih, berteman kemilau berlian.

 

Oleh: Iqbaq V Azwan Mukhtaram

 

 

 


 

APAKAH kalian akan dinikahi buah hati awal tahun nanti? Sini InTrend berikan 10 tips memilih gaun pengantin yang paling berguna untuk bakal ratu sehari. 

 

TIPS GAUN PENGANTIN YANG ANDA MESTI TAHU

TIPS 1

Tetapkan bajet kalian. Ikut kemampuan belanjawan sendiri dan mulakan pencarian pereka/butik pengantin yang tepat dengan bajet sendiri. Jangan sampai berhutang pula.
 

TIPS 2 

Jangan terlalu mengikut trend rekaan. Pilih busana pengantin yang lebih klasik dan akan kekal cantik apabila foto perkahwinan kalian dilihat 20 tahun lagi pada masa hadapan. 




 

 

GAUN PENGANTIN ALA ZAHIRAH MCWILSON

Renda Perancis bertabur Swarovski berbalas layangan bahu potongan bot disarung ZAHIRAH MCWILSON sama dandanan old Hollywood. Dress renda dan diamonte kilat, Rizman Ruzaini. 

 

 

 

GAUN PENGANTIN ALA NADIA BRIAN

Neoprene tidak janggal dijadikan busana pengantin. NADIA BRIAN sama dress bahu jatuh, kain bawahan senteng berbalas net juga floral corsage bertatah batuan pada sisi. Gaun pendek lapik net, Lynda Rahim.



 

 

GAUN PENGANTIN ALA ELIZABETH TAN 

Scallop cut out pada bodice bersusun diamonte kilat dilapisi net lembut jatuh mega hinggap ke lantai. Dress potongan duyung lembut ELIZABETH TAN rekaan Rizman Ruzaini.



TIPS 3 

Diet! Jangan terlalu berdiet ataupun naik tubuh badan selepas ambil ukuran bersama pereka fesyen/ butik pengantin anda. Tak fasal-fasal lari shape nanti.

 

TIPS 4 

Pastikan buat sesi fitting bersama designer kalian  sau minggu sebelum tarikh majlis. Everything needs to be tweaked to perfection. 

 

 


 

GAUN PENGANTIN ALA SHAREETA SELVARAJ 

Patchwork renda tiga dimensi pada lengan dan dada dress SHAREETA SELVARAJ bercantum serasi bodice togel dan bahu ala fairytale. Dress tiga dimensi, Rizman Ruzaini.


 


 

GAUN PENGANTIN ALA MIA NASIR 

Sekuin melingkar seluruh tubuh dalam palet rona peach lembut sarungan MIA NASIR diberi sepuhan glamor dengan pelepah kasawari pada pinggang turun kepada kaki, gaun Lynda Rahim.

 



 

 

GAUN PENGANTIN ALAAZUREEN ELEENA 

AZUREEN ELEENA wajah baru dalam gelanggang seni tidak betah sama dress liquid silver membaluti tubuh nan renyuk accordion pleats bersulam bodysuit bertatah kilat kemilau, Arda Putra.

 

TIPS 5 

Pastikan aksesori dan padanan sudah bersedia, daripada layah, rantai, cincin, subang, gelang kaki mahupun cucuk sanggul. Less is more adalah nasihat vital daripada kami di InTrend.

 

TIPS 6 

Usah paksa diri sarungkan kasut tumit tinggi jika tidak selesa mahupun canggung memakainya. Ballet flats mahupun kitten heels cantik juga digayakan asalkan padan sama busana. 

 



 

 

GAUN PENGANTIN ALA DEEBA HALIL 

Baby doll silhouette sama capped sleeves dan perincian berselirat pada leher is for the minimal bride. DEEBA HALIL stuns sama dandanan berombak merah. Dress senteng anak patung, Rizman Ruzaini. 


 


 

 

GAUN PENGANTIN ALA SHALMA AINAA

Jukstaposisi klasik dan moden sajak buat Shalma Ainaa. Dress maksi songket dan cape bersulam dedaunan is pleasing to the eyes. Gaun labuh, Jovian Mandagie, cape layangan, PU3

 

 

 

 

GAUN PENGANTIN ALA ELISYA SANDHA 

Elisya Sandha shows off her back dalam dress polos hadapan bersulam pada keluk belakang mega berbalas renda, manik berkilat, lapel kolar oversized sama butang balut bersusun kemas rekaan Rizman Ruzaini.
 

TIPS 7 

Sekiranya kalian pengantin yang mahukan busana pernikahan yang berwarna-warni, maksimum pilihan warna cukuplah pada dua atau tiga, lebih daripada itu pasti hadir seperti badut. 
 

TIPS 8

Jangan sesekali padankan warna pembayang mata dengan warna baju pengantin, no-no-no! Pilih saja warna yang muted and safe. 

 



 

 

GAUN PENGANTIN ALA NADIYAH SHAHAB

Juraian tassle sutera lembut sarat sama corsage floral dan renda tidak tampak berlebihan disarung NADIYAH SHAHAB luminously. Gaun pengantin bermain jurai dan korsaj, Qudyn.

 



 

 

GAUN PENGANTIN ALA CHACHA MAEMBONG 

Less is more, CHACHA MA’EMBONG bawa sama elemen gaya moden dengan rambut side shaved dalam dress romantis bertatah batuan pada lengan dan poket. Dress fabrikasi neoprene, Lynda Rahim.

 

 


 

 

GAUN PENGANTIN ALA ATIKAH SUHAIME 

Kolar tinggi dan restrained pada dada adalah potongan modern bride sama floral applique dan cut out netting ATIKAH SUHAIME polished dan kemas. Top moden dan skirt labuh bersulam, PU3.

 

TIPS 9 

Bersedia dengan korset dan shaper tubuh untuk mengemaskan lagi liuk tubuh kalian biar Nampak terletak cantik, namun kalau tidak biasa, usah paksa. Pitam pula nanti.

 

TIPS 10

Tips terakhir untuk nampak cantik dalam busana pengantin kalian adalah – jangan stress! Enjoy waktu kalian sebagai ratu sehari dan usah risau, segalanya akan okey! Insya-Allah. 

 



MOMEN 12 GAUN PENGANTIN TERINDAH 

 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    "Abah Kata, Budak Perempuan Mesti Pakai Baju Macam Perempuanlah!" — Ziana Zain

  • Seterus →

    Lihat! Gaya Aaisyah Anak Che Ta Bikin Ibu-ibu Teringin 'Baby Girl' (Lagi!)