Feb 02, 2017 - 10759

19 Jenis Makanan Ini Boleh Jadikan Rambut Anda Cantik, Sihat dan Lebat

Tahukah anda beberapa makanan yang dapat membantu kulit kepala dan rambut anda kelihatan sihat. Ada 19 makanan yang mesti anda tahu.

 

 

Oleh: Afiza Kamrulzaman 

 

 

 

Kredit foto: Arkib InTrend Malaysia & shutterstock.com

 

 

 

1. Salmon 

Salmon ialah sumber terbaik protein, Vitamin D dan asid lemak omega-3. Asid lemak omega-3 bagus untuk menyihatkan kulit kepala dan melembapkan rambut. 

 

 

2. Daging 

Pakar diet menggalakkan pengambilan daging sekurang-kurangnya dua kali sehari jika kamu tiada masalah kolesterol. Ia mengandungi protein, Vitamin B, zat
besi, zink dan sumber mineral lainnya. 

 

 

3. Prune

Prune meningkatkan tekstur rambut. kaya zat besi yang membantu mengurangkan keguguran rambut, rambut kusam, nipis dan warna rambut tidak sekata. 

 

 

 

Kredit foto: shutterstock.com

 

 

 

4. Teh Hijau

Untuk kaya menghilangkan masalah kegatalan dan kelemumur, kamu boleh mencuci rambut dengan teh hijau. sihat. 

 

 

5. Lobak Merah

Kaya dengan Vitamin A yang sangat bagus untuk kesihatan rambut. Vitamin A membantu dalam pembentukan sebum pada kulit kepala. sebum adalah elemen penting untuk menstabilkan lembapan kulit kepala. 

 

 

6. Telur

Kaya dengan biotin dan Vitamin B, nutrien penting untuk memastikan kulit kepala dan rambut dalam keadaan baik. Biotin membantu menjadikan rambut berkilau dan lembut. Biotin banyak digunakan dalam syampu dan perapi. 

 

 

 

Kredit foto: Google.com

 

 

7. Sayur Hijau

Bayam, brokoli, salad dan lain-lain sayur yang berwarna hijau pekat mengandungi sumber Vitamin A dan C yang sangat tinggi untuk membantu pembentukan sebum. 

 

 

8. Beras Perang

Mengandungi protein, vitamin dan fiber; ia baik untuk kesihatan rambut. 

 

 

9. Tiram 

Keguguran rambut dan kelemumur terjadi disebabkan oleh kekurangan penghasilan hormon androgen. tiram kaya dengan zat besi yang menggalakkan pembentukan androgen untuk elak rambut gugur dan kelemumur. 

 

 

10. Walnut

Kekacang terbaik menyuburkan rambut. Ia kaya dengan asid lemak omega-3, biotin, Vitamin e dan copper yang melindungi rambut daripada selar matahari. 

 

 

11. Keju Kotej 

Selain rendah lemak, keju kotej kaya dengan kalsium dan protein buat rambut bersinar. 

 

 

 

Kredit foto: Google.com

 

 

 

12. Pis Hijau

Kacang pis hijau lengkap dengan semua sumber mineral dan vitamin seperti zink, zat besi dan Vitamin B. 

 

 

13. Lentil

Pakar menasihati, sekiranya kamu mahu rambut yang sihat, amalkan pengambilan lentil sekurang-kurangnya tiga ke empat kali seminggu. Ia kaya dengan asid folik yang membantu penyaluran oksigen ke kulit kepala untuk galakkan pertumbuhan rambut dan pembaharuan sel.

 

 

14. Lada Benggala

Kaya Vitamin C untuk membantu memindahkan oksigen ke folikel rambutmu dan menggalakkan pembentukan kolagen juga penjanaan rambut baru serta atasi kerosakan rambut. 

 

 

 

Kredit foto: Google.com

 

 

 

15. Bijiran Penuh

Kaya dengan nutrien dan fiber yang menggalakkan pertumbuhan rambut sihat. 

 

 

16. Kentang Manis  

Kaya dengan beta-carotene, yang apabila kita menikmatinya ia bertukar kepada Vitamin A untuk mengelakkan rambut kusam dan mengalakkan peredaran oksigen pada folikel rambut. 

 

 

17. Blueberries

Kaya dengan Vitamin C, membantu kitaran oksigen pada kulit kepala dan folikel rambut. 

 

 

18. Udang

Mengandungi Vitamin B12, zat besi dan zink yang baik untuk pertumbuhan rambut. 

 

 

19. Biji Labu

Snek terbaik jika mahu merangsang rambut sihat kerana mengandungi protein, asid lemak omega-6, zink dan zat besi. 

 

 

 

Kredit foto: shutterstock.com

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Dua Jenis Makanan yang Sesuai untuk Wanita Mahu Diet Serta Mengekalkan Nutrien Protein dalam Makanan

  • Seterus →

    Ini 4 Petua Kekal Awet Muda Tanpa Bersusah-payah. Tak Percaya? Lihat Sendiri Hasilnya