Feb 12, 2017 - 73350
Oleh: Huda Hussain
Kredit foto: Corbis
PELBAGAI ritual atau amalan yang lazim didengari hanya semata-mata untuk kelihatan awet muda. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad juga punya amalan tersendiri menjalani kehidupan sihat ketika usianya telah mencecah 85 tahun.
Antaranya, tidak berhenti daripada melakukan sebarang kerja, sentiasa senyum, berasa gembira dan melakukan perkara yang digemari agar sentiasa kelihatan muda dan sihat. Dan berikut antara ritual yang boleh kamu amalkan untuk kelihatan awet muda.
RUTIN PADA WAKTU PAGI
Jadikan rutin meminum air suam setiap pagi selepas bangun tidur sebagai kebiasaan malah ia adalah ritual untuk mengekalkan kecantikan kulit dengan cara paling mudah dan praktikal.
CUBA INI: Letakkan jari telunjuk kedua-dua belah tangan di atas dagu. Kemudian pusing- pusingkan jari ke pipi lalu bawa ke hidung dan seterusnya ke dahi. Lakukan ritual mengurut seperti ini disusuli dengan meminum air suam.
Kredit foto: Google
MAKAN BANYAK SERAT
Tahukah kamu salah satu kunci untuk awet muda adalah menjaga pemakanan? Hal ini kerana ia mempengaruhi kesihatan pencernaan dan untuk menjaganya, pakar kesihatan menyarankan kamu memerlukan 25 gram serat setiap hari.
Serat berfungsi menjaga semua nutrisi yang kamu makan dalam tubuh lalu melepaskan nutrisi tersebut jika diperlukan. Serat banyak terkandung di dalam buah- buahan, sayur-sayuran dan makanan yang mempunyai gandum.
CUBA INI: Pilih makanan yang mengandungi gandum sebagai sarapan atau menjadikannya sebagai kudapan. Kamu juga boleh mengambil pasta yang diperbuat daripada gandum.
BIASAKAN DIRI MAKAN ULAM
Ulam raja cukup sinonim dengan masyarakat Melayu dan lazimnya ia dijadikan ulam. Namun demikian, fungsinya tidak terbatas setakat itu saja. Khasiat ulam raja adalah menambahkan kandungan oksigen dalam darah. Penambahan oksigen akan melancarkan proses peredaran darah dalam tubuh.
Apabila kandungan oksigen mencapai keseimbangan, tubuh kamu terasa lebih segar malah kulit lebih sihat dan tegang. Justeru, ketegangan kulit ini memperlihatkan kamu tampil awet muda.
CUBA INI: Amalkan memakan ulam raja setiap hari. Kamu boleh memakannya secara mentah, celur ataupun dicicah. Kaedah lain yang boleh dicuba adalah dengan mencampurkan dalam masakan atau dibuat kerabu.
Kredit foto: Google
MAKAN MAKANAN KAYA ANTIOKSIDAN
Menurut buku Staying Young: The Owner’s Manual for Extending Your Warranty tulisan Dr. Mehmet C. Oz, M.D., membuktikan bahawa antioksidan adalah makanan antipenuaan. Dan, salah satu sumber makanan antioksidan adalah blueberry.
Menurutnya,“Semua makanan berwarna gelap memiliki zat antioksidan yang dapat melindungi tubuh.” Makanan antipenuaan lain seperti brokoli dan tomato. Justeru, kamu disarankan agar memakan lima jenis makanan yang mengandungi antioksidan setaip hari.
Senaman Muka
Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan senaman ini. Ikuti langkah berikut:
- Mulakan dengan mengukir senyuman manis di hadapan cermin.
- Angkat kening dan kerutkan dahi (seolah- olah kamu menunjukkan muka seperti terkejut).
- Pejamkan mata rapat-rapat sehingga hidung terasa terangkat.
- Langkah berikutnya, senyum sambil menunjukkan gigi.
Ulangi teknik ini 10 hingga 15 kali setiap senaman setiap hari. Ia membantu melancarkan perjalanan darah dan menguatkan otot pada bahagian muka.
Urut Muka
Teknik ini juga dapat mengelakkan kedutan berlaku dengan cepat. Ikuti langkah berikut:
- Letakkan dua jari di atas kening. Kemudian, lakukan gerakan dengan lembut ke arah sisi dahi.
- Buka jari jemari kamu dan letakkan pada kawasan mata. Gerakkan juga ke arah sisi muka hingga ke telinga.
- Kemudian, buka jari-jari dan letakkan di antara hidung dan mulut. Lalu gerakkan ke arah sisi muka hingga ke telinga.
Bagi umat Islam, amalkan berselawat sebanyak tiga kali sebelum kamu meminumnya. Disarankan agar kamu meminum air suam sebelum sarapan. Cubalah!