Nov 30, 2016 - 5790

36 Tips Kalau Anda Sayang Tubuh Sendiri, Sila Ikut Kalau Mahu Badan Mantap!

Masih belum terlambat membina azam mendapatkan susk tubuh menggiurkan. Sebelum mencintai si dia, apa kata curahkan cinta buat tubuhmu.

 

Oleh: Afiza Kamarulzaman 

 

 

 

 

 

4 Kesilapan Wanita Ketika Berdiet, Kata Kevin Zahri:

 

1. Mengira Kalori 

Contoh,kamu menganggarkan 2000 kalori diperlukan sehari untuk mencapai berat sasaran, tetapi sebenarnya hanya 1800 kalori diperlukan. Lebihan 200 kalori yang kamu ambil setiap hari itu cukup untuk menambah berat badanmu hingga 10 kilogram! 

 

 

 

2. Memilih Makanan Berkhasiat 

Contoh untuk sarapan: Secawan Quaker Oat bersama sejumlah kekacang, sebiji pisang dan segelas besar jus kiwi. 

* Catat jumlah makanan yang diambil, gantikan makanan berkhasiat tinggi kalori kepada makanan tinggi serat. 

 

 

 

3. Memesan Makanan Berkhasiat di Restoran 

Sekalipun anda menukar roti sandwic kepada roti yang berkhasiat, jumlah kalorinya tetap sama. Jadi, cari maklumat nutrisi sebelum memesan makanan. 

 

 

 

4. Keinginan Ketika Berdiet 

Penyelidik di Cornell University menyatakan; mereka yang berlebihan berat badan memilih makanan yang dikatakan rendah lemak menyumbang kalori sebanyak dua kali ganda daripada kebiasaan! Istilah ‘rendah lemak’ dan ‘kurang gula’ ini hakikatnya mempunyai jumlah kalori yang hampir sama dengan makanan yang lain.

 

Contoh, biskut kismis oatmeal mengandungi 107 kalori dan empat gram gula. Manakala biskut yang sama tetapi versi ‘rendah lemak’ mengandungi 106 kalori dan sembilan gram gula! Jika teringin, ambil sedikit sebagai melepaskan kempunan. 

 

 

 

5 Pilihan Urus Berat Badan 

1. Jika kamu jenis orang yang tidak mampu mengawal diet, mulakan aktiviti sihat dengan mengunjungi gimnasium. Tetapkan tiga kali seminggu untuk melakukan aktiviti kardio membakar lemak dan meningkatkan metabolisme. 

 

2. Jika alasan tidak punya masa atau terlalu sibuk, pilihan tepat adalah dengan mengatur gaya pemakanan. Antara cara diet yang popular ialah Atkin’s Diet atau diet berasaskan sumber protein yang menolak karbohidrat dan gula. Namun, kaji sebaiknya amalan ini sebelum memulakannya agar ia tidak memberi kesan sampingan. Boleh kalau kamu mengikut undang- undang dietnya tanpa ‘menipu’. 

 

3. Jika punya wang lebih kunjungilah pusat pelangsingan yang semakin banyak di pasaran hari ini. Atau lakukan sauna, yoga, kick boxing, kelas balet atau apa sahaja aktiviti mengeluarkan peluh yang disediakan di premis tertentu. Ia mungkin lebih mendisiplinkan kamu. 

 

4. Atau cuba diet berasaskan kiraan kalori. Menurut kajian Pakar Diet: adi, jangan ambil lebih daripada yang diperlukan jika kamu tidak mahu ia bertukar menjadi lemak! 

 

5. Cari jalan mengeluarkan peluh secara spontan atau santai. Contohnya, daripada menggunakan lif, lebih baik menggunakan tangga. Jika meletakkan kenderaan, jauhkan sedikit jaraknya dari destinasi yang dituju agar kamu berpeluang untuk berjalan lebih jauh.

Sambil menonton televisyen atau bekerja, selangi waktu itu dengan sedikit senaman ringan. Ia sedikit sebanyak melancarkan peredaran darahmu. 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    11 Sumber Semula Jadi Anda MESTI CUBA untuk Buat Masker, No. 10 Petua Paling Berkesan

  • Seterus →

    Adakah Anda Pernah Alami Perut Buncit Tapi Tidak Hamil, Kenapa Ya?