Feb 21, 2017 - 6208

5 Tips Bijak Atasi Jerawat yang Murah dan Pantas Bikin Kulit Licin Bak Telur Dikupas

Jerawat adalah salah satu gangguan kulit yang sering muncul di wajah. Jika tidak tangani dengan betul akan meninggalkan kesan parut jerawat pada wajah. Ini tips berguna untuk anda!

 

 

 

 

Kredit foto: Google

 

 

 

5 Tips Bijak Tangani Jerawat Bertempek-tempek 

 

 

Tips 1 - Rutin Dua Kali Sehari 

Tahukah kamu, semua jenis kulit mesti dibersihkan, dieksfoliasi dan dilembapkan, DUA KALI sehari, setiap hari. Rutin konsisten ini boleh menolong kamu hindari jerawat. 

 

Tips 2 - Jauhi Habit Buruk! 

Jangan sekali-kali picit jerawat kamu dengan tangan atau kuku. Habit ini memindahkan bakteria dari kuku kepada kulitmu. Akibatnya, kondisi jerawat bertambah teruk, malah mencederakan kulitmu. 

 

 

Tips 3 - Imbangi Kulit Kamu 

Jerawat adalah masalah kulit. Ia bukan jenis kulit. Mungkin ada di kalangan kita memiliki kulit jenis berminyak dengan jerawat, tetapi kulit agak kering sekitar kelenjar minyak. Amalkan proses pelembapan sempurna kerana ia menolong mengimbangi kulit. 

 

 

Tips 4 - Pilih Krim Pelembap Paling Sesuai 

Jika kamu miliki kulit berminyak atau berjerawat, kamu perlu pilih krim pelembap yang sesuai dengan jenis kulit kamu. Nasihat kami, gunakan pelembap bebas minyak. 

 

 

 

Tips 5  - Pastikan Pori-pori Tak Tersumbat 

Kamu harus rajin lakukan eksfoliasi lembut setiap hari. Ia menolong melonggar lalu meluruhkan sel-sel kulit mati yang melitup atau menyumbat liang pori-pori. 

 

 

 

Apa punca berlakunya jerawat? 

Jerawat terjadi akibat beberapa faktor, iaitu:

  • Kelenjar sebum yang terlampau aktif (lazimnya disebabkan masalah genetik). 
  • Faktor hormon.
  • Pori-pori tersumbat sehingga mengakibatkan bakteria membiak. 
  • Kotoran pada permukaan kulit.
  • Faktor tekanan (stress) dan persekitaran. Kulit berjerawat lazim terjadi semenjak akil baligh hingga lewat 30-an. Ada juga individu yang alami kulit berjerawat yang minimal semasa remaja, tetapi jerawat menjadi teruk apabila usianya meningkat. 

 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    10 Rahsia Cantik dari Thailand yang Mesti Anda Amalkan, Petua No. 7 Licinkan Kulit Wajah

  • Seterus →

    30 Petua Asli Wanita Baru Bersalin Mesti Amalkan, Biar Cepat Pulih Macam CIK PIAH Sinar FM