Jul 02, 2017 - 2204

Mata Sembap & Muncul Kantung Mata – Atasi dengan Daun Pudina, Kentang & Starwberi. Ia PETUA ASLI paling Berkesan!

Mata juga salah satu bahagian wajah yang sangat penting. Masalah alzim yang berlaku kerana mata adalah seperti lingkaran hitam bawah mata, mata sembap, mata penat, kedutan dan garis halus sekitar mata. Bagaimana atasi masalah ini?

 

 

 

 

Oleh: Huda Hussain 

 

 

 

 

 

 

 

FAKTOR KEMUNCULAN LINGKARAN HITAM BAWAH MATA:

 

  •  Ia muncul kerana selari dengan umur kamu yang semakin meningkat.
  •  Kamu mempunyai masalah alahan.
  •  Ia adalah ciri-ciri kulit wajah kamu sendiri.
  •  Kamu keletihan setelah penat bekerja seharian.
  • Kurang tidur dan rehat yang cukup.
  • Kekurangan nutrisi pada tubuh.
  • Faktor genetik.
  • Pengaliran darah yang tidak stabil.
  • Kamu menghadapi tekanan dan tidak mampu mengawalnya dengan baik.
  • Terdedah kepada cahaya matahari.
  • Penurunan berat badan yang agak mendadak.
  • Mempunyai masalah pinggang dan perut.
  • Tisu lemak dan cecair.
  • Masalah sinus.
  • Kamu adalah seorang perokok. 

 

 

Apabila saluran darah di sekitar bahagian mata sangat halus, peredaran darah akan menjadi perlahan. Ini berlaku apabila mata difokuskan pada sesuatu objek dalam masa yang panjang, tidur dan rehat yang tidak mencukupi, emosi yang tidak stabil, tekanan fisiologi dan mata tidak mendapat rehat yang secukupnya. Ini menyebabkan vena yang berwarna merah keunguan di sekitar bahagian mata. Bahagian itu juga sangat nipis dan lingkaran mata gelap mudah terbentuk.

 

Bagaimana mengatasinya?

Tumbuk hancur daun pudina segar dan letakkannya di sekitar bahagian mata. Biarkan selama 10 minit sebelum mencucinya menggunakan air sejuk.

 

 

 

 

 

MATA SEMBAP

Mata sembap atau kelihatan seperti mata bengkak sama ada di bahagian kelopak atas mahupun di bahagian kantung bawah mata akan membuat wajah nampak tidak segar. Antara faktor yang dikenal pasti menyebabkan mata seseorang itu kelihatan sembap adalah:

 

• Masalah peredaran darah yang tidak lancar kerana terlalu penat.

• Terlalu banyak menangis.

• Mengambil makanan atau minuman yang mempunyai paras alkohol atau garam yang tinggi.

 

 

Bagaimana mengatasinya?

Mata sembab boleh dikurangkan dengan menggunakan potongan ubi kentang segar. Caranya adalah dengan meletakkan potongan ubi kentang di atas mata selama beberapa minit.

 

 

 

 

 

 

 

KELETIHAN MATA

Apabila mata memberikan tumpuan kepada sesuatu objek dalam tempoh masa yang lama, lazimnya mata kita akan mula penat. Setelah penat, pandangan mula berbinar lantas mata tidak boleh fokus kepada sesuatu objek. Hal ini lazimya berlaku apabila kamu menatap skrin komputer.

 

Retina dan anak mata yang cenderung fokus pada skrin komputer akan menyebabkan mata mulai letih. Lebih buruk jika mata tertumpu pada skrin komputer dalam jarak masa yang lama kerana elemen eperti pencahayaan dan warna pada skrin akan menjejaskan tahap penglihatan.

 

 

 

Bagaimana mengatasinya?

Lembapkan dua uncang teh ke dalam air panas. Setelah itu, sejukkan uncang teh tadi dengan memasukkannya ke dalam peti ais. Setelah ia sejuk, letakkannya ke atas mata selama lebih kurang 15 minit.

 

 

 

 

 

 

FAKTOR KEMUNCULAN KANTUNG MATA

• Perubahan keseimbangan cairan tubuh kerana perubahan cuaca, perjalanan jauh dan hormon.

• Alahan terhadap bahan yang terkandung di dalam ubat.

• Alahan yang menyebabkan mata berkantung dan terasa pedih.

• Cairan yang terperangkap pada bahagian bawah mata biasanya berlaku ketika bangun tidur atau menangis.

• Pola tidur tidak teratur.

 

 

Bagaimana mengatasinya?

1. Urut dengan cara tapping massage pada bahagian yang terlihat kantung mata dengan menggunakan jari tengah. Urut dari arah hujung dalam ke arah pinggir mata dengan gerakan secara membulat. Insya-Allah, masalah kantung mata dapat diatasi.

2. Buah strawberi, mentimun dan kentang juga boleh mengurangkan kemunculan kantung mata.

3. Bungkus potongan ais batu pada kain kapas dan pedap pada kedua mata. Insya-Allah masalah kantung mata dapat diatasi. 

 

 

 

 

 

 

KERUTAN DAN GARIS HALUS SEKITAR MATA

Faktor utamanya kepada masalah ini adalah kerana pertambahan usia yang mengakibatkan kurangnya kandungan kolagen. Apabila kolagen mulai kurang, kesannya kulit akan beransur hilang keanjalannya. Walaupun secara biologi umur seseorang belum tua, tetapi penuaan dini boleh berlaku kepada sesiapa saja. Puncanya adalah sinaran matahari yang berlebihan dan dehidrasi.

 

 

Bagaimana mengatasinya?

 

1. Bersihkan Mata Daripada Penggunaan Alat Kosmetik Sebelum Tidur

Jika tidak dibersihkan, sisa kosmetik akan menyebabkan pori-pori tersumbat. Untuk membersihkan bahagian mata, seeloknya gunakan pembersih mata khusus, kerana mata merupakan bahagian yang lebih sensitif berbanding bahagian wajah lain. Kamu juga boleh menyapukan krim mata yang akan membantu merawat mata pada malam hari.

 

 

2. Lindungi Mata Daripada Sinar Matahari

Jika terlibat dengan aktiviti luar, pastikan kamu menggunakan krim tabir suria atau gunakan eye gel untuk untuk menyegarkan mata. Sebaiknya, gunakan kaca mata, payung atau topi yang dapat melindungi mata daripada sinaran ultraviolet.

 

 

3. Minum Air Secukupnya

Pengambilan air yang mencukupi dapat mencegah terjadinya dehidrasi sekali gus dapat mencegah timbulnya garis halus pada mata.

 

 

4. Banyakkan Buah-buahan dan Sayur- Sayuran

Kandungan mineral dan vitamin dalam buah merupakan nutrisi yang berguna untuk kecantikan mata di samping bermanfaat untuk kecantikan kulit dan kesihatan tubuh. Kandungan Vitamin C pada buah atau sayur terutamanya dapat membantu pembentukan kolagen yang menambah keanjalan kulit di sekitar mata. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    5 Sebab Anda Perlu Minum JUS ACAI BERRY — Ia Membantu Mengimbangi Tona Kulit, Tak Percaya Baca Ini!

  • Seterus →

    Bunga Melur Bukan Sekadar Bunga KUBUR — BACA Ini, Anda Pasti Terperanjat!