Apr 09, 2017 - 396
Kredit foto: Getty Images
MAKANAN multiwarna penting dalam dunia perubatan dan kulinari Tiongkok, yang percaya bahawa warna — merah, kuning, hijau, putih dan hitam berkaitan dengan organ; yakni jantung, limpa, hati, paru dan ginjal. Warna tersebut juga berkaitan dengan lima elemen utama alam yakni api, tanah, kayu, air dan logam.
Ahli perubatan Tiongkok, Dr. Ming Zhou berkata, penting mencapai keseimbangan tubuh yang harmoni dengan alam. Inilah sebabnya kaitan warna dan organ dengan kelima-lima elemen ini sangat penting.
Putih (Logam)
Makanan berwarna putih memberikan perasaan yang bersih dan memurnikan paru-paru. Ia bagus untuk menenangkan emosi dan penglihatan. Contoh makanan ialah cendawan, lobak putih, bunga kubis dan bawang merah.
Hijau (Kayu)
Hijau adalah warna kehidupan dan memiliki pengaruh yang kuat terhadap hati. Lagi pula makanan berwarna hijau adalah sumber makanan bagi manusia dan haiwan. Contoh makanan hijau misalnya bayam, anggur hijau dan brokoli.
Hitam (Air)
Warna hitam berhubungan dengan ginjal. Ginjal adalah organ yang boleh menyebabkan kematian jika tidak menjaga kesihatan. Contoh makanan ini misalnya cendawan hitam, kulat, timun laut dan beras hitam.
Merah (Api)
Warna merah mempengaruhi jantung. Pengambilan lebih banyak makanan berwarna merah membantu sistem kekebalan tubuh dan mencegah flu. Contoh makanan berwarna merah misalnya epal merah, strawberi, tomato dan bit.
Kuning (Tanah)
Warna kuning berkaitan dengan limpa. Limpa berfungsi mengubah dan menyalurkan tenaga daripada makanan dan minuman ke seluruh tubuh. Contoh makanan berwarna kuning misalnya jagung, lada benggala kuning, tembikai kuning dan nanas.