Mar 05, 2017 - 975

8 Warna Makanan Ini Boleh Memanjangkan Jangka Hayat Seseorang! Aneh Tapi Anda Perlu Baca, Baru Percaya

Bagaikan anak kecil, kita pasti teruja apabila disajikan dengan makanan pelbagai warna. Tapi warna makanan rupanya ada misteri yang pengaruhi usia kita.

 

 

Oleh: Norhaizan Ahmad  

 

 

 

Kredit foto: Getty Images 

 

 

Tahukah kamu, jangka hayat penduduk Korea Selatan dan Jepun adalah antara yang paling panjang disebabkan oleh diet harian mereka? Jawapannya ya, kerana makanan yang terdiri daripada pelbagai warna menawarkan khasiat berguna pada tubuh misalnya vitamin dan antioksidan. 

 

Warna-warna makanan melambangkan kandungan nutrisi tertentu di dalamnya. Lebih menarik lagi, pengambilan pelbagai makanan berwarna dikatakan dapat melangsingkan badan. Menurut David Heber dalam buku What Color Is Your Diet?, semakin pekat atau ketara warna buah-buahan dan sayur-sayuran yang dimakan, semakin tinggi kandungan nutrisi yang terdapat di dalamnya. 

 

Manakala Eric Breverman menulis di dalam bukunya, The Younger (Thinnner) You Diet, kunci menurunkan berat badan sekali gus mempertahankannya adalah dengan menggantikan sel-sel otak yang hilang, menyeimbangkan zat kimia otak dan menciptakan kembali otak yang lebih muda dan aktif. Setiap kali sel-sel otak kamu tumbuh, kamu bukan sahaja bertambah pintar tetapi juga boleh mempercepatkan metabolisme. Ia juga bertujuan untuk mencerdaskan otak serta menguruskan badan, seiring dengan pertambahan usia. 

 

 

 

8 WARNA UNTUK PANDUAN DALAM MENYUSUN POLA PEMAKANAN 

 

1. Merah Terang 

 

Kredit foto: Google 

 

Tomato dan tembikai antara jenis buah- buahan dan sayur-sayuran yang mempunyai warna ini. Warna merah menandakan makanan ini mengandungi likopen iaitu zat yang berperanan untuk memelihara kesihatan sel serta mampu mengurangkan risiko kanser. Sebagai contoh, tomato mengandungi likopen dan Vitamin C iaitu antioksidan yang meminimumkan risiko kanser (terutama kanser pankreas) serta mencegah radang usus.

 

Selain itu, tomato juga mencegah penyakit jantung dan memelihara tekanan darah. Bukan itu saja, vitamin lain seperti Vitamin A dan C juga mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga gusi dan meningkatkan imunisasi tubuh. 

 

 

 

2. Merah Gelap 

 

Kredit foto: Google 

 

Buah sitrus seperti limau gedang merah  dengan isi buah berwarna merah ini mengandungi antioksidan yang berfungsi mempertahankan kesihatan, memperbaiki fungsi memori, melindungi pembuluh darah, tulang rawan, tendon serta ligamen daripada sebarang kerosakan.

 

Selain itu, pigmen merah dalam buah ini mengurangi risiko kanser dengan cara mencegah kerosakan jaringan. Buah ini juga dikatakan boleh memperbaiki fungsi saluran kencing. Antara buah lain yang berwarna merah dan boleh membantu adalah buah kranberi, raspberi, ceri, kacang merah dan buah delima. 

 

 

 

3. Jingga Terang

 

Kredit foto: Google 

 

Lobak merah dan mangga antara makanan di dalam kelompok ini. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna jingga menandakan kaya dengan kandungan alfa dan beta karotenoid di dalamnya yang mengandungi komponen antikanser dan antioksidan.

 

Makanan ini juga boleh membantu memperbaiki daya penglihatan dan kesihatan jantung. Cuba ambil paling tidak dua hingga tiga biji makanan berwarna jingga setiap hari dan jauhi jauhi jus buah-buahan yang kaya kalori.

 

 

 

4. Kuning Terang 

 

Kredit foto: Google 

 

 

Makanan yang berwarna kuning  diketahui mengandungi Vitamin C yang baik untuk melindungi sel tubuh. Limau dan betik mengandungi banyak Vitamin C dan beta cryptoxanthin, iaitu salah satu komponen karotenoid. Dengan kandungan Vitamin C dan karoteniod di dalam buah betik, ia dapat mempertahankan tekanan darah kamu dalam keadaan yang normal.

 

Sayuran dan buah yang berwarna kuning banyak mengandungi fitokimia karotenoid dan lavonoid (vitamin dan mineral dalam makanan yang berfungsi mengurangi kesan kerengsaan pada kulit) yang mempunyai komponen antikanser dan antioksidan. Terdapat sejenis enzim yang membantu menambah kepantasan reaksi di dalam tubuh.

 

Betik juga membantu mencerna daging dan tepung sehingga melancarkan sistem pencernaan kamu, serta membantu memelihara daya tahan tubuh. Makanan berwarna kuning ini juga bertindak dalam memperbaiki daya penglihatan dan memelihara kesihatan jantung. Cuba ambil tiga sajian makanan begini setiap hari.

 

 

 

 

5. Hijau Gelap 

 

Kredit foto: Google

 

 

Warna hijau pada sayuran menandakan kandungan sulforaphane, isothiocyanate dan indoles yang menurut Heber, ia dapat merangsang hati untuk membuat komponen yang dapat memecah unsur kimia penyebab kanser. Klorofil yang terkandung di dalam tanaman hijau mempunyai komponen antikanser dan komponen yang berfungsi untuk proses detoksifikasi tubuh. Buah dan sayuran hijau kaya dengan zat lutein, yang kaya dengan antioksidan di dalamnya.

 

Selain itu, sayuran hijau kaya karotenoid, vitamin serta mineral yang berfungsi meredakan peradangan secara semula jadi. Sayuran seperti brokoli dapat meningkatkan imunisasi serta pembentukan sel dalam tubuh melalui kandungan asid foliknya yang sememangnya bermanfaat melawan kanser terutamanya kanser payudara. Brokoli juga kaya dengan chromium yang boleh membantu mengatur insulin dan gula dalam darah selain mencegah penyakit jantung.

 

Selain itu, banyak makanan hijau yang mengandungi kalsium yang membantu membentuk tulang dan gigi yang kuat, mencegah osteoporosis serta mampu memperbaiki daya penglihatan. Ambil sekurang-kurangnya satu sajian sayuran seperti brokoli, kobis, sawi, bayam, kobis Brussels dan sebagainya setiap hari.

 

 

 

 

6. Putih Kehijauan 

 

Kredit foto: Google

 

 

Makanan berwarna putih banyak mengandungi flavonoid yang dapat melindungi membran sel. Contoh makanan berwarna ini adalah seperti bawang putih, bawang Bombay, seleri dan buah pir. Kandungan alicin dan selenium di dalam bawang putih dipercayai dapat membunuh parasit, bakteria dan virus.

 

Mengambil bawang putih secara teratur dapat menghalang arteri daripada tersumbat, meningkatkan sistem imunisasi tubuh serta mengawal tekanan darah. Selain itu, ia dapat menurunkan kadar kolesterol, mengandungi zat antikanser serta dapat membantu menyembuhkan radang otak, sakit pada sendi serta menambah tenaga. 

 

 

 

7. Biru Gelap 

 

Kredit foto: Google

 

 

Makanan dengan warna ini mengandungi anthocyanin dan fenolat, iaitu dua jenis fitokimia kuat yang dikatakan bermanfaat sebagai antipenuaan. Buah dan sayuran berwarna biru gelap kaya antioksidan. Makanan berwarna biru boleh melindungi pembuluh darah, tulang rawan, tendon serta ligamen daripada sebarang kerosakan.

 

Selain itu, makanan ini juga mengurangi risiko kanser dengan mencegah kerosakan jaringan. Makanan ini juga boleh memperbaiki fungsi memori dan kesihatan saluran kencing. Buah seperti beri biru dan anggur adalah antara contoh makanan dalam kategori ini.

 

 

 

8. Ungu Gelap 

 

Kredit foto: Google

 

 

Makanan yang berwarna nila dan ungu mengandungi antioksidan. Makanan berwarna biru gelap dan nila mengurangi stress oksidatif iaitu salah satu penyebab utama penuaan. Selain itu, makanan ini juga kaya resveratrol yang diyakini dapat mengurangi risiko penyakit jantung dan kanser. Makanan seperti terung dan buah plum amat disarankan oleh Braverman. 

 

Pigmen warna di dalam buah-buahan dan sayuran ini dikenali sebagai karotenoid; sebatian berwarna-warni yang wujud secara semula jadi dan ada banyak pada tumbuh-tumbuhan. Karotenoid bertindak membantu proses fotosintesis – menukar cahaya matahari menjadi tenaga dan bertindak sebagai antioksidan untuk melindunginya daripada kesan foto oksidan yang membinasakan.

 

Haiwan juga menggunakan karotenoid untuk pewarnaan terutamanya burung (bulu merah dan kuning) dan ikan (ikan emas dan salmon). Justeru, ayuh kita amalkan makanan berwarna mulai hari ini. 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Dengan Modal Beli Kelapa RM2.50, Anda Boleh Dapat Ini — Putihkan Siku & Ketiak, Haluskan Tapak Kaki Kasar, WOW!

  • Seterus →

    Kacang Soya, Telur Kuning, Kacang Hijau dan Tepung Ubi Boleh Mencerahkan Kulit Putih Semula Jadi