Sep 27, 2016 - 1289
Oleh:
Foto:
Kembara Mizz Nina bersyukur dapat menjejakkan kaki di Masjid Al-Kahfi.
KALI pertama menyertai misi kemanusiaan di luar negara, penyanyi dan pemilik label fesyen Muslimah Madeena; menanam azam mahu terus aktif melakukan kerja amal membantu mereka yang memerlukan.
Kongsikan bersama InTrend, apakah objektif misi kemanusiaan ini?
Saya bersama suami, selain selebriti seperti dan serta beberapa pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) menyertai misi ini selama lapan hari bermula 27 Julai hingga 3 Ogos 2015 di Jordan.
Aktiviti sukarelawan ini sebenarnya dirancang oleh pelajar-pelajar Malaysia atas inisiatif Fatiha Shuib dan rakan-rakannya, terdiri daripada bekas pelajar Malaysia di Jordan dengan kerjasama Ikram for Syria Jordan. Dia bekerjasama dengan beberapa kumpulan pelajar di sana membantu apa yang terdaya untuk meraih dana bagi mengadakan konsert 1 Moment 4 Them. Misi ini diberi nama 1 Momen 4 Them khusus untuk membantu mangsa pelarian Syria dan Palestin.
Saya kagum dengan semangat yang ada dalam diri pelajar-pelajar Malaysia di sana kerana bagi saya, pelajar yang tinggal di sekitar negara Arab perlu mempunyai mental yang kuat kerana bukan mudah untuk survive apatah lagi dalam keadaan negara yang bergolak dan diselubungi perang.
Foto: Mizz Nina &
Misi Sukses Antara kejayaan pelajar Malaysia menubuhkan Sekolah Arab Malaysia.
Apakah perkara yang membuatkan Nina terpanggil mahu menyertai misi ini?
Fatiha secara peribadi menghubungi saya dan barisan selebriti yang lain. Dan saya sendiri sudah lama mengenali selain mendengar mengenai aktiviti seperti ini. Mungkin juga berkat doa saya kepada Allah agar memudahkan jalan untuk saya membantu orang lain, ia secara tidak langsung menggerakkan semangat dan kemampuan diri saya untuk membantu apa yang terdaya menerusi penglibatan dalam misi ini.
Apakah lagi yang boleh Nina kongsikan sepanjang hampir seminggu berada di sana?
Ini bukanlah percutian yang makan angin atau menikmati pemandangan kurniaan Allah tetapi keberangkatan kami ke sana mempunyai visi. Untuk membantu membangkitkan keceriaan kepada mangsa pelarian khususnya kanak-kanak kecil selain warga tua dan golongan dewasa.
Selain itu, saya menyanjung tinggi usaha yang digerakkan oleh gagasan pelajar kita di sana. Berbekalkan wang sendiri yang dikumpulkan, mereka membina sebuah sekolah untuk anak-anak ini menerima pendidikan di kem pelarian, membeli generator, menyediakan bekalan makanan dan banyak lagi.
Foto:
Pengalaman berada di kem pelarian mangsa perang Syria dan Palestin, kongsikan?
Ini kali pertama saya menjejakkan kaki ke kem pelarian dan sampai ke Jordan. Menyelami kehidupan mereka sudah cukup membuatkan saya berasa bersyukur. Bukan mudah melihat mereka menjalani rutin harian di kem pelarian dan hanya tinggal di dalam khemah yang serba kekurangan jauh sekali untuk menikmati hidup yang selesa.
Maka dengan itu, kami lakukan aktiviti kesukarelawan seperti meluangkan masa bersama anak-anak kecil seperti bermain, aktiviti mewarna dan berbual untuk lebih mendekati kehidupan mereka. Bertanya adakah mereka mahu pulang ke Syria, apa yang mereka mahukan jika negara mereka bebas, berkongsi cerita di sebalik penderitaan yang mereka alami dan sebagainya. Meluangkan waktu bersama mereka umpama sedekah saya kerana saya hanya lakukan apa yang termampu.
Foto:
Selain aktiviti sukarela, apa lagi yang Nina lakukan di sana?
Alhamdulillah, kami sempat menziarahi tempat-tempat bersejarah dalam ketamadunan Islam seperti Petra, Masjid Al Kahfi, Gua Al Kahfi, Masjid Mazar di Mut’ah yang menempatkan makam tiga pejuang syahid dalam perang Mut’ah dan Laut Mati.
Foto:
As-Siq Petra, Jordan Sebahagian lokasi daripada sejarah penting dalam ketamadunan Islam yang masih terpelihara.
Bagaimana rasanya dapat menjejakkan kaki ke tempat bersejarah dalam dunia Islam seperti Petra?
Ia umpama membawa ingatan dan memori ke zaman silam. Saya bersama Noh berjalan kaki di sepanjang As-Siq sambil melihat ada sesetengah pelancong menaiki unta untuk perjalanan memasuki Petra. Kawasan sekitarnya dikelilingi pergunungan, batu kerikil dan padang pasir.
Sukar untuk saya tafsirkan bagaimana perasaan itu. Terharu, teruja dan bersyukur semua menjadi satu. Ia sedikit sebanyak membangkitkan semangat saya untuk menziarahi banyak lagi tempat-tempat bersejarah dalam ketamadunan Islam.
Foto: Mizz Nina
Lambaian Si Kecil Anak kecil yang tak lekang dengan senyuman biar terpalit dengan luka dan kesan perang.
Pastinya misi ini bukan kali terakhir untuk Nina bukan?
Insya-Allah, sudah tentu. Sebaliknya ia adalah langkah permulaan untuk membuka pintu kepada misi dan membantu mangsa perang di negara yang lain pula. Insya-Allah tahun hadapan, kami merancang mahu ke Jordan semula untuk melihat perkembangan di sana dan mengenal pasti apa yang boleh kami bantu.
Tetapi misi utama saya bersama NGO serta barisan artis yang lain adalah untuk mengumpulkan dana bagi membantu keperluan pendidikan anak-anak kecil di sana selain membantu mangsa perang Gaza.
Foto: