Dec 16, 2016 - 7620

Berkat Usaha Gigih, Peniaga Burger Tepi Jalan Kini Pemilik Sebuah Kedai Emas

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Inilah kisah jatuh bangun perniagaan seorang usahawan yang bermula sebagai penjual burger jalanan yang berjaya buktikan dirinya juga boleh membuka sebuah kedai emas.

 

Oleh: Hakimi Tajul As’ari

 

 

InTrend dekati pemilik Khalifah Jewels Mohd Firdaus Bin Abdul Rahman berkongsi cerita tentang jatuh bangunnya dalam dunia perniagaan emas. 

 

 

PENJUAL BURGER JALANAN

“Kisah perjalanan perniagaan saya yang bermula dari bawah. Bukan mudah untuk kecapi kejayaan malah kita perlu lalui dengan pelbagai cabaran malah cekal tempuhi dugaan yang mendatang. Saya bermula berniaga sebagai seorang penjual burger jalanan. Ya, inilah titik permulaan berkecimpung dalam bidang ini. Siang kupas bawang, cincang salad. Malam saya bersengkang mata tunggu pelanggan beli burger saya."

 

"Pelbagai orang saya jumpa kebanyakannya datang dari pelbagai jenis latar belakang. Biasalah bisnes sebegini kita perlu berhadapan dengan banyak ragam. Dari sinilah saya belajar tentang marketing secara retail. Bagaimana untuk approach pelanggan yang berbeza ras serta rupa, ini juga satu cabaran awal yang saya hadapi dulu. Tapi alhamdulillah ramai juga yang membeli burger saya ketika itu. Layanan pelanggan itu penting, jangan sesekali under estimate pelanggan kita. layan sama rata, itulah yang saya terapkan hingga kini."

 

>>>[KLIK DI SINI] Tak Sangka! Mahasiswa Ini Makan Roti 70 Sen Sehari Untuk Bina Empayar Bisnes<<<

 

“Impian saya pada masa itu besar, saya kumpul duit untung bulanan saya dan mula beli emas kerana minat. Hobi saya ialah mengumpul emas. Nawaitu saya membeli emas pertama ketika itu adalah untuk simpanan. Kenapa emas? Hmmm, tak salah nak beli emas, dan saya rasa minat saya ini berbaloi nilainya untuk masa hadapan. Harga nilai emas tak akan pernah jatuh. Alhamdulillah, terbukti sekarang saya dapat nikmati rezeki daripada hobi saya ini."

 

“Kumpul emas bukanlah satu cara untuk cepat kaya, ramai yang silap memahami konsep pembelian emas.  Saya menyimpan atas dasar minat dan apabila sudah banyak saya akan kumpul emas yang baru dan nilainya akan semakin bertambah. Dari situ kita boleh gandakan nilai sesebuah emas mengikut harga semasa. Tetapi jangan memaksa diri untuk milikinya kerana emas juga ibarat satu tanggungjawab. Lebih banyak kita milikinya kita perlu jaga dengan zakat fitrahnya juga."

 

 

Hobi Suka-suka Jadi Duit

“Boleh saya katakan apa saja yang jadikan hobi saya akan saya implementasi sebagai satu perniagaan. Begitulah kehidupan seorang peniaga, perlu mencuba sesuatu yang baru dan perlu juga reda apa juga yang berlaku."

 

"Bak kata orang dulu-dulu, untung sabut timbul untung batu tenggelam. Saya jual burger kerana saya suka makan burger. Saya buka kedai dobi kerana saya malas nak basuh baju dan saya yakin ramai juga yang mengalami masalah seperti saya. Kini saya miliki sebuah empire emas di Bandar Bangi atas dasar minat saya dengan emas. Kita perlu pupuk minat sebelum mula berniaga agar kita akan sentiasa rasa sayang terhadap perniagaan kita."

 

“Saya perhatikan satu kesilapan yang ramai peniaga baru ingin mulakan perniagaan. Orang jual tudung, kita pun nak jual tudung, lihat orang berjaya jual baju kita pun nak jual baju, sedangkan kita sendiri tiada minat dalam industri tersebut. Ya, ilmu boleh dipelajari, malah kita harus mendalami dan fahami sendiri sesebuah industri untuk kita jadikan sebagai satu perniagaan agar ia tidak tersasar jauh dari landasan."

 

>>>[KLIK DI SINI] Bagaimana Zero Melawan Kemiskinan Selepas Kematian Bapak yang Bisu dan Pekak, Ini Kisah Ikhtiar Hidup<<<

 

 

Daripada Peniaga Kedai Burgar Kepada Tauke Kedai Emas 

“Perniagaan itu ibarat kita memanah, perlu betulkan sasarannya agar ia tepat apabila dipacu. Tetapi sebelum nak memanah kita mesti pupuk minat dan faham ertinya dahulu.”

 

“Cerita jatuh bangun ini saya kongsi adalah untuk memberi inspirasi kepada semua. Ramai yang terlalu cepat ingin kaya sedangkan kita harus berusaha untuk mendapatkan sesuatu. Perit getir bergelar seorang usahawan mungkin tak ramai yang tahu. Mereka melihat yang indah di luarnya sahaja, ibarat cantiknya kilauan emas sebentuk cincin tidak kita rasa payahnya melentur semayang emas dengan api yang membara. Usaha yang jitu itu harus disulami dengan doa serta tawakal. Insya-Allah, rezeki Tuhan beri itu adil dan saksama."

 

 

“Apabila sudah kaya pula, ramai peniaga Melayu yang suka bermegah dengan kekayaan dunia. Sedangkan semua itu pinjaman daripada Yang Esa."

 

"Bermegah-megah itu satu perkara yang menjurus kepada kejatuhan rohani. Dari situlah kita diuji dengan kekuatan iman kita. Harapan saya semoga peniaga Melayu yang berjaya jangan pernah mudah alpa dan doa saya juga agar kita khususnya peniaga Melayu sentiasa dilindungi dan dipermudahkan setiap urusan.

 

 

Kedai Emas Kini Sambut Ulang Tahun ke-3

“Khalifah Jewels kini sudah genap tiga tahun beroperasi dan kami berpangkalan di Seksyen 7 Bangi, Selangor. Kami mensasarkan golongan mampu milik yang rata-ratanya datang dari sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Harapan saya semoga jenama emas saya ini menjadi salah satu jenama emas yang dikenali suatu hari nanti."

 

 

 

 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Tahukah Anda Siapa Wanita Pertama diangkat Sebagai Sasterawan Negara? Ini Sejarah Untuk 100 Tahun Lagi, Bacalah

  • Seterus →

    Bagaimana Lelaki Ini Mendidik 11 Anak Syurga yang Autistik, ADHD dan Disleksia Dengan Ikhlas, Bacalah