Jul 05, 2017 - 7601
20 PETANDA SI DIA TERGILA-GILAKAN KAMU
1. Muka si dia segera menjadi kemerah-merahan dan tingkah- lakunya jadi tidak keruan apabila kamu berada dekat dengannya.
2. Pun begitu, si dia akan sentiasa cuba untuk berada dekat denganmu.
3. Apabila hadir pada satu-satu majlis, si dia berusaha untuk duduk bersebelahan dengan kamu.
4. Si dia akan mencari alasan untuk dapat bercakap dengan kamu. Walaupun hanya sebaris ayat, itu sudah cukup untuk menggembirakan hatinya.
5. Apabila dapat berjumpa, si dia tidak akan lepaskan peluang merenung anak mata kamu dalam-dalam. Satu renungan yang penuh makna, tetapi kamu harus berhati-hati ya!
6. Wajahnya mempamerkan rasa kecewa setiap kali kamu perlu beredar awal.
7. Si dia percaya 100% apa yang kamu ucapkan dan setuju dengan apa jua idea kamu.
8. Si dia tidak akan mencari kesalahan kamu dan cuba mengelak untuk percaya yang kamu pernah melakukan kesilapan dalam hidup.
9. Kelibat si dia akan muncul pada bila-bila masa, tidak kira di mana jua kamu berada.
10. Si dia tidak dapat menerima jika kamu mengatakan yang kamu tidak suka atau tidak cintakannya.
11. Si dia begitu berminat mengambil tahu latar belakang dan perkembangan kamu. Dia begitu tekun mendengar cerita mengenai kamu dan sering bertanya tentang kamu daripada teman-teman kamu.
12. Ada sahaja alasan si dia ajukan kepada kamu untuk berdating. Sehari mungkin dia ajak lima enam kali. Bosanlah!
13. Wajahnya mempamerkan riak cemburu apabila melihat kamu berbual dan melayan kehadiran orang lain sekalipun kawan-kawannya. Sikap si dia begitu ketara sehingga kamu boleh menyedarinya.
14. Kamu mungkin mendapat hadiah daripadanya biarpun tarikh ulang tahun kamu masih jauh. Dia begitu peka dan sering memberi hadiah yang terbaik buat kamu.
15. Si dia begitu prihatin terhadap kamu. Bukan ambil tahu sahaja, malah sentiasa menghulurkan tangan membantu. Juga memastikan yang kamu tidak mengalami sebarang masalah dalam kehidupan seharian dan menjamin kebajikan dan keselamatan kamu.
16. Si dia sanggup berkorban apa sahaja demi kamu. Jika tak percaya, mintalah dia jadi orang suruhan atau pemandu peribadi kamu, pasti si dia teruja untuk memenuhi permintaan kamu.
17. Kamu dapati si dia sentiasa inginkan persamaan. Misalnya, si dia berusaha mengikuti aktiviti kegemaran dan menyukai apa sahaja cita rasa kamu untuk mempamerkan bahawa dia sememangnya tergila-gilakan kamu.
18. Si dia hanya bercakap mengenai perkara yang baik-baik sahaja ketika berbual dengan kamu. Dia cuba menonjolkan sikap terpuji agar kamu terpikat dengannya, namun hati-hati ya, takut si dia hanya berpura-pura.
19. Si dia cukup suka memuji. Tidak hanya penampilan, mungkin juga tingkah-laku kamu yang sentiasa baik di matanya.
20. Pantang orang lain salah cakap atau sekadar mengusik, si dia bermati- matian mempertahankan kamu.