May 03, 2017 - 8362

Seks Dingin, Suami ‘Mahu’ Tapi Isteri Lari — Ketahui Puncanya Sebelum Pasangan Beralih Arah

Selepas bertahun melayari bahtera rumahtangga, asmaramu kian hambar bagaikan tiada tarikan magis. Apa puncanya?

 

 

 

Oleh: Norhaizan Ahmad 

 

 

 

Kredit foto: Getty Images 

 

 

ADA ketikanya kamu tidak berminat mengadakan hubungan seks dengan suami. Sama ada disebabkan kamu letih, baru sembuh daripada penyakit atau selepas bersalin. Ini perkara biasa. Setiap insan, lelaki mahupun perempuan, akan mengalami tempoh dingin terhadap seks. Mungkin beberapa hari, mungkin seminggu. 

 

Akan tetapi, jika sebulan berlalu, dan kamu berasakan kalau tidak berhubungan intim langsung pun tidak mengapa, kamu mungkin menuju masalah. 

 

 

PUNCA DINGIN SEKS 

Berbeza dengan masalah kesihatan fizikal, tidak ramai yang bersedia berjumpa pakar kesihatan mengenai masalah seks. Sebabnya, ada yang berpendapat ia bukan satu masalah, yang lain tidak sanggup pun bertentang mata dengan doktor apabila menyebut perkataan ‘seks’. Kajian di Barat mendapat, antara punca dingin seks ialah: 

 

 

 

1. Tekanan Perasaan 

Jika kamu tidak gembira dengan diri sendiri, keadaan sekeliling, rumahtangga atau tempat kerja, banyak kegiatan lazim yang kamu rasa tidak lagi menyeronokkan, termasuklah seks. Kamu hilang keyakinan dan malas melayani kehendak suami yang mungkin memerlukan hubungan intim ketika itu. 

 

 

 

2. Masalah Dengan Pasangan

Kamu mungkin terbawa-bawa perasaan marah atau kecewa dengan pasangan sehingga ke tempat tidur, sedangkan suami sudah melupakannya sebaik sahaja pertengkaran berakhir. Itulah bezanya lelaki dan perempuan. Sebab itu, cuba selesaikan isu tertunggak antara kamu berdua sebelum ke kamar tidur. 

 

 

 

3. Masalah Fizikal Pasangan 

Jangan fikir lelaki sahaja muak apabila kulit isteri tidak tahan bau mulut suami selepas merokok, bau ketiak atau perut buncit, tetapi tidak berterus- terang. Ini perkara kecil, tetapi lama-kelamaan boleh menjejaskan hubungan intim. 

 

 

 

4. Ketakutan tidak rasional 

Segelintir wanita mengalami gangguan emosi atau takut melakukan hubungan seks ketika hamil atau selepas bersalin. Jika perasaan ini tidak dibincangkan dengan orang yang lebih memahami, ia juga mencetuskan kedinginan di kamar tidur. Suami juga perlu memahami keadaan isteri. Beri layanan istimewa buat yang tersayang. 

 

 

Kredit foto: shutterstock.com

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    ‘Signal’ Suami di Malam Pertama, “Yang, Kapal Terbang Nak Mendarat Ni…”

  • Seterus →

    AWAS! 20 Tanda Seseorang Itu Gila Bayang dengan Anda, No. 7 Tanda Paling Kritikal