Oct 19, 2017 - 902

30 Tips Temu Janji Pertama yang Mesti Anda Lakukan — AWAS! Tips No 5. Perkara ini Selalu Terjadi

Tanpa diduga, kamu menerima kad istimewa daripada jejaka idaman. Rupa-rupanya, si dia juga memuja kamu dalam diam. Akhirnya, si jejaka mengajak kamu keluar bersama.

 

 

 

Oleh: Norhaizan Ahmad 

 

 

 

 

Jom! Kongsi 30 tips ini agar cintanya terus bertaut lewat pertemuan pertama yang indah itu. Petua utama, yakin pada diri sendiri. Ia sangat penting agar kamu dapat mengawal diri tatkala berhadapan dengan si dia.

 

 

PERSALINAN

1. Tidak perlu berhabisan membeli baju baru atau kasut baru kecuali jika kamu langsung tidak mempunyai himpunan sesuai untuk pertemuan pada petang itu.

 

2.  Jangan pilih baju yang cantik sahaja, tetapi pilih yang selesa. Ia sangat penting bagi memastikan keyakinan kamu tidak terjejas. Misalnya, jangan pakai skirt atau bergaun sendat jika kamu tidak menyukainya atau kurang selesa menggayakannya.Jika tidak, sepanjang petang kamu asyik membetulkan baju atau asyik ke tandas menghadap cermin sehingga mengganggu pertemuan petang itu.

 

 

3. Si dia juga mungkin terkejut melihat perubahan gaya kamu yang terlalu mendadak. Mungkin ia turut mengubah pandangannya terhadap kamu. Misalnya, selama ini dia meminati kamu kerana kamu tampak ayu berbaju kurung. Tiba-tiba pada petang itu kamu berkebaya ketat, nipis dan jarang. Pasti si dia terpinga-pinga.

 

 

4. Sebaik-baiknya tanya si dia terlebih dahulu atur cara pertemuan pada petang itu bagi memudahkan kamu memilih pakaian sesuai. Sama ada makan malam berdua di hotel ternama sambil diterangi cahaya lilin, majlis keramaian biasa atau sekadar makan-makan di gerai/restoran makanan segera sahaja.

 

 

5. Sediakan baju dan kasut sekurang-kurangnya 48 jam sebelum temu janji (kecuali si dia buat kejutan pada saat-saat akhir) bagi mengelakkan suasana memalukan. Mungkin si dia seorang pemerhati dan sangat teliti, justeru pastikan:

  •  Butang baju/seluar masih elok. Kemaskan semua jahitan longgar. Zip masih elok. Kelim atau jahitan lipatan hujung baju dan lengan masih kemas. Jika tidak, jahit semula dengan benang sewarna.
  • Sediakan perhiasan (jika perlu) seperti kerongsang atau perhiasan gerek.
  • Kasut masih berkeadaan sempurna terutama pada bahagian tapak dan tumit. Jika tapak haus, perbaiki segera agar tidak tergelincir tatkala berjalan-jalan dengan si dia.
  • Usah pakai kasut ketat walaupun ia paling serasi dengan baju pilihan kerana bimbang kaki melecet dan mengganggu pergerakan kamu pada petang itu.
  • Elak baju atau kasut pinjam.
  •  Jika pertemuan agak kasual pada sebelah siang/panas terik, elak baju/fabrik yang menyebabkan kesan peluh pada bahagian tertentu mudah ketara terutama pada bahagian bawah lengan.

 

 

 

 

 

 

SOLEKAN

6. Mungkin kamu  berperwatakan sederhana  dan tidak suka bersolek kecuali berbedak dan bergincu sahaja setiap hari. Justeru, tidak perlulah kamu bersolek keterlaluan hingga menyebabkan rasa tidak selesa serta membuatkan si dia juga ternganga. 

Jika pertemuan agak kasual (sekadar ke restoran makanan segera), kekalkan gaya yang kamu suka.

 

 

7. Sekiranya si dia ingin membawa kamu ke tempat lebih istimewa (hotel atau restoran eksklusif), bolehlah bersolek lebih sedikit.

 

 

8. Sekiranya bimbang wajah berubah kerana solekan tebal, pilih warna semula jadi atau coklat dan pastikan teknik solekan betul dan kemas.

 

 

9. Tumpuan utama solekan – kening, sapuan pembayang mata, celak serta gincu.

 

 

10. Elak suasana memalukan kerana solekan bersememeh. Misalnya, maskara cair, kening senget sebelah atau kesan gincu pada gigi hadapan. Cuba petua ini: Pilih maskara tahan lama/tidak cepat cair. Jangan pakai bulu mata palsu.

 

Pilih celak jenis pensel, bukan cecair. Jika enggan bercelak atau bermaskara, serlahkan mata dengan mengepit bulu mata mengguna pengepit khas agar lebih melentik dan sikat dengan sikat bulu mata agar lebih hitam dan kemas. 

 

 

 

 

 

 

DANDANAN

11. Kamu tidak perlu  mengubah fesyen rambut  semata-mata untuk pertemuan pada petang itu. Cuma pastikan rambut kemas, bersih dan tidak berbau.

 

 

12. Jika rambut panjang, biarkan panjang. Jika  rambut lurus, tidak perlu dikerintingkan. Rambut yang dikerinting/diluruskan pada saat akhir, berisiko, bimbang dandanan tidak menjadi/rosak atau tidak sesuai dengan bentuk wajah kamu. Bagaimana kamu hendak menghadapi si dia?

 

 

13. Jika masih mahu  berdandan di salun,  cukup sekadar mencuci dan mengeringkan rambut serta memotong hujung rambut yang tidak kemas (terutama fringe).

 

 

14. Jika ingin menggayakan perhiasan tambahan, pilih cekak atau sepit bersesuaian dengan warna baju atau pilih sahaja hitam.

 

 

 

 

 

 

TANGAN/KAKI/KUKU

15. Pakai pelembap pada kedua-dua belah tangan rapi. Jika panjang, pastikan bentuknya bagi mengelakkan ia tampak kering dan tidak bermaya.

 

16. Pastikan kuku dipotong rapi. Jika panjang, pastikan bentuknya kemas.

 

17. Jika memakai pewarna kuku, buang sisa warna lama dan sapu warna baru.

 

18. Jika memilih kasut jenis terbuka, pastikan kuku kaki juga dipotong rapi.

 

19. Jika kaki kamu mudah berbau, bersihkan kaki dan sembur penyegar kaki. Pakai stoking/sarung kaki bersih. Elak kasut jenis terbuka.

 

 

 

 

 

 

PERWATAKAN

20. Jika kamu memang seorang pendiam, jadilah pendengar yang setia.

 

21. Mungkin si dia gemar bercerita. Tunjukkan minat kamu pada topik yang dibincangkan.

 

 

22. Jika si dia seorang yang pendiam, kamu yang bertanggungjawab menceriakan suasana.

 

 

23. Akan tetapi, pastikan bentuk majlis serta suasana ketika itu. Jika makan malam berdua diterangi cahaya lilin, usah berceloteh sepanjang masa. Elakkan cerita- cerita lucu sehingga menyebabkan kamu sendiri ketawa mengilai- ngilai. Ia bukan sahaja mencacatkan pertemuan, tetapi mengganggu pengunjung lain.

 

 

24. Jika pertemuan pada petang itu secara berkumpulan, jangan bersikap terlalu pasif walaupun baru kali pertama bertemu rakan-rakan si dia. Cuba sertai perbualan mereka. Akan tetapi, jangan terlalu menunjuk pandai sehingga menyebabkan si dia berasa terpinggir.

 

 

25. Jika si dia membawa kamu ke majlis koktel, pastikan kamu sentiasa berada di sampingnya. Walaupun dia memperkenalkan kepada kenalannya yang sangat membosankan, jangan tunjukkan perasaan kamu itu. Ingatlah, majlis itu hanya untuk beberapa jam sahaja.

 

 

26. Jangan sesekali memencilkan diri di bilik/sudut lain walaupun majlis dihadiri sangat menjemukan.

 

 

27. Jangan pula kamu meninggalkan si dia keseorangan kerana terlalu gembira terserempak kenalan lama.

 

 

28. Soal makan minum juga jangan diabaikan. Jangan asyik tumpukan perhatian kepada juadah terhidang sehingga si dia terpinga- pinga keseorangan. Ini bukan acara makan, tetapi sekadar makan- makan sambil berkenal mesra.

 

 

29. Sekiranya masih belum yakin pada diri sendiri atau si dia, elakkan bertemu ibu bapa serta keluarganya pada pertemuan pertama. Usah terburu-buru. Kenali dahulu hati budinya kerana ia memudahkan kamu menyesuaikan diri dengan keluarganya kelak.

 

 

30. Ingat! Walaupun apa jua acara atau majlis dihadiri pada pertemuan pertama ini, pastikan kamu berjaya membuatkan si dia berasa bangga berada di samping kamu dan mengharapkan hubungan akan berkekalan.

 

 

 

 

 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Kenali dan Fahami Daerah Sensual Pasangan Anda — Pasangan BERKAHWIN Harus Baca Ini!

  • Seterus →

    Rupanya Ini Sebab Suami Dingin — Terkena Sihir Lepas ‘Reunion’! Para Isteri Kena Ambil Iktibar