Sep 26, 2017 - 6178

Kenali dan Fahami Daerah Sensual Pasangan Anda — Pasangan BERKAHWIN Harus Baca Ini!

Kenali dan fahami daerah sensual pasangan anda agar kalian mampu takluki kekurangan diri, lantas hubungan intim berlangsung dengan sempurna.

 

 

Oleh: Huda Hussain 

 

 

 

Kredit foto: Corbis 

 

 

 

 

MUNGKIN . ada antara suami mahupun isteri di luar sana yang tidak mengetahui kepentingan G-Spot dalam memastikan kelangsungan hubungan intim. Dan tahukah anda apakah definisi G-Spot?

 

Titik Grafenburg atau G-Spot adalah bahagian dalam tubuh manusia yang jika disentuh akan menaikkan ghairah lantas menjadi daya penggerak untuk mencapai orgasme dalam hubungan intim.

 

 

 

 

LELAKI

G1 – FRENULUM

Untuk makluman wanita, bahagian ini adalah antara G-Spot lelaki. Ia terletak di bahagian bawah zakar. Jika disentuh dengan baik dan kena pada caranya, ia mampu menghasilkan sensasi luar biasa kepada lelaki kesayangan anda. Jika anda menyentuhnya tanpa mengambil kira faktor masa dan tempat, akan membuatkan pasangan terangsang dan mahu berasmara.

 

 

 

G2 – PERINEUM

Zon ini terletak di antara testikel dan zakar. Sebelum memulakan hubungan intim, titik ini perlu dirangsang terlebih dahulu. Ia akan memberikan sensasi ekstra yang kuat kepada pasangan anda dengan ghairahnya.

 

Malah titik ini adalah hotspot rahsia lelaki. Untuk mengambil hati pasangan anda, lakukan sentuhan-sentuhan lembut dan manja selain berikan belaian pada bahagian ini. Ingin tahu refleksi pasangan anda? Cuba terokai zon ini!

 

 

 

G3 – PROSTAT

Rangsangan pada kelenjar prostat juga adalah sebahagian daripada G-Spot lelaki. Ia akan memberikan lelaki menikmati sensasi luar biasa. Bagi melakukan rangsangan ini, berikan sentuhan lembut dengan anggota tubuh selain daripada jari dan tangan. Fokuskan pada prostat, ia pasti memberi rangsangan istimewa dan ekstra kepada pasangan anda.

 

 

 

 

Kredit foto: Google 

 

 

 

 

G4 – TELINGA

Telinga juga mampu memberi rangsangan kepada lelaki. Hanya dengan hembusan dan sentuhan lembut di luar cuping telinga bisa menggetarkan jiwa mereka lantas merangsangnya dengan lebih agresif. Lakukan secara perlahan- lahan dan tidak perlu terlalu terburu-buru okey!

 

 

 

G5 – LEHER

Zon ini juga adalah sebahagian daripada G-Spot lelaki yang mudah untuk ditakluki malah sebagai titik tumpu untuk menaikkan sensual lelaki. Berikan kucupan mesra di sekeliling leher akan meningkatkan keghairahan lelaki. Selain itu, sentuhan dan belaian dengan jari-jemari anda yang lembut berupaya merangsang pasangan ke tingkat seterusnya. Lakukan berulang kali dan terokai zon ini.

 

Dan tahukah anda ia juga umpama petikan suis yang boleh menaikkan ‘mood’ lelaki terus bereksplorasi? Justeru aplikasi dan terokai zon ini bagi memastikan kelancaran dalam hubungan intim anda suami isteri.

 

 

 

G6 – BETIS

Betis lelaki juga antara zon G-Spot yang jarang diketahui wanita. Untuk itu, lakukan sentuhan manja dan belai lembut hujung kaki anda di betisnya. Selang-selikan dengan sentuhan jari jemari anda. Impaknya pasti mengejutkan anda. Selamat mencuba!

 

 

 

G7 – PUTING

Bahagian ini juga tidak kurang hebat dan punya magisnya tersendiri. Sentuhan dan usapan, anda juga akan membuatkan pasangan mudah berasa ghairah lantas memacu ke peringkat seterusnya.

Jika ingin lebih sensai, sentuh dengan jari dan bibir. Ia pasti memberi kesan luar biasa malah teknik ini boleh diaplikasi sebagai langkah pertama dan menghantarkan isyarat anda kepada pasangan agar meneruskan langkah berikutnya.

 

 

 

 

Kredit foto: Google 

 

 

 

 

WANITA

Setiap titik pada tubuh wanita mempunyai kepekaan dan reaksi berbeza tatkala menerima rangsangan. Misalnya segelintir wanita bisa asyik ketika telinganya disentuh lidah pasangannya, tetapi terdapat juga wanita yang akan ‘turn-off’ ketika telinganya disentuh.

 

Justeru sebagai lelaki anda harus tahu dan mengenal pasti titik sensual pasangan anda. Saling memberi dan menerima dalam hubungan intim adalah satu daripada beberapa kunci bagi mencapai orgasme dalam hubungan intim.

 

Seperti lelaki, tubuh wanita juga memiliki titik-titik tertentu yang sensitif. Apabila zon ini mendapat sentuhan atau rangsangan maka impaknya luar biasa. Berikut adalah huraian titik sensual kaum Hawa yang harus kamu ketahui:

 

 

 

 

G–SPOT

Tahukah anda, terdapat suatu tempat di dalam vagina yang jika disentuh akan membuatkan wanita terangsang hebat? Titik ini lazimnya di sebut titik G oleh ahli genekologi Jerman, Ernest Grafenberg yang pertama kali menjelaskannya pada 1950.

 

Menurut Ernest Grafenberg ramai wanita menemui titik G nya pada dua inci daripada liang pemasukan vagina di dinding atas bahagian depan, di sebalik tulang kemaluan. Terdapat juga segelintir wanita pada mulanya merasa tidak selesa kerana terasa ingin membuang air kecil ketika titik G nya tersentuh.

 

Rasa ketidakselesaan itu hanya terjadi kira-kira satu minit sahaja dan seterusnya ia beransur hilang. Pencarian titik G boleh dilakukan dengan jari atau penis. Terokai dan lakukan eksperimentasi untuk anda takluki titik ini.

 

 

 

 

Kredit foto: Google 

 

 

 

C–SPOT

Titik C adalah kiltoris, yakni salah satu bahagian titik rangsangan. Ketika zakar mengenai klitoris, rangsangannya terhadap wanita luar biasa malah semakin kerap bahagian ini disentuh ia menyebabkan orgasme mudah berlaku.

 

 

 

AFE ZONE

AFE atau singkatan kepada Anterior Fornix Ero erogenous zone terletak di dalam vagina. Zon ini terletak berlawanan dengan dinding vagina. Anda akan menemui zon ini jika vagina mulai basah.

 

Menurut pakar terapi seksologi Dr. Chua Chee Ann dalam laporan penemuannya mengenai seksologi seluruh Asia di Indiapada 1994; mendapati daripada 193 wanita, 11 di antaranya mengaku mencapai kepuasan ketika pasangan mereka ‘bermain’ di zon ini.

 

 

 

U–SPOT

Titik U adalah uretra atau saluran kencing. Menurut Pakar Psikologi dan Seksologi dari Nortwestern University Medical School, Kevin Mc Kenna, kadangkala lelaki mahupun wanita tidak pernah terfikir zon ini adalah pembuka rangsangan sensual pertama ketika memulakan hubungan intim. Titik U berada di sebelah kanan bawah klitoris malah wanita mudah mencapai orgasme jika melakukan rangsangan.

 

 

 

Titik Lain

Puting

Wanita lazimnya memiliki puting yang sensitif namun impaknya berbeza. Misalnya dengan usapan, tekanan ataupun belaian lembut memberi sensasi yang luar biasa sekali gus membantu isteri mencapai orgasme.

 

 

Leher

Kedudukan yang lebih spesifik malah sensitif bagi wanita adalah pada belakang leher di bahagian bawah. Ia lebih sensitif kerana sarat dengan pembuluh darah apabila menerima rangsangan atau disentuh. Belaian lembut adalah cara paling mudah untuk merangsang zon ini.

 

 

 

 

WANITA EJAKULASI?

Seperti lelaki, wanita juga mengalami ejakulasi. Pakar seksologi menyatakan tentang kemampuan Titik G ‘mengejakulasikan’ cairan jernih apabila wanita sangat terangsang. Ia memberi kesimpulan bahawa Titik G mempunyai persamaan dengan kelenjar prostat lelaki apabila menerima rangsangan.

 

Ramai wanita yang berejakulasi gusar mereka membuang air kecil, namun cairan itu bukanlah air kencing, malah keinginan untuk membuang air kecil adalah lumrah dan biasanya ia akan hilang saat wanita mencapai orgasme.

 

 

 

 

RUMUSAN

Terdapat beberapa persamaan antara G-Spot lelaki dengan wanita. Namun demikian setiap individu mempunyai G-Spot yang berlainan. Pada awal perkahwinan, mungkin ia menjadi cabaran untuk anda mengenalpasti zon mana yang akan memberi rangsangan ekstra kepada pasangan anda. Usah khuatir, jadikan komunikasi sebagai instrumen penting untuk anda dan pasangan mampu menguasai titik-titik erotis ini.

 

 

 

Kredit foto: Google 

 

 

 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    9 Tips Hangatkan Asmaramu, No. 5 Panduan yang Mesti Dicuba

  • Seterus →

    30 Tips Temu Janji Pertama yang Mesti Anda Lakukan — AWAS! Tips No 5. Perkara ini Selalu Terjadi