Sep 28, 2016 - 13863

10 ‘Caption’ yang Melambangkan #RelationshipGoals. Anda “WOW” atau “EUWW”?

Ayat-ayat cinta yang bermaksud #RelationshipGoals memang mencairkan hati netizen. Apa komen anda?


Oleh:

 


Sumber foto: , &



RAMAI berpendapat bahawa untuk memulakan sesuatu perhubungan adalah mudah, tetapi untuk mengekalkan hubungan teramatlah sukar. Adakah anda setuju? Mana-mana pasangan sekalipun perlu ada sikap toleransi, tolak ansur, sedia berkorban, malah sanggup terima kelemahan dan kekurangan pasangan masing-masing.

Tentu sekali setiap pasangan di dunia ini menginginkan perhubungan yang berkekalan diikat tali pekahwinan lantas kekal hingga akhir hayat. Untuk anda sendiri, apa yang anda perlu lakukan untuk mencapai objektif hubungan #RelationshipGoals #TillJannah ini? 

InTrend kongsikan 10 ‘caption’ #RelationshipGoals yang mencuit hati dan mencairkan hati para netizen di media sosial. Adakah anda rasa “WOW” atau anda rasa “EUWW?” Jom baca!
 

 

 


 


 


 


 


 

 

 


 


 


 

 

Bagi mencapai #RelationshipGoals #TillJannah, anda perlu lakukan perkara-perkara berikut: 

 

1. Berhenti Membandingkan Hubungan

Apa yang dilihat realitinya ia jauh berbeza apa yang diinginkan. Jangan bandingkan si dia dengan kekasih sahabat anda. Mungkin anda iri hati dengan kemesraan rakan anda itu, tetapi apa yang anda lihat itu tidak menjamin hubungan mereka berjalan dengan sempurna. 

 

2. Saling Meminta Maaf 

Mudah untuk meminta maaf dan memaafkan. Kadangkala kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Oleh itu, penting untuk anda sentiasa meminta maaf maka si dia akan berlembut hati lantas mengakui kesilapan sendiri.

 

3. Boleh Berjumpa Rakan Tanpa Rasa Cemburu Membabi-buta

Ingin ini! Kita bebas mahu berjumpa dengan sahabat dan pada waktu sama anda jangan melarang si dia untuk berjumpa dengan rakanya. Jika bertolak-ansur dengan pasangan anda, barulah boleh mencapai #RelationshipsGoals. 

 

4. Saling Percaya Antara Satu Sama Lain

Percaya adalah perkara asas sebuah perhubungan. Elakkan daripada cemburu buta lebih-lebih lagi jika si dia mempunyai profesyen yang kerap berjumpa dengan orang ramai.

 

5. Beri Kata-kata Semangat 

Anda haruslah sering memberikan kata-kata semangat kepada si dia dan begitulah sebaliknya. Pasangan yang matang mampu mengubah perwatakan anda menjadi lebih rasional.

 

6. Tidak Pernah Mengungkit Kisah Silam

 Setiap manusia mempunyai kelemahan dan kisah silam yang tersendiri. Pasangan yang baik tidak akan mengungkit kisah silam dan kelemahan masing-masing apabila bertengkar. Ini perkara paling penting! 


Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Mengapa Pencinta Kopi Mesti Datang Ke Kafe Ini? Adakah disebabkan...

  • Seterus →

    Mengapa Pelancong 'Terkesima' Dengan Destinasi Percutian Ini? Ini Sebabnya