Oct 01, 2016 - 245

Mengapa Pelancong 'Terkesima' Dengan Destinasi Percutian Ini? Ini Sebabnya

Destinasi pelancongan ini mesti dikunjung, nikmati keindahan sepanjang hari.

 
 
 Oleh:

 

Persisiran pantai Boracay
 

"BORACAY sebuah pulau peranginan kecil yang terletak 315 km dari selatan Manila. Pulau yang terletak di wilayah Aklan ini dipromosikan secara mega oleh Philippine Tourism Authority. Boracay turut tersenarai antara destinasi pelancongan yangmesti dikunjungi oleh beberapa organisasi pelancongan terkemuka seantero dunia. Keindahan dan kejernihan air lautnya bisa memukau pandangan mata sekali gus membuat saya mahu mengunjunginya berulang kali." 
 


Jeti Boracy Island 


Sebelum ini, pelancong Malaysia yang berkunjung ke Boracay perlu mengambil penerbangan transit AirAsia ke Lapangan Terbang Clark. Setelah itu, mereka perlu menaiki kapal terbang menuju ke Lapangan Terbang Kalibo yang terletak lebih kurang dua jam dari Boracay. Kini, AirAsia satu-satunya yang menawarkan penerbangan terus ke Kalibo, Filipina. 
 


Foto: Google Mpas 


Penerbangan tujuh hari seminggu tanpa henti ini menawarkan dua pilihan: 

AK608 dari KLIA 2 ke Kalibo (KUL – KLO) bertolak pada jam 10.30 pagi dan tiba di Kalibo pada jam 2.45 petang.
AK609 dari Kalibo ke KLIA 2 (KLO – KUL) pada jam 3.15 petang dan tiba di KLIA 2 pada jam 7.00 petang. 


Ringkasan perjalanan:
• 4 jam penerbangan dengan AirAsia dari KL – Kalibo.
• 2 jam perjalanan dengan van dari Lapangan Terbang Kalibo ke Jeti Caticlan.
• 15 minit perjalanan dengan bot dari Jeti Caticlan ke Boracay. 
 

Harga transit pengangkutan dari Kalibo - Boracay:
• 250 Peso (RM25) untuk tambang van dan bot.
• 200 Peso (RM20) untuk tambang van sahaja. 
 


 

Di sekitar Boracay, tuk-tukadalah pengangkutan utama bagi pelancong dan penduduk di sini. Di sepanjang empat kilometer pantai Boracay terdapat banyak motel, hotel dan tempat penginapan yang menarik dengan harga berpatutan. Henann Lagoon Resort antara pilihan utama pelancong yang mahukan percutian nan relaks kerana lokasinya berdekatan dengan pantai, selain perkhidmatan yang sangat memuaskan. 

Pulau Boracay dibahagikan kepada 3 stesen: 

a. Station 1 – Hotel mewah yang menyediakan pantai persendirian untuk tetamu hotel.
b. Station 2 – Hotel sederhana mewah.
c. Station 3 – Hotel bajet dan penginapan untuk backpacker. 
 


Crystal Cove 


Aktiviti menarik di Boracay:

Snorkeling. Rugi tidak snorkeling di Boracay! Kejernihan air dan hidupan laut yang memukau membuat anda terleka kala bersnorkeling. Pakej hoping island merangkumi lawatan ke Crystal Cove, bayaran termasuk ke Magic Island dan aktiviti cliff jumping serta snorkeling, anggaran pakej sekitar 1300 Peso (RM130). 

 


Pemandangan laut luas dari Crystal Cove Island


Jelajah Crystal Cove. Ia terkenal dengan panorama indah bukit-bukau serta kejernihan air lautnya. Menariknya, ada sebuah gua dan anda boleh mandi-manda di sini.  
 


Magic Island Cliff Jumping

 

Cliff jumping. Magic Island Cliff Jumping antara aktiviti yang wajib dilakukan di Boracay. Ia mencabar keberanian anda melakukan lompatan dengan ketinggian berbeza bermula dari empat hingga sembilan meter. 

Crystal Boat di Tambisaan Beach.  Jangan lepas peluang melihat dasar laut dari atas bot kaca. Selain itu, anda juga boleh berkayak. Anggaran harga aktiviti ini sekitar 800-1000 Peso (RM800-RM1000) seorang. 

 


Sepetang yang menakjubkan

 

Parau Sunset SailingAktiviti ini mesti dicuba kerana anda berpeluang menatap keajaiban ciptaan Tuhan tatkala mentari mulai terbenam dari atas kapallayar yang dipanggil parau. Sebuah parau boleh memuatkan lapan orang penumpang dan dua orang pengemudi bot.

Pastikan anda menaiki parau sejam awal sebelum matahari terbenam jika tidak mahu ketinggalan menyaksikan keindahan alam. Pelayaran ini mengambil masa sekitar 30-40 minit. Pakej berharga sekitar 200 ke 300 Peso (RM20 ke RM30) seorang. 
 


Di puncak Mt. Luho

 

Menunggang ATV dan ‘Buggy’ ke Mt. Luho. 
Dari puncak Mt. Luho, anda dapat menyaksikan keindahan seluruh pulau Boracay. Untuk sampai ke puncak gunung, anda perlu memandu buggy atau ATV yang mengambil masa sekitar l5- 20 minit. Pakej berharga sekitar 60 Peso (RM60) seorang. 

Membeli-belah di D’Mall dan D’Talipapa
Dua pusat membeli- belah utama di Boracay ini menawarkan ajnas cenderahati khas yang boleh dijadikan kenang- kenangan. 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    10 ‘Caption’ yang Melambangkan #RelationshipGoals. Anda “WOW” atau “EUWW”?

  • Seterus →

    Apabila Ajal Menghampiri, Adakah Allah Beri Peluang Kedua?