Sep 24, 2016 - 212

Mengapa Pencinta Kopi Mesti Datang Ke Kafe Ini? Adakah disebabkan...

Nikmat Secawan Kopi di Caffe Crema Bukan sekadar kopi biasa, kehalusan tekstur selain keaslian biji kopi menjadikan butik kafe ini pilihan utama penggemar kopi di ibu kota.



Oleh:

 

Caffe Crema

Menarik tentang kafe: Konsep moden kontemporari membangkitkan suasana santai. 
Apa ada pada secawan kopi? Mungkin itu soalan yang sering diutarakan bagi mereka yang tidak menggemari minuman ini. Namun bagi pencinta kopi, ia umpama nikmat yang sukar digambarkan. Kini anda boleh menikmati secawan kopi yang pasti memenuhi cita rasa anda. Rangkaian Caffe Crema, menawarkan pengalaman menikmati secawan kopi yang sempurna. 
 


Foto: Caffe Crema
 

Berbekalkan tagline, Coffee With Passion, keunikan kopi disini terletak pada ‘kehalusannya’. Sebagai kafe pertama di Malaysia yang menggunakan periuk Bialetti Moka, ia menjadikan bancuhan kopi penuh aroma. 

Foto: Caffe Crema 


Jadikan sesi makan tengah hari atau minum petang anda lebih elegan lagi sofistikated bertemankan secawan kopi bersama hidangan pastri dan manisan. Menawarkan harga bermula RM6.50 hingga RM14, nikmati keenakan secawan Cappuccino bersama rakan-rakan. 
 

Foto: Caffe Crema


Tambahkan keceriaan dengan hirupan latte panas sambil menjamu selera dengan kek karamel di sini. Kafe ini beroperasi setiap hari bermula jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam. Bagi pelanggan yang ingin mempelajari cari membuat secawan kopi, kumpulan barista di sini sedia membantu anda. 
 


 

4 Sebab Mengapa Wanita Harus Minum Kopi Secara Sihat : 

 

1. Meningkatkan konsentrasi

Kopi sangat digalakkan minum untuk wanita bekerja atau mereka yang memerlukan tumpuan sepenuhnya dalam aktiviti harian. Jika dilihat ramai yang akan minum kopi sebelum memulakan pekerjaan. Bahkan, minum kopi di awal pagi dapat memberi tenaga dan membakar semangat. Malah, kopi juga dipercayai memberi kekuatan agar peminum kopi lebih fokus dalam melakukan sesuatu kerja. Adakah anda sedari perkara ini? Fikir-fikirnya! 



2. Mengurangkan kemurungan

Wanita adalah golongan yang paling banyak terdedah dengan kemurungan yang disebabkan dengan pelbagai masalah. Penyelidikan telah membuktikan bahawa peminum kopi berisiko akan diserang kemurungan lebih rendah 10 kali daripada wanita yang tidak mengambil kopi. Betul ke? Ada sumber yang menyatakan, kopi didalamnya terdapat kafein yang mempunyai bahan anti-oksida yang boleh memberi kesan rileks. Oleh itu, wanita yang bekerja atau sudah berumahtangga sebaiknya mengambil kopi secara sihat agar tidak mudah diserang kemurungan. 



3. Membakar kalori 

Buat wanita yang sedang menjalani program diet dan penurunan berat badan, kopi adalah salah satu yang dapat membantu anda. Berdasarkan kajian di Amerika Syarikat, kafein terbukti meningkatkan metabolisme tubuh dari 3-11%. Kafein juga membantu membakar kalori dan lemak dalam tubuh lebih cepat sebanyak 10%. Bahkan jika anda tidak terlalu gemuk, kafein mampu membakar kalori sehingga 29% lebih cepat. Nah, jika anda sedang diet, apa kata anda cuba minum kopi. Mana tahu mungkin ia berkesan!  



4. Membantu kulit lebih sihat 

Selain serbuk kopi boleh digunakan sebagai scrub dan kaedah kecantikan lain, pengambilan kopi sebanyak 2-3 cawan dalam sehari terbukti mencerahkan kulit dan mengekalkan keremajaan. Kajian membuktikan ada zat di dalam kopi yang dapat membantu menjaga kulit manusia daripada proses penuaan. Pengambilan kopi secara sihat dipercayai membuat penuaan menjadi lambat daripada mereka yang tidak mengambilnya. Mungkin para wanita boleh mula berjinak minum kopi demi kecantikan diri anda. 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    MESTI CUBA! Makanan di Kafe ini Membuat Anda Terleka Apabila Menikmatinya

  • Seterus →

    10 ‘Caption’ yang Melambangkan #RelationshipGoals. Anda “WOW” atau “EUWW”?