Oct 08, 2016 - 1158
Oleh: Athirah Zulkifli
MUAT naik gambar peribadi di Instagram adalah perkara kemestian bagi individu moden masa kini. Ada kalanya Instagram ini dijadikan tempat berkongsi hobi, minat, kreativiti daripada segi fesyen, solekan, fotografi, tempat pelancongan, makanan, aktiviti bersukan dan sebagainya. Malah terbaru di media sosial adalah musim memuat naik foto-foto aktiviti bersukan atau bersenam di gimnasium.
Adakah anda salah seorang yang memuat naik foto sebegitu?
InTrend senaraikan 10 akaun ‘Instagram Influencer’ lelaki yang rajin memuat naik foto aktiviti sukan atau fitness mereka yang harus anda follow di laman sosial Instagram! Mungkin ia boleh menjadi sumber inspirasi anda untuk mula bersukan atau bersenam.