Oct 09, 2016 - 341

Mengapa Hotel Unik di Langkawi Ini Menjadi Tarikan Pelancong?

Percutian pendek di Tubotel Langkawi marakam kenangan terindah di pulau legenda, Langkawi sambil ditemani keindahan alam semula jadi.


 

Sumber foto : www.tubotel.com


PENULIS InTrend berbesar hati kerana diberi kesempatan menikmati percutian santai di Tubotel Langkawi yakni hotel bajet rendah seumpamanya di seluruh Asia. Diilhamkan oleh Dasparkhotel Austria, hotel tiub konkrit ini memperkenalkan konsep penginapan gaya minimalis ke tahap yang lain. Berlokasi di pinggir Pantai Cenang yang jauh dari hingar-bingar kota, Tubotel cukup sajak menjadi tempat penginapan golongan muda buat semalam dua. 

 

Sumber foto: www.tubotel.com

 

Ia menyediakan bilik yang asas dengan kemudahan lampu, kipas/pendingin udara dan soket selain katil tingkat yang cukup selesa untuk menghilangkan lelah setelah seharian meronda Pulau Langkawi. Turut disediakan adalah kerusi untuk berehat di luar hotel sambil anda berpeluang menyaksikan matahari terbenam tatkala senja menjelma. 

 

Sumber foto: www.tubotel.com

 

Sumber foto: www.tubotel.com

 

Menyajikan panorama indah pesisiran Pantai Chenang dan jeti tinggalan, destinasi ini sajak dikunjungi bersama pasangan untuk hujung minggu yang romantik. Dengan harga RM180 semalam termasuk sarapan untuk dua orang, inilah terminal percutian yang sangat berpatutan. 

 

 

Sumber foto: www.tubotel.com

 

Sumber foto: www.tubotel.com

 

Why We Love Tubotel Langkawi

  • Servis yang pantas dan cekap.
  • Berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
  • Sesuai untuk backpackers, light atau solo travelers. 
  • Menyajikan panorama laut yang menakjubkan.
  • WIFI percuma di lobi hotel. 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    10 ‘Instagram Influencer’ yang Anda Mesti Follow!

  • Seterus →

    10 Bukti YB Khairy Jamaluddin Figura Politik Paling ‘Fit’ di Malaysia