Feb 28, 2017 - 1239

5 Tips Tangani Stress di Tempat Kerja yang Wanita Perlu Tahu. Tips No. 2 Terapi Paling Berkesan!

Pastinya tekanan di tempat kerja tidak dapat dielakkan terutamanya kaum wanita. Bagaimana mahu tangani masalah stress ini? Ikuti tips ini.

 

 

 

 

 

Kredit foto: Google

 

 

 

STRESS di pejabat terbawa- bawa sampai ke rumah? Ada bermacam cara untuk kamu tangani stress dan secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan kamu dan keluarga. Sungguh mudah dan kamu hanya perlu lakukan di rumah! 

 

 

 

5 Tips Wanita Tangani 'Stress' di Rumah

 

 

1. Peruntukkan Waktu Berkualiti untuk Keluarga

Apa kata kamu luangkan masa bersama di hujung minggu dengan melakukan aktiviti seperti renang, membeli-belah, bermain tenis dan sebagainya. Aktiviti seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan kamu dengan keluarga. 

 

 

2. Layan Dirimu Juga 

Sekali-sekala kamu berhak mendapat layanan istimewa setelah penat bekerja di pejabat dan menguruskan rumah tangga. Kamu boleh ke spa dan dapatkan rawatan seperti facial, manicure, pedicure atau pergi membeli-belah. 

 

 

 

Kredit foto: Getty Images 

 

 

 

3. Bersenam untuk Kebaikan 

Menari boleh mengeluarkan peluh. Ia juga merupakan salah satu cara bersenam yang baik dan dapat menghilangkan stress. Ia juga membuat tubuhmu terasa segar dan sihat. 

 

 

 

4. Movie Time! 

Sedang kamu beristirehat di rumah, inilah masa yang sesuai untuk kamu menonton DVD. Pelbagai filem baru dan kamu pasti terleka hingga lupa segala tekanan, lebih-lebih lagi apabila menonton bersama keluarga. 

 

 

 

5. Aktiviti Memasak 

Lakukan aktiviti memasak bersama anak-anak. Memasak adalah ekspresi diri. Inilah masanya kamu praktikkan resepi-resepi di dalam buku masakan kamu itu. Cuba sesuatu yang baru seperti membuat biskut atau cupcakes dengan pelbagai hiasan dan perasa. Anak-anak pasti suka dan dapat belajar sesuatu darimu. 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Orang Kita Suka Kahwin Dengan Pasangan Antarabangsa, Betulkah? Kisah Benar Ini Satu Teladan Buat Anda

  • Seterus →

    4 Tips Berguna ‘Nak Hidup’ Sampai Hujung Bulan, Tips No.2 Beli Ikut Kemampuan!