Mar 06, 2017 - 2155
Kredit foto: Google
HUJUNG bulan asyik saja ‘mintak nyawa’ dengan teman, atau sering mengamalkan skim ‘M.A.S’ (Mak Bapak Sponsor) dan sebagainya. Apa taknya, selalu lari bajet. Yang pasti, hidup di kota dengan semua benda naik harga memang amat sukar. Kami ada tips bijak simpan duit. Selamat berjimat!
TIPS 1
Kenal Pasti Keperluan dan Kehendak
Membeli-belah bukan hanya memenuhi nafsu semata- mata. Beli beg tunjuk, kasut tunjuk, baju tunjuk. Tunjuk saja barang berkenan, duit melayang. Kalau pakai duit orang lain tak apalah.
Elakkan beli sendiri dan mengikut nafsu.Jika perlu tak apa tapi nampaknya beg sudah ada 10 koleksi, baju tak muat almari dan sepatu pun tak tahu nak simpan mana lagi.
TIPS 2
Kurangkan Berbelanja yang Tak Penting
Lagi murah lagi elok. “Ekonomi meleset,” katanya. Jadi, beringat kala berbelanja. Ada yang memilih barang sama tapi membeli yang berharga lebih mahal. Katanya, “kualiti itu penting.”
Lebih mahal lebih bagus. Tetapi tengok keadaan juga (walhal produk yang dibeli sama sahaja apabila dilihat sekali imbas). Bijak membeli, biar menang juga memakainya. Apabila membeli dengan harga lebih rendah namun tetap berkualiti, anda dapat berjimat dan wang lebihan bolehlah disimpan.
Kredit foto: Google
TIPS 3
Cuba Dulu, Baru Beli
Sebelum beli cuba dulu barangan itu. Nanti pulang menyesal tak sudah. Tak muatlah, terlebih besarlah, koyaklah. Macam-macam! Kan dah rugi? Jangan pula kerana baju tampak cantik pada manequin, saiz tinggal satu pula, kamu berangan boleh muat lalu kamu ambil sahaja. Sudahnya, ia terperuk sahaja di dalam almari tak disentuh. Senangnya orang zaman moden sekarang membazir!
TIPS 4
Rancang Masa Depan
Terutama tiga keperluan utama ini. Ingat, sasarkan diri mahu membeli rumah, kereta dan menyimpan. Kalau sesak-sesak hujung bulan ada juga akaun boleh dikorek. Jika akaun yang ini kering, ada yang satu lagi.
Rancang perbelanjaan, tak mahu kah kamu miliki rumah dan kereta besar satu hari kelak? Jangan terlepas menyimpan, disiplin diri menyimpan sekurang-kurangnya RM50 sebulan, okey?