Jul 03, 2018 - 106

Siapa Tak Pernah Masuk BUTIK KOPI Kena Pergi Sekali ke Sini — Confirm Tenganga

Adakah anda peminum tegar kopi? Anda perlu berkunjung ke butik ini, pasti membuat terleka apabila menikmati aroma kopi premium.

 

 

 

Kredit foto: Nespresso

 

 

 

NESPRESSO telah melancarkan butik pertama di The Gardens Mall, Mid Valley City dengan tujuan untuk mempertingkatkan gaya hidup connoisseur kopi di Malaysia dan membolehkan penggemar kopi menikmati minuman kegemaran mereka yang berkualiti tinggi sebaik melangkah ke butik berkenaan.

 

Hadir pada acara pelancaran tersebut ialah Yang Berhormat Mauricio Gonzalez Lopez, Duta Columbia; Yang Berhormat Michael Winzap, Duta Besar  Switzerland dan Antony Barragry, Ketua Pegawai Eksekutif IGB Corporation Berhad sambil ditemani Renaud Tinel, Ketua Nespresso Asia dan Geoffrey Dalziel, Pengurus Pembangunan Perniagaan  Geoffrey  Nespresso Malaysia.

 

Bertemakan “Selamat Datang Nespresso”, tetamu dikejutkan dengan kehadiran Ratu Jazz Malaysia, Datuk Sheila Majid yang mendendangkan lagu popularnya berjudul Lagenda  dan Sinaran berduet bersama penyanyi terkenal, Resh.

 

Sementara itu, Aseana Percussion Unit menghangatkan lagi suasana menerusi persembahan dram muhibbah yang memaparkan ciri-ciri unik gendang Melayu, dram Cina dan dhol India.

 

 

 

Kredit foto: Nespresso

 

 

 

Kemuncak majlis didatangkan menerusi barista terkemuka Malaysia, Jason Loo, yang telah menyediakan empat campuran minuman Nespresso yang bercirikan cita rasa tempatan: Caramelito Ice Caffeinated Soya Cincau; Indriya Ice Asam Boi; Livanto Ice Twisted Cendol Melaka dan Rosabaya Bandung Rose Latte.

 

Dua minuman terakhir disediakan untuk sesi percubaan di butik Nespresso sehingga 2 Julai 2018.

 

“Pengguna di seluruh dunia kian pandai menilai minuman kopi mereka dan disebabkan itu, mereka semakin mencari pengalaman yang sofistikated. Ekoran itu, kami bersemangat untuk memperluaskan jejak kami di Malaysia, untuk membawakan saat-saat penuh ilham menikmati kopi kepada komuniti dan meningkatkan pengalaman ini kepada mereka.

 

Disebabkan itu, kami amat berbesar hati untuk menawarkan rakyat negara ini savoir-faire penuh Nespresso di bandar metropolitan Kuala Lumpur.”

 

“Butik Nespresso benar-benar merai kopi dan asal usulnya, pada masa yang sama membenarkan tetamu menyaksikan penghormatan yang diberikan kepada kopi di segenap ruang butik ini.

 

Tetamu juga digalakkan untuk meneroka amalan menikmati baharu yang disediakan di sudut bar. Paling penting, tujuan kami adalah untuk membenarkan kesemua tetamu mengalami elemen-elemen yang menggambarkan komitmen kami terhadap kelestarian,” jelas  Renaud Tinel, Ketua Nespresso Asia.

 

 

 

Kredit foto: Nespresso

 

 

 

Selain memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk membiasakan diri mereka dengan Nespresso dan merasai pendekatannya terhadap kopi, pelancaran butik tersebut juga menggambarkan komitmen jenama terkenal itu terhadap kelestarian dan pematuhannya terhadap ekonomi pusingan.

 

Untuk menggambarkan ekonomi pusingan ini, butik Nespresso berkonsep baharu itu  bersifat pemulih dan menerusi rekaan yang rapi, mengurangkan sisa.

 

Sebagai contoh, segalanya, daripada palet warna kopi keperangan dan emas yang diilhamkan daripada crema sehingga ke jubin lantai dan lampu-lampu dalam butik berkenaan, mengikut ladang-ladang kopi dan direka untuk menghubungkannya dengan kopi.

 

 

 

Kredit foto: Nespresso

 

 

 

Selain itu, Butik Nespresso juga memaparkan ruang-ruang hijau yang dihiasi pokok-pokok kopi dan pepohon rimbun bagi menghidupkan suasana umpama di ladang-ladang kopi yang merupakan sebahagian daripada Program Kualiti Kelestarian AAA Nespresso.

 

 

 

Kredit foto: Nespresso

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.