Dec 13, 2016 - 5294

6 Personaliti Kerjaya Ini Melambangkan Peribadi Anda, Ganjil Tapi Benar

Kerjaya yang kita pilih ini rupanya memberi perlambangan kepada peribadi diri. Anda, bagaimana?

 

Foto: Corbis 

 

 

1. Kesenian (Artistic) 

 

Foto: nyoozee.com

 

Individu dalam kelompok ini mempunyai kebolehan kesenian, kreatif dan inovasi. Mereka mempunyai kebolehan intuisi dan suka bekerja dalam situasi tidak atau kurang berstruktur. Tidak suka bekerja dengan tugas yang rutin atau berulang-ulang. Selalu menggunakan imaginasi dan daya kreativiti. 

 

 

2. Konvensional/Kelaziman (Conventional)

Individu yang suka bekerja dengan data dan nombor. Mempunyai kemahiran dalam bidang perkeranian serta mempunyai kebolehan dan kemahiran dalam menggunakan nombor. Melakukan sesuatu secara terperinci, bersifat akur dan mengikut arahan. 

 

3. Berdaya Usaha (Enterprising) 

Individu yang suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Mempunyai minat dalam mempengaruhi, mengarah, memimpin dan menguruskan individu lain. Pandai dan mahir memanipulasikan orang lain. Matlamat akhirnya adalah untuk mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi. 

 

4. Siasatan (Investigative) 

 

Foto: thecitizen.org.au

 

Individu yang suka membuat pemerhatian, mempelajari, menyelidik, menganalisa, menilai dan menyelesaikan masalah melalui penyelidikan. Mempunyai kemahiran saintifik dan matematik serta meminati kerjaya-kerjaya saintifik dan bercorak teknikal. 

 

5. Realistik (Realistic) 

Individu yang mempunyai kemahiran athletic dan mekanikal. Suka bekerja dengan objek, mesin, peralatan, tumbuh- tumbuhan dan haiwan. Lebih suka bekerja dalam situasi out door berbanding dalam pejabat. 

 

6. Sosial (Social) 

Individu yang suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Berminat dalam memberitahu, menolong, melatih, memperkembang, mengubati dan membuat kerja kebajikan untuk orang lain. Mempunyai kemahiran mengguna kata-kata serta mahir berkomunikasi dengan orang lain. Matlamat utama adalah membuat kebajikan. 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Anda Sedang Membesarkan Lelaki atau ‘JANTAN’?

  • Seterus →

    Bermimpi yang Pelik-pelik? Tahukah Anda, Apa Maksud Mimpi Anda Itu?