Dec 15, 2016 - 25393

Bermimpi yang Pelik-pelik? Tahukah Anda, Apa Maksud Mimpi Anda Itu?

Benar mimpi itu mainan tidur. Namun jauh di sudut hati, anda pasti ingin tahu, mungkinkah mimpi anda itu membawa sesuatu maksud yang tersembunyi.

 

 

TAHUKAH anda mengapa manusia bermimpi? Para saintis telah melakukan pelbagai kajian untuk mencari jawapannya. Pada tahun 1977, Hobson dan McCarley telah melakukan kajian mimpi dan merumuskan bahawa imej-imej dan bunyi-bunyian yang kita lihat dan dengar di dalam mimpi adalah hasil pemprosesan otak kita menafsir ‘noisy electrical signals'.

 

Ada pula saintis berpendapat, mimpi adalah caranya untuk kita menyimpan dan ‘memfailkan’ insformasi serta data-data yang diterima otak. Lebih menarik, beberapa kumpulan penyelidik mengatakan bahawa mimpi adalah caranya untuk menyelesaikan masalah secara mental dan emosi.

 

Tidak kira apa jua rumusan para saintis di seluruh dunia, pasti ada sebabnya kita bermimpi tentang sesuatu perkara itu. Kami kumpulkan beberapa tafsiran mimpi untuk pengetahuan anda, jom baca.emosi. 

 

 

TAFSIRAN 1

Jika kamu bermimpi bertubuh gemuk, ia bermakna...

Kamu akan dimuliakan orang atau lebih dihormati. Sebaliknya, jika kamu melihat diri menjadi kurus, kamu akan dipinggirkan orang. Mimpi tubuh disirami darah bermaksud harta disimpan tidak bertahan lama. Manakala mimpi badan mengeluarkan kutu, alamat orang susah akan terhibur atau si sakit akan beransur sembuh.

 

TAFSIRAN 2

Jika kamu bermimpi dalam bahaya, ia bermakna...

Kehidupan kamu nan tenteram bakal dirosakkan. Jika kamu pula menjadi penyelamat kepada orang ditimpa bahaya itu, tandanya kamu berlaku adil atau baik sesama kawan. Kamu bukanlah manusia berat sebelah atau menindas orang lain. Mungkin ini satu peringatan untuk anda agar lebih bertimbangrasa

 

TAFSIRAN 3

Jika kamu bermimpi menggunting barang, ia bermakna...

Maknanya kamu akan mendapat wang. Tetapi jika gunting yang kamu pegang terpisah satu sama lain, tandanya akan timbul pertengkaran dalam ahli keluarga. Mimpi membeli gunting pula, alamat kamu akan ditimpa masalah. Jika mimpi menggunakan gunting, maknanya kamu akan mengunjungi teman lama.

 

TAFSIRAN 4

Jika kamu bermimpi berjalan-jalan di pasar, ia bermakna...

Kamu akan digoda oleh seseorang. Kalau kamu melihat diri kamu sedang membeli barang di pasar tandanya kamu akan naik pangkat atau kewangan lebih stabil berbanding biasa. Mimpi suami isteri berbelanja di pasar bermaksud akan tiba kesenangan dan rukun rumah tangga kalian.

 

TAFSIRAN 5

Jika kamu bermimpi bebas terbang, ia bermakna...

Itu tandanya akan bertandang undangan istimewa berkat kelebihan diri kamu juga. Diri kamu sesungguhnya berharga. Kalau kamu melihat kapal terbang, kamu akan berhasil dalam usaha. Sedangkan kalau kamu yang terbang, kamu bakal mendapat satu pengalaman atau ilmu bermanfaat yang dapat membantu hidup kamu kelak.

 

TAFSIRAN 6

Jika kamu bermimpi lampu atau lilin, ia bermakna...

Jika kamu melihat diri sedang menyalakan lampu kecil di satu ruang, tandanya kejayaan kamu menuju kejayaan walaupun nampaknya sederhana saja. Kalau kamu melihat lampu kecil berkelip-kelip di mana-mana ruang, alamat kamu perlu berhati-hati. Mungkin kamu bakal mengalami kepahitan dalam kehidupan.

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    6 Personaliti Kerjaya Ini Melambangkan Peribadi Anda, Ganjil Tapi Benar

  • Seterus →

    “Tolonglah Sokong Saya Kalau Nak Bola Kelantan Sukses, Beli Air Tin RM5 Pun Takpa!” — Dato’ Seri Vida