Jan 25, 2017 - 13375

Amalan Kasih Sayang 10 Selebriti Malaysia yang Boleh Kita Contohi

Bagaimana cara anda menghargai insan yang anda sayangi? Kami himpunkan 10 amalan kasih sayang 10 pasangan suami isteri terkenal Malaysia ini. Ada sesuatu yang boleh kita pelajari.

 

 

Oleh: Athirah Zulikifli 

 

 

Kredit foto: Instagram &  

 

 

 

KITA selalu ambil ringan soal memupuk kasih yang sedia terjalin antara keluarga, suami isteri mahupun persahabatan. Sebenarnya kasih sayang akan lebih mekar dan bermakna jika ia sentiasa dibajai dan dihargai. Sikap saling prihatin dan ikhlas dalam menjalinkan kasih sayang barangkali salah satu elemen perhubungan yang mudah luntur kerana pantasnya pecutan hidup yang kita semua lalui.

 

Marilah kita sama-sama menceriakan kehidupan dan saling berkasih sayang. Anda pun maklum, pada zaman moden ini, ramai yang mempamerkan kasih sayang menerusi media sosial. Bukan sahaja dalam kalangan orang biasa, selebriti Malaysia juga turut mempamerkan kasih sayang mereka buat insan yang disayangi.  

 

InTrend tampilkan amalan kasih sayang 10 selebriti Malaysia yang boleh anda lihat dan ambil sebagai inspirasi menghangatkan lagi perhubungan anda dan si dia. Tidak ketinggalan, kami kongsikan juga 10 petua semarakkan kasih sayang antara suami isteri yang boleh anda amalkan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

10 Petua Kasih Suami Isteri

1. Jangan lupa tarikh ulang tahun perkahwinan dan hari jadi pasangan (perhatian buat suami-suami seMalaya yang sering lupa!). Begitu juga tarikh istimewa anak-anak untuk dirai bersama. 

2. Harus sentiasa berlemah-lembut, jangan meninggikan suara sewaktu berbicara.

3. Pandai memujuk rayu dan bergurau senda. Tanpa gurau senda rumahtangga tidak bermaya dan hilang keceriaan.

4. Apabila menegur biar cara berhemah supaya tidak menyakiti hati. Jangan terus-terus menyalahkan pasangan. 

5. Jika berlaku pertelingkahan atau rasa tidak puas hati, segeralah diselesaikan, jangan dibiarkan melarat. 

6. Bersegera meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sama. 

7. Senantiasa memberikan senyuman manis kepada pasangan. 

8. Bercantik-cantiklah untuk pasangan dan berwangi-wangian. Ini bukan tanggungjawab isteri sahaja tetapi juga suami ya!

9. Ucapkan rasa kasih sayang setiap hari walau sudah bercucu sekalipun. 

10. Layan sendiri pasangan anda setiap kali dia sakit, suapkan ubat dan bawakan makanan kepadanya. Dia lebih rasa dihargai dan dikasihi.

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Ini Tips Mudah Sediakan ‘Quesadillas’, Resepi Senang Untuk Wanita Sibuk Seperti Anda

  • Seterus →

    Panduan Penting Bantu Mangsa Kemalangan Jalan Raya, MESTI BACA Sebelum Anda Mulakan Perjalanan Jauh