Mar 28, 2017 - 41244
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
TAHUKAH anda, foto pertama di atas merupakan foto kepada sepasang bayi kembar perempuan dari Moscow, Rusia yang kini amat popular di dunia? Si comel itu kini sudah membesar menjadi si cilik comel dan terkenal serata dunia menerusi akaun Instagram milik ibunya, ibu cantik beranak empat yang bernama Elimira Ylyasova, dengan follower seramai 1.2 juta. Akaun Instagram yang diberi nama itu banyak mengabadikan momen-momen mencuit hati si kembar cantik ini yang pernah bermastautin di Dubai sebelum kembali ke bumi kelahiran iaitu Moscow, Rusia. Foto di bawahnya pula merupakan anak kembar perempuan paling 'hot' di Malaysia hari ini — tidak lain dan tidak bukan, The Angguns (Anggun Darleesa dan Anggun Darleena), permata hati kepada ibu jelita Diana Nasir, iaitu kakak kepada Anzalna Nasir.
THE ANGGUNS VS KEMBAR DARI RUSIA!
Sewaktu seluruh dunia sedang tergila-gilakan anak kembar dari Moscow Rusia yang bernama Safiya dan Asiya ini, Diana Nasir tiba-tiba menjadi perhatian netizen Malaysia apabila dia membuat kemunculan bersama pasangan kembar ajaibnya, yang dipanggil The Angguns. Mungkinkah beberapa bulan (atau tahun) dari sekarang, The Angguns akan menjadi berganda viral sehingga mengambil alih populariti kembar Rusia ini? Jom, kami bawakan momen-momen comel mereka, anda nilaikan sendiri.
Sumber foto: Instagram
APA KHABAR DIANA NASIR DAN THE ANGGUNS?
"Lepas dapat The Angguns, saya sibuk berganda-ganda!"
Itu pengakuan Diana Nasir yang baru sahaja dikurniakan sepasang bayi perempuan kembar yang tersangatlah comel. Dalam laporan InTrend sebelum ini, Diana membuka rahsianya kepada InTrend, bagaimana dia dan suami diberikan keajaiban luar biasa apabila doktor yang pada mulanya enggan untuk melakukan scan sekali lagi (kerana proses scan sudah pun selesai dan Diana disahkan hanya menghamilkan seorang bayi), terpaksa melakukan scan janin sekali lagi, selepas Diana merayu dan mendesak berkali-kali.
Sungguh besar kuasa Tuhan, kerana tanpa disangka-sangka, ada satu lagi janin muncul selepas 'bersembunyi' di belakang!
Berputik dan Mekarnya Sejarah Cinta Mummy Diana Nasir...
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Dan Ini Cinta Hati Mummy Elimira Ylyasova Dari Rusia...
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Saat Akhir Sebelum Mummy Diana Nasir Melahirkan Anggun Darleesa dan Anggun Darleena
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Saat Akhir Sebelum Mummy Elimira Ylyasova Dari Rusia Melahirkan Safiya dan Asiya
Sumber foto: Instagram
[VIDEO] DIANA NASIR DEDAHKAN MSTERI DAN KEAJAIBAN BAYI KEMBARNYA
Sumber video: Arkib InTrend Malaysia
#OOTD The Angguns ('Approved by Mummy Diana!')
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
#OOTD Safiya dan Asiya yang Buat Kita Rasa Geram
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Bila Anggun Darleesa dan Anggun Darleena Relaks di Kolam Renang
Sumber foto: Instagram
Gaya Safiya dan Asiya 'Chillax' di Kolam Renang
Sumber foto: Instagram
Bila Mummy Diana Nasir 'Outing' Dengan The Angguns
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Bila Mummy Elimira Ylyasova Jalan-jalan Sama Safiya dan Asiya
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Bila The Angguns Tidur (dan Seorang Lagi Tidur-tidur Ayam!)
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Bila Safiya dan Asiya Zzzz...
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Mungkinkah The Angguns akan mengatasi populariti pasangan kembar comel dari Rusia ini?
Hanya masa yang akan menentukannya. Kita tunggu dan lihat!
Sumber foto: Instagram
Sumber video: Instagram
Sumber video: Instagram
Sumber video: Instagram
Sumber foto: Instagram
PANDUAN BERGUNA MENYUSUKAN SI KEMBAR SECARA EFEKTIF
PANDUAN 1
Jangan Kedekut Untuk Membeli Pam Payu Dara yang Berkualiti
Ibu yang dianugerahkan anak kembar dinasihatkan suaya tidak kedekut untuk memperuntukkan sejumlah wang untuk membeli pam payu dara yang elok dan berkualiti tinggi. Pam payu dara yang bagus boleh menolong para ibu meningkatkan penghasilan susu. Hasilnya, ibu tidak stress, baby pula gembira dan kenyang. Jika mahu, para ibu boleh melaburkan untuk membeli pam elektrik berganda. Mengapa? Kerana ia mampu memerah susu pada kedua-dua belah payu dara pada masa yang serentak.
PANDUAN 2
Anda Perlu Menyusukan Bayi Perlu Dalam Keadaan Tenang
Janganlah menyusukan si kembar anda dalam keadaan stress dan huru-hara. Anda perlulah mencari masa dan tempat yang sesuai, yang jauh dari suasana rumah yang bising atau serabut supaya boleh menyusukan si kembar dengan relaks tanpa sebarang gangguan. Ambil masa ini untuk mengusap dan membelai si kembar dengan penuh kasih sayang sambil berzikir.
PANDUAN 3
Hindari Gangguan yang Boleh Merencatkan Proses Penyusuan
Sebaik-baiknya, jauhi diri anda daripada telefon bimbit apabila sedang menyusukan bayi. Juga, pastikan anak-anak kecil anda yang lain (si kakak atau abang kepada si kembar) sibuk dengan aktiviti mereka (seperti menonton TV, bermain lego, membaca buku cerita dan sebagainya) supaya mereka tidak mengganggu proses penyusuan si adik kembar.
PANDUAN 4
Jangan Malu Untuk Meminta Bantuan
Waktu menguruskan sepasang bayi kembar memang mencabar. Jadi janganlah segan untuk meminta bantuan daripada orang sekeliling. Ia bukan saja meletihkan fizikal, malah memenatkan mental juga. Maka pastikan anda terima sokongan padu daripada suami dan ahli keluarga untuk melaluinya.
PANDUAN 5
Cari Posisi Menyusukan Si Kembar yang Paling Sesuai
Cuba kenal pasti, apakah posisi atau situasi yang paling baik dan paling menyelesakan apabila anda menyusukan si kembar. Ada ibu selesa menyusukan kembarnya secara serentak. Ada pula ibu yang menyusukan kembarnya seorang demi seorang mengikut giliran. Yang mana betul? Kedua-dua cara ini betul dan tiada salahnya. Hanya anda sebagai ibu si kembar yang tahu, apakah yang paling baik untuk kalian bertiga.
PANDUAN 6
Makanlah Makanan yang Berkhasiat Supaya Susu Badan Anda Juga Berkhasiat
Ingatlah, anda perlu mejaga kesihatan diri anda dengan sebaik-baiknya, barulah anda boleh ‘berkhidmat’ dan memberikan yang terbaik untuk si kembar. Untuk itu, anda disarankan agar minum air dalam kuantiti yang mencukupi supaya susu badan anda lancar. Selalulah makan makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran, kismis, kurma, buah-buahan, minyak ikan, sayur-sayuran dan protein.
PANDUAN 7
Tidurlah Apabila Si Kembar Tidur
Tahukah anda, waktu rehat paling baik untuk anda ialah apabila si kembar juga sedang berehat? Maksudnya di sini, anda perlu bijak ‘mencuri’ masa rehat. Anda digalakkan supaya tidur sebentar (power nap) dari masa ke masa meski hanya untuk beberapa minit. Lakukan ‘power nap’ itu semasa si kembar juga sedang tidur.