Mar 10, 2017 - 216632
Oleh: Afiza Kamarulzaman
Sumber foto: Instagram
MELAHIRKAN anak kembar menjadi impian kebanyakan ibu bapa, apa lagi kalau dianugerahkan kembar perempuan. Selain dianggap 'hadiah berganda’, memiliki anak kembar juga sesuatu yang unik dengan telatah si manja yang akan membesar bersama, berbaju sedondon, seiring merangkak, bertatih, berlari… Oh sungguhlah comel!
Sumber foto: Instagram
Diana Nasir, kakak kepada pelakon Anzalna Nasir menarik perhatian ramai netizen apabila pertama kali membuka akaun Instagram anak kembarnya, The Angguns. Kemunculan kembar comel yang diberi nama Anggun Darleesa dan Anggun Darleena ini sentiasa dinanti bagi pengikutnya yang rata-rata geram dengan kecomelan dan keletah kakak dan adik itu.
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Ini Kejaiban Luar Biasa yang Telah Berlaku, Hebatnya Kuasa Allah!
Menurut suami Diana, Mohd Azwan Mohd Noor, kurniaan kembar ini umpama 'miracle'.
Ceritanya, "Diana memang obses dengan kembar sejak kecil. Dari dulu, dia bukan saja sukakan anak kembar tapi apa saja bersifat kembar Diana suka. Kucing kembar, anak patung kembar, apa sajalah benda yang berpasangan memang Diana geram. Sebelum kahwin lagi, Diana mengimpikan anak kembar…"
Sumber foto: Instagram
Apabila Janin Kedua Tiba-tiba Muncul
Dipendekkan cerita, setelah mendapat tahu dia mengandung, Diana dan suami ke klinik untuk melakukan ‘scan’. Suatu keajaiban berlaku! Pada ‘scan’ pertama, doktor memberitahu janin Diana ada satu sahaja, bermakna hanya satulah bayi yang akan dilahirkan.
Namun, Diana tidak percaya dengan menyatakan bahawa dia mengandungkan anak kembar dan meminta doktor tadi melakukan ‘scan’ sekali lagi.
Sesuatu yang di luar dugaan berlaku apabila daripada satu janin yang dilihat di monitor itu tadi, tiba-tiba muncul janin kedua dari belakang janin pertama tadi.
Subhanallah!
Suami Diana bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Malah doktor pun terkesima, kelu seribu bahasa. Diana hanya mampu menangis waktu itu. MIRACLE!
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Lahirnya Kembar yang Paling ditunggu, The Angguns
Tanggal 7 Januari 2017, maka lahirlah pasangan kembar yang menjadi angan-angan Diana selama ini. Didahului Anggun Darleena jam 8.34 pagi diikuti Anggun Darleesa jam 8.35 pagi. Kakak lahir dengan berat 1.98kg manakala adik 2.65kg.
Menceritakan detik kelahiran, kata Diana segala-galanya berjalan dengan lancar dan mudah. Dia melahirkan mereka secara caesarian. "Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Ini cucu pertama dalam keluarga kami, neneknya menangis dan semua adik-beradik terharu menyambut anugerah terindah ini."
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
Ditanya pula bagaimana membesarkan anak kembar yang pastinya tugasan lebih berganda berbanding menjaga anak seorang. Tutur Diana, "Diana tiada maid tapi mujur Mak banyak membantu. Mak tangkas. Dan suami juga tidak kekok menyalin lampin atau menyusukan mereka. Jadi, tidaklah Diana sendiri menguruskan mereka berdua. Tidak dinafikan agak penat terutamanya apabila kedua-duanya serentak menangis atau mahukan susu tetapi ia pengalaman yang tidak dapat dicari lagi. Jadi, Diana laluinya dengan tenang. Antara kakak dan adik, kakak lebih banyak 'kerenah' manakala adik lebih cool. Hahaha..."
Diana juga tidak nafikan sejak memiliki The Angguns, ke mana saja pergi, mereka sentiasa menjadi perhatian. Mengalahkan selebriti, ada sahaja yang mahu menjenguk ke dalam ‘stroller’, cuba mendukung dan mengambil gambar dengan The Angguns.
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram
[VIDEO] Diana Nasir dan Anak Kembarnya Muncul di Studio InTrend Malaysia
Ya, Diana mahu berkongsi kegembiraan ini dengan semua...
Mengakhiri perbualan, kata Diana, "Tidak salahkan berangan-angan. Percayalah, dengan izin Allah, akhirnya doa kita dimakbulkan. Percaya pada apa yang kita mahu, insya-Allah akan ada keajaibannya..."
Sumber foto: Instagram
Sumber foto: Instagram