Sep 17, 2017 - 330

Jangan Suka Beri Anak Makan Mi Segera, Makan Jajan — Ini RAHSIA Anak Cemerlang Dunia dan Akhirat

Kadang-kadang kita terlepas pandang. Kita selalu membiarkan anak kita menelan saja apa-apa makanan yang sempat kita masak dan beli. Tahukah anda apa akibatnya untuk jangka panjang? Apa lagi yang wajar anda lakukan agar anak cemerlang secara holistik?

 

 

 

 

Oleh: Mohd Khairul Faisal Hamzah 

 

 

 

Sumber foto: Mohd Khairul Faisal Hamzah 

 

 

 

RIBUT peperiksaan UPSR baru sahaja berakhir. Dan minggu peperiksaan hujung tahun bakal tiba.  Kebiasaanya ibu bapa yang akan terlebih gemuruh daripada anak-anak, manakala mereka masih lagi bermain santai; itulah realiti anak-anak kita. Terutama anak-anak dalam lingkungan usia 7-12 tahun. 

 

Tidak dinafikan setiap ibu bapa akan mengharapkan anak-anak mereka akan mencapai gred yang cemerlang di dalam peperiksaan mereka. Ini menjadi kebanggaan buat kita. 

 

Hmm… kebanggaan buat kita atau anak-anak? 

 

 

Sumber foto: Mohd Khairul Faisal Hamzah 

 

 

 

UNTUK SIAPA SEBENARNYA? JAWABLAH DENGAN JUJUR! 

Semak balik niat ini. Jika diri kita, sanggup kita meletakkan beban ke atas anak kita demi KEBANGGAAN KITA? Jika demi anak-anak, adakah kita mengerti KEMAMPUAN mereka tanpa membandingkan dengan anak-anak yang lain atau rakan sebaya mereka. Pernahkah kita lakukan perkara ini? Kebanyakkan kita hanya membandingkan tanpa melihat kemampuan anak-anak kita. 

 

Justeru, kita menjadi 'stress' dan lekas naik angin apabila anak-anak tidak memenuhi impian kita, bukan IMPIAN MEREKA.

 

Ekoran daripada itu, persepsi dan pendekatan saya mula berubah dan kini lebih menumpukan kepada keperluan perkembangan dan pembinaan diri anak-anak. Saya banyak membaca buku-buku kekeluargaan dan mengikuti blog-blog kekeluargaan, ternyata tips mereka amat berguna sebagai pedoman sahaja. Namun, pokok pangkalnya adalah diri kita sendiri sebagai ibubapa yang jauh lebih mengenali anak kita sendiri.

 

 

 

Sumber foto: Mohd Khairul Faisal Hamzah 

 

 

 

 

ANAK-ANAK KITA MENCARI IDENTITI, JADI BANTULAH MEREKA 

Bagi saya, anak-anak berusia 4-12 masih lagi mencari identiti dan bermain adalah satu aktiviti yang paling menyeronokkan. Oleh itu, bebanan harapan untuk memiliki kecemerlangan di dalam semua matapelajaran adalah satu tanggungjawab yang MAHA HEBAT.

 

Justeru, saya menekankan pemahaman melalui konsep yang boleh diguna pakai pada setiap hari; seperti pengurusan masa melalui jadual dan rutin harian. Saya akan jelaskan kepada mereka kesan dan impak sekiranya tidak menghormati masa. 

 

Contohnya, untuk masa untuk mandi dan bersiap sebelum makan malam, tekankan kepada mereka tempoh yang perlu diambil untuk mandi. Sekiranya terlewat atau terguna lebih masa, apa kesannya. Bagi anak saya, mereka akan terlepas rancangan kegemaran mereka ‘Upin & Ipin’. 

 

 

 

Sumber foto: Mohd Khairul Faisal Hamzah 

 

 

 

JANGAN SUKA BERI ANAK MAKAN ‘JAJAN’ ATAU MI SEGERA

Di sini, anak diajar masa mereka perlu pandai membaca jam dan mengatur masa, penggunaan air agar tidak membazir, persiapan untuk ke meja makan iaitu kemasan dan sebagainya. Jika dilihat sudah cukup merangkumi semua silibus pembelajaran mereka selama seminggu tapi hanya boleh dipraktikkan setiap hari dalam hanya 20 minit selama tujuh hari seminggu. 

 

Oleh itu, ibu bapa PERLU FAHAMI setiap silibus anak-anak dan ambil masa untuk memikirkan apakah aktiviti yang boleh diaplikasi hasil bimbingan guru di sekolah agar difahami dan seterusnya dipraktis secara konsisten. 

 

Paling mudah, sewaktu di meja makan, sediakan makanan yang mengikut diet yang betul, aturkan dalam kuantiti dan saiz. Secara tidak langsung  dapat mengaplikasikan ilmu Sains, Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan seterusnya kemahiran berfikir. Tanya mereka, ajak mereka menilai melalui perbualan biasa. Paling utama, kemahiran MENDENGAR dan EMPATI. Selainnya ikutlah kreativiti anda sendiri.

 

 

 

Sumber foto: Mohd Khairul Faisal Hamzah 

 

 

 

Sumber foto: Mohd Khairul Faisal Hamzah 

 

 

 

Saya selalu memastikan 7 perkara ini ada dalam persediaan anak-anak saya, iaitu:

1. Waktu tidur tidak lebih jam 9.00 malam.
2. Makanan dimasak sendiri, makanan sunnah sebaiknya. Elakkan mi segera atau jajan yang tidak berkhasiat.
3. Waktu belajar tidak lebih daripada 45 minit, sebaiknya 30 minit dan rehat 15 minit. Fokus anak-anak cepat hilang apabila terlalu lama.
4. Pastikan ‘homework’ disiapkan di sekolah, ini melatih anak-anak mengenai kepentingan mengurus masa dan prioriti.
5. Bawa anak-anak beriadah dan bermain ‘brain teaser’.
6. Latih anak-anak menjawab soalan peperiksaan.
7. Bangun awal pagi, sebaiknya solat Subuh berjemaah. Mengaji sebelum masuk peperiksaan dan berdoalah wahai ibu bapa agar anak anda menjadi anak yang soleh dan solehah.

 

 

 

Sumber foto: Mohd Khairul Faisal Hamzah 

 

 

 

Alhamdulilah, pencapaian anak-anak saya tidaklah terlalu cemerlang sehingga 100%, tetapi untuk jangka masa panjang, saya lengkapi mereka dengan kemahiran KELANGSUNGAN HIDUP, BERDIKARI dan MAMPAN. Maksudnya, jika mereka tidak cemerlang tapi mereka boleh siap siaga memilih opsyen untuk menjadi memulakan PERNIAGAAN dan tidak hanya bergantung kepada CITA-CITA untuk BEKERJA MAKAN GAJI.

 

“LIFE IS NOT ABOUT GETTING SCROLL BUT SUSTAINABLE AND SURVIVAL.”

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.