Jul 19, 2017 - 3275

‘Pose’ (Duduk 'Macho' Macam Bos!) Anak Feeya Iskandar Ini Pasti Buat Anda Senyum Geli Hati

Apabila tulang belakangnya sudah kuat, maka bolehlah bayi didudukkan dengan sempurna. Jom tengok gelagat anak Cik Piah Sinar FM. Comel sangat!

 

 

 

Sumber foto: Instagram

 

 

 

SEKALI-sekala jom hiburkan hati lihat foto-foto baby comel. Buat masa sekarang ini, ada beberapa baby selebriti Malaysia yang sedang ‘trending’, antaranya baby Lisa Surhani dan Yusry KRU, baby Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana, pasangan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen, juga selebriti Fouziah Gous.

 

Kali ini InTrend bawa anda tinjau gaya baby Adam Malique, anak sulung kesayangan penyampai Sinar FM, Feeya Iskandar aka Cik Piah. Apabila tulang belakang bayi sudah kuat, maka akan bermulalah kesukaannya yang baru, yakni duduk macam bos! Tak sabar pulak nak tengok baby Adam Malique belajar bertatih nanti. 

 

 

Sumber foto: Instagram

 

 

 

Sumber foto: Instagram

 

 

 

Bila Adam Malique, 'Baby' Feeya Iskandar Duduk Macam Bos...

 



Sumber foto: Instagram

 

 

Sumber foto: Instagram

 

 

Sumber foto: Instagram

 

 

Ingin Beli Kasut Pertama Untuk Anak yang Baru Bertatih?

Anda Kena Baca 4 Tips Ini

Tips membeli kasut untuk bayi yang baru belajar bertatih/berjalan:

TIPS 1 Jangan beli kasut bayi anda pada waktu pagi. Ini kerana pada waktu pagi, kondisi tapak kaki agak kecut dan belum ‘kembang’. Saiz tapak kaki pasti akan berubah sekitar 5% lebih besar pada waktu petang (cuaca panas).

 

TIPS 2 Mencuba kasut dalam posisi duduk adalah cara yang salah. Sebaliknya, anak anda mestilah mencuba kasut barunya dalam keadaan berdiri. Anda sepatutnya boleh menekan ibu jari di antara hujung kasut (bahagian hadapan) dan hujung jari kakinya. Juga, sepatutnya wujud ruang pada tumit. Apabila anda menekan jari kelingking anda, ia sepatutnya muat dan masuk pada bahagian belakang kasut.

 

TIPS 3 Biarkan anak berjalan dan bertatih-tatih di sekeliling kedai kasut selama lima minit, kemudian dapatkan mereka dan lihatlah kembali keadaan kakinya.

 

TIPS 4 Kaki bayi yang baru belajar bertatih cepat membesar. Jadi anda perlu selalu memeriksa kasutnya setiap dua bulan. Jika sudah sempit, segera beli kasut yang baru.

 

 

 

Sumber foto: Instagram

 

 

 

Sumber foto: Instagram

 

 

Sumber foto: Instagram

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    12 PETUA ASLI yang Mesti Anda Cuba Sebelum Naik Pelamin, Petua 1 Harus Diamalkan

  • Seterus →

    Hafiz Hamidun & Joy Reyfa Sofia Elok ‘Honeymoon’ Macam Nak Rak di Taipei — Siapa Kata Mereka Dingin?