Apr 27, 2017 - 2648

DIARI CIK CANTIK: Biarlah Berlakikan ‘The Beast’, Jangan Isteri Jadi ‘Banker’ Sampai Tua!

Memang susah kalau berkahwin kerana paras rupa. Biarlah bersuamikan lelaki yang ‘tak berapa lawa’. Asal dia ada ilmu agama, bukan juga kaki kikis duit isteri!

 

 

Oleh: Miss Cherry 

 

 

 

Sumber foto: Shutterstock.com 

 

 

 

 

CINTA itu buta. Kalau sudah suka, cinta tak nampak cantik-hodoh atau baik-jahat. Yang cinta nampak, sayangku itu yang teragung, yang terbaik di dunia hingga ke Jannah. Namun, apabila cinta terkandas di tepi jalan, semuanya pergi jahanam, dari Jannah bertukar sumpah-seranah. Baru terungkit, si dia itu jerawatnya besar, ketiaknya busuk, makannya berdecap, perutnya buncit, giginya kuning dan segala yang busuk-busuk keluar apabila cinta membawa luka!

 

Miss Cherry hadiri kenduri kahwin kawan sekolah Miss Cherry minggu lepas. Seronok kerana kendurinya menjadi tempat kami reunion. Ada yang hampir 20 tahun tak berjumpa, jadi macam-macam cerita yang kena flashback dan fast forward. Sambil mengulang tayang cerita lama, kisah sang pengantin yang utama tidak kami lepaskan untuk dijadikan isu utama. Malam itu juga, kawan sekelas Miss Cherry ketika tingkatan tiga WhatsApp Miss Cherry. Tulisnya; “Aku tak sangka si Nurul tu yang punyalah cantik boleh pilih lelaki macam tu. Bukan nak mengata, macam langit dengan bumi. Sudahlah tua 15 tahun, perut dah ke depan, gigi tak penuh. Ermmm… agaknya poket penuh, tutup mata sajalah Nurul tu.”

 

 

Kita Rasa Suaminya Tak 'Handsome', Tapi di Mata Isteri Suami Macam Artis Abang 'Sado'!

Miss Cherry reply; “Nor, itu kan jodoh. Mata kita nampak lakinya tak handsome, tapi mana kita tahu di mata Nurul lelaki itulah yang paling sado. Last kita jumpa Nurul 12 tahun yang lalu. Mana kita tahu apa yang dia pernah lalui sebelum ni? Mungkin banyak lelaki handsome dia pernah kenal tapi menyakitkan dia. Sebab itu, pilihan akhir dia si tua gendut itu?” 

 

Lama Nor senyap tak online di WhatsApp. Sangka Miss Cherry dia sentap kerana Miss Cherry tidak menyebelahi pendapatnya. Selepas dua jam, Nor kembali berdetik di WhatsApp. Tulis Nor lagi; “Sorry my hubby balik tadi. Sibuk layan makan dia…” 

 

“Oh, lama tak jumpa your hubby! Sihat ke Sham?”

 

“Eh, ingat lagi kau nama laki aku ya!”

 

“Siapa boleh lupa laki kau yang handsome tu! Semua orang tak berkelip mata pandang dia masa korang atas pelamin dulu. Punyalah kacak kalah Fattah Amin!”

 

Meleleh Air Liur Bila Tengok Suami Nor

Kemudian, Nor hilang semula dari WhatsApp. Aikk! Miss Cherry curiga lagi. Dia sentapkah dengan WhatsApp terakhir Miss Cherry yang puji suami dia tadi? Tetapi, betul apa, suami Nor memang kacak, pramugaralah katakan! Pandai groom pulak tu. Siapa yang pandang tak toleh dua kali, tak bernafsulah tu.

 

Bukan setakat perempuan, ‘adik-adik’ pun meleleh air liur kalau tertoleh akan suami si Nor itu. Miss Cherry dengar Nor cinta separuh mati dengan suaminya itu. Mereka kenal ketika di universiti. Cinta mereka hampir terkandas apabila suaminya mula terbang ke awan biru tetapi segera diperelokkan oleh Nor, maka mereka berkahwin juga. Kata orang, Nor hampir bunuh diri dulu apabila pertunangan mereka hampir diputuskan. Orang segak siapa mahu lepaskan! Okey, dipendekkan cerita, esoknya Nor kembali WhatsApp Miss Cherry.

 

“Salam. Sorry, semalam sepanjang hari aku tak tidur… huhu…”

 

“Kenapa pula? Sakit ke?”

 

“Tak. Aku fikir apa yang kau WhatsApp semalam. Aku baru tersedar. Seksa sebenarnya bersuamikan lelaki kacak! Kena jaga 24 jam. Aku yang tak cantik ni, kenalah usaha 200% cantikkan diri. Kenalah selalu pergi facial, makan ubat kurus, beli tudung Neelofa. Kalau tak memang kami tak sepadan bila berjalan…”

 

Oh, begitu! Miss Cherry tarik nafas dalam-dalam. Susahnya kalau berkahwin kerana paras rupa. Biarlah kawan kami yang tadi itu berlakikan ‘The Beast’, sekurang-kurangnya sakitnya di mata tapi di hati bahagia.

 

Kalau ada yang kata dia kahwin kerana duit, dengar ceritanya dia pernah cuba berkawan dengan lelaki penganggur. Sakit jiwa terpaksa menjadi banker lelaki itu. Handsome memanglah! Akhirnya, dia pilih untuk menjadi ratu kepada sang raja yang hodoh lagi gendut itu! Kerana dia tahu, apabila dia menjadi ratu dia berhak minta apa saja. Dia tak perlu usaha terlalu keras untuk maintain cantik kerana si tua itu pun tertinggal jauh daripada segi keanjalan wajah mahupun potongan badan; metabolisme pun dah merudum. Jadi, apa makna cinta buat anda? Mahu sakit mata atau sakit jiwa?

 

“Dalam urusan perasaan dan duniawi lainnya, kita tidak akan pernah mengerti hakikat memiliki, jika kita terlalu ingin memilikinya. Justeru, kita akan mengerti saat kita melepaskannya.”
— Darwis Tere Liye      

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Elak Tinggal Sebumbung, Selalu Sangka Baik — Petua Ini Anda MESTI BUAT Supaya Jadi Menantu yang disayang Mentua

  • Seterus →

    DIARI CIK CANTIK: Yang Hitam Nak Putih, yang Pesek Nak BEDAH HIDUNG — Wanita Melayu senang ditipu!