Sep 18, 2016 - 177

MESTI CUBA! Makanan di Kafe ini Membuat Anda Terleka Apabila Menikmatinya

Tumpuan Selera Warga Kota Menawarkan seleksi hidangan barat yang lazat lagi berkhasiat, kafe ini kian mendapat tumpuan warga kota yang dahagakan menu sihat dan keselesaan kala menjamu selera.


OLEH: Huda Hussian 



Menyebut namanya sahaja sudah cukup bikin hati tertarik untuk terus menerokai apa yang menarik di kafe ini. bermaksud ‘berganda’ sesuai dengan pilihan menu dan hiasan dekorasi kafe secara keseluruhannya. Ya, gandakan selera anda dan teman-teman mahupun seisi keluarga di sini!

LOKASI TENANG

Lokasinya cukup strategik, terletak di Persiaran KLCC menjadi tumpuan warga kota yang bekerja sekitar pusat bandar ini. Terkenal dalam kalangan sosialit, Doppio adalah sebahagian daripada kafe hip sekitar ibu kota yang menepati selera segenap lapisan masyarakat. Usah bimbang dengan harga yang ditawarkan, bermula serendah RM3 hingga RM35, ia menawarkan aneka hidangan untuk sajian sarapan, makan tengah hari dan minum petang. 

Waktu Operasi: 8pagi - 5petang
Facebook:  
Websitewww.doppio.com.my 


Foto: Ihsan Doppio KL


MENU MESTI CUBA!

Menjanjikan seleksi kopi yang dibru segar, penggemar tegar kopi pasti tidak mahu melepaskan peluang menikmati secangkir kopi kegemaran anda di sini. Dihasilkan oleh barisan barista berpengalaman, ada banyak seleksi kopi yang pasti menambat selera anda. 

Foto: Ihsan Doppio KL


Doppio KL juga menawarkan aneka menu kek kegemaran pelanggan seperti The Salted Caramel Brown Sugar Cake dan pastri selain menu sihat seperti sandwich Roast Beef Croissant. Banyak lagi menu menarik untuk pilihan sarapan yang harus anda cuba antaranya Egg Benedict, Chicken Wrap, Croque Madame sebagai pembuka selera untuk memulakan hari anda.
 


Foto: Ihsan Doppio KL

Doppio KL turut menarik perhatian pelanggan untuk terus berkunjung ke sini dengan sajian utama seperti lasagna, bagel dan wraps sebagai pilihan untuk makan tengah hari. 
 

 

 

URBAN & KONTEMPORARI 

Menyingkap mengenai hiasan dalaman dan dekorasi kafe, ia lebih bercirikan elemen moden dengan sentuhan kontemporari nan segar. Terbahagi kepada ruang terbuka dan ruang dalam kafe yang lengkap dengan penyaman udara, keselesaan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan. 
 


Foto: Ihsan Doppio KL


Saat kaki melangkah masuk ke dalam kafe, terdapat sebuah motosikal vespa vintaj yang menjadi titik tumpu menyambut kunjungan pelanggan ke sini. Ia turut membangkitkan elemen retro yang diolah dengan gaya tersendiri namun tetap kelihatan tersusun. 
 


Foto: Ihsan Doppio KL


Penggunaan dinding kaca yang memisahkan ruang dalam dan luar kafe memberi ilusi ruang lebih luas sekali gus membolehkan pelanggan menikmati pemandangan kota di sekitarnya. Pemilihan perabot kemasan kayu untuk kerusi dan meja pula selari dengan keseluruhan konsep kafe serba moden dan kontemporari. Ayuh, kunjungi Doppio KL untuk menambat rasa! 



 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    ANEH TAPI BENAR! Rahsia Peribadi Anda Terbongkar Kerana Ais Krim!

  • Seterus →

    Mengapa Pencinta Kopi Mesti Datang Ke Kafe Ini? Adakah disebabkan...