Oct 12, 2016 - 3340

10 Bukti YB Khairy Jamaluddin Figura Politik Paling ‘Fit’ di Malaysia

Tidak syak lagi, YB Khairy Jamaluddin memang berjiwa sukan dan boleh dikatakan ahli politik paling 'fit’ di Malaysia.

 

Oleh: Athirah Zulkifli 

 

 


 namanya tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia, malah Menteri Belia dan Sukan ini sering mendapat perhatian di laman media sosial. Selain karisma dan kekacakannya, faktor lain yang turut menjadi perhatian ramai adalah gelagat, minat serta kebolehannya dalam aktiviti sukan dan kecergasan. Pelbagai aktiviti sukan dicuba sendiri oleh YB Khairy Jamaluddin. Malah sikapnya yang ‘sempoi’ tanpa perlu bergantung pada protokol-protokol rasmi menjadikan dia seorang ‘Yang Berhormat’ yang amat dekat dengan hati rakyat.

Baru-baru ini, , menjadi salah seorang daripada 12 atlet negara yang disenarai pendek dalam acara polo berpasukan di Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur. Sekiranya terpilih, beliau bakal mencatat sejarah sebagai menteri pertama yang menyertai Sukan SEA dalam Kejohanan Polo Terbuka Malaysia. Jika dilihat pada sejarah kesukanannya, YB Khairy Jamaluddin pernah aktif dalam sukan polo sebelum bergelar Menteri Belia dan Sukan. Pastinya ramai tidak sabar melihat YB Khairy Jamaluddin beraksi dalam Sukan SEA nanti. 

 

YB Khairy Jamaluddin Antara 'Instagram Influencer’ yang Anda Mesti Follow! <KLIK DI SINI>

 

YB Khairy Jamaluddin juga amat popular dalam kalangan netizen, dilabel sebagai lelaki yang Tall, Dark & Handsome. Dek kerana sifat-sifat dimiliki ini, membuat ramai gadis meminati beliau. Adakah pembaca InTrend salah seorang peminat YB Khairy Jamaluddin?

Jom InTrenders, kami bawakan 10 foto yang membuktikan bahawa sememangnya YB Khairy Jamaluddin Menteri Malaysia yang paling ‘fit’ dan aktif bersukan di Malaysia. 

 

 

YB Khairy berhenti sekejap lepaskan penat lalu 'wefie' bersama anaknya. 

 

 

Siapa kata lelaki tak macho kalau pakai warna pink? YB Khairy buktikan warna pink tak hilangkan ke'macho'annya. Sempoilah YB!

 

Bersemangatnya YB Khairy apabila bersukan. 

 

Meski sibuk dengan hal politik YB Khairy masih melakukan aktiviti berbasikal. 

 

Berbasikal aktiviti yang paling digemari YB Khairy. 

 

Meskipun mengalami kekejangan, YB Khairy tetap meneruskan berbasikal hingga ke garisan penamat. Cayalah YB Khairy!

 

Sempat lagi ber'selfie' meski tengah berkayuh basikal. #Buatduaperkaradalamsatumasa 

 

Lepas ini YB Khairy boleh cuba sukan bola keranjang pula. 

 

Ini dia juara marathon! 

 

YB Khairy beregu bersama Dato' Lee Chong Wei. Steadylah YB!

 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Mengapa Hotel Unik di Langkawi Ini Menjadi Tarikan Pelancong?

  • Seterus →

    20 Tahun Astro yang Gemilang!