Dec 05, 2016 - 8554

Rezeki Video Viral "Apa Salah Kakak?", Keluarga Ini diburu Banyak Jenama Tempatan

Siapa sangka daripada video viral "Apa Salah Kakak?", empunya akaun Facebook ini menjadikannya platform niaga paling efektif sehingga banyak jenama tempatan memburu keluarga kecil ini.

 

Oleh: Hakimi Tajul As'ari 

 

 

 

 

KISAH anak 'viral' memberi peluang buat keluarga ini membuka lembaran baru dalam hidup mereka. Siapa sangka daripada video viral "Apa Salah Kakak?", empunya akaun Facebook ini menjadikannya platform niaga paling efektif sehingga banyak jenama tempatan memburu keluarga kecil ini.

 

 

"Saya ada di dalam bilik waktu itu sebelum dengar mereka bergaduh. Saya terus ambil telefon dan rakam keletah mereka. Selepas itu, baru saya tahu Qeisya membebel kerana Harraz pukul kepalanya. Itu yang dia tanya banyak kali, apa salah kakak?” katanya.

 

“Sebelum ini ada banyak video dan gambar yang dimuatnaik, namun tidak menjadi 'viral'. Bila video ini popular, saya terkejut. Mungkin video itu popular sebab keletah Qeisya dan Harraz. Malah, ia juga mengimbas semula zaman pengguna Facebook ketika mereka kecil,” katanya.

 

 

“Sejak video itu dimuatnaik dan mencecah hampir 300,000 'viewers', membuatkan kehidupan saya berubah sekelip mata. Kami bukanlah daripada kalangan keluarga selebriti malah kami adalah keluarga kecil yang tidak dikenali."

 

"Ya, jadual dan cara hidup kami berjalan seperti biasa malah sorotan daripada viralnya video yang diberi tajuk “Apa Salah Kakak?” itu buat ramai followers mahu saya mempromosikan perniagaan mereka. Alhamdulillah, impak yang luar biasa diterima apabila ramai yang menderu masuk ke akaun Facebook saya membuatkan perniagaan mereka semakin mendapat banyak permintaan, sekali gus sebagai salah satu platform promosi yang efektif.”

 

“Saya anggap rezeki ini adalah rezeki anak-anak saya, namun sebagai ibu sudah pasti saya mendapat tempias daripada populariti yang diraih mereka. Pernah juga ada jenama fesyen inginkan anak saya untuk memperagakan pakaian mereka tetapi saya terpaksa menolaknya kerana tidak mahu anak saya berasa penat dengan jadual yang padat. Malah tempoh shooting yang lama dan memenatkan serta komitmen yang tinggi mendorong saya menolak pelawaan dengan cara yang baik. Justeru, saya lebih rela jika segala kemahuan pelanggan saya yang aturkan kerana saya lebih memahami kondisi anak saya. Lebih mudah jikalau shooting dilakukan sendiri.”

 

 

Setahun sudah berlalu, penangan video viral "Apa Salah Kakak?" hingga kini menjadi tatapan netizen.

 

“Sekarang mereka semakin membesar, gelagat mereka semakin lasak. Biasalah budak-budak. Daripada segi pelajaran tiada ‘special treatment’ mahupun kelas khusus untuk mereka. Mereka menjalani kehidupan sama seperti kanak-kanak lain.”  

 

RANCANG CIPTA JENAMA SENDIRI

"Sememangnya untuk membesarkan anak satu cabaran besar buat semua ibu bapa di luar sana termasuk saya. Sementelahan saya memasang impian yang tinggi maka saya menggunakan platform sedia ada dengan menampilkan produk saya sendiri. Insya-Allah, semua ini dalam perancangan. Moga nawaitu ini dipermudahkan dengan sokongan kalian."

 

 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    20 Momen ‘Ajaib’ Hasil Air Tangan Ikram Ismail yang Paling ‘Awesome’, Ini Memang Kerja Otai

  • Seterus →

    Tak Sangka! Mahasiswa Ini Makan Roti 70 Sen Sehari Untuk Bina Empayar Bisnes