Dec 03, 2016 - 55539

"Pelanggan Beratur Keliling Kedai!" – Berkat Wanita Ini Jual Kek RM1 Sepotong Raih Untung Berganda

InTrend menemu bual Puan Kaseh yang berasal dari Muar, Johor berkongsi mengenai kisah viral perniagaan kek RM1 sehingga pelanggan beratur panjang keliling premisnya.

 

Oleh: Hakimi Tajul As'ari 

 

 

KISAH tentang seorang suria niaga bernama Puan Kaseh yang berusaha melawan arus kemelesetan ekonomi semasa. Bermula dengan niat yang murni, wanita ini mampu bersyukur sokongan pelanggan membeli kek air tangannya tidak putus-putus sehingga kini serta sambutan yang LUAR BIASA.

 

 

>>>Janda Meletop Ini Buktikan Tanpa Suami Dia Masih Mampu Berdiri<<<

 

“Saya mulakan perniagaan di rumah pada awalnya saya menjalan perniagaan kek ini setelah berhenti kerja sebagai juruaudit di syarikat swasta. Kisah perniagaan kek ini bermula enam tahun lepas. Sebelum ini kedai saya sudah dikenali dengan harga kek mahal. Kebanyakan pelanggan yang inginkan kek tempahan khas untuk majlis istimewa mereka akan terus mencari kedai saya. Ya, mungkin ramai yang tahu kek tempahan khas memang mahal harganya oleh kerana penggunaan bahan yang berkualiti serta proses yang rumit ditambah pula dengan hasil seni ukiran fondant yang sukar.”

 

 

“Kisah perniagaan saya berubah 360 darjah dari sebuah kedai yang dikenali dengan kek yang mahal sehingga ramai yang takut untuk masuk ke sebuah kedai kek yang di kenali dengan harga yang murah dengan ratusan pelanggan. Kisah Viral Kek RM1 sememangnya adalah satu titik tolak untuk perniagaan saya lebih dikenali. Siapa sangka berkat doa serta usaha saya dan keluarga jadikan impian itu satu realiti.” 

 

“Bermula kisah kek RM1 ini apabila satu hari saya ingin adakan majlis hari jadi untuk anak saya. Boleh dikatakan dengan bajet yang tidak banyak saya perlu mencari penyelesaian untuk menghasilkan kek yang murah tetapi sedap. Setelah siap, saya caturkan kiraan sebuah kek itu boleh jika dijual dengan RM1. Soal keuntungan? Saya juga masih lagi untung jika menjual kek dengan harga sebegitu. Oleh itu hari pertama saya cuba jual sepotong kek dengan harga RM1 mendapat sambutan yang luar biasa daripada pelanggan. Hari kedua, orang sudah mula orang beratur di luar premis dengan teratur. Ya, bagaikan mimpi, pelanggan yang beratur pula bagai tidak perlu disuruh mereka berpakat sesama sendiri mengikut giliran. Alhamdulillah hari kedua, kedai saya sudah kosong. Pada mulanya saya jangkakan hanya kek RM1 sahaja yang laris tetapi kek lain dengan harga yang mahal juga terus terjual.  Tiada apa yang tinggal hanya bekas kek yang licin perlu dicuci. Alhamdulillah. Keesokan harinya masuk hari ketiga saya terperanjat kerana pelanggan semakin ramai beratur sehingga keliling kedai!” 

 

>>>Tips Kalau Anda Sayang Tubuh Sendiri, Sila Ikut Kalau Mahu Badan Mantap!<<<

 

 

“Kek RM1 ini bukan lah teknik pemasaran mahupun formula untuk melariskan jenama kedai kek saya, tetapi ini boleh di katakan satu percubaan yang mendatangkan hasil, siapa sangka dengan kek yang RM1 ini membuatkan pelanggan membeli kek yang lain. Syukur, saya boleh katakan setiap hari kek saya habis terjual. Malah bukan sahaja kek, barangan niaga sahabat yang tumpang barang untuk dijual di kedai saya juga laris semuanya. Inilah amal jariah yang mungkin saya sendiri tidak sedar. Berbalik kepada niat pula, mungkin niat ingin membantu peniaga melayu khususnya dalam bidang berniagaan ini dipermudahkan.” 

 

“Ternyata di daerah Muar sebenarnya tidak banyak kedai kek yang dimiliki oleh Melayu tetapi permintaannya tinggi. Satu hari kami akan hasilkan 70 hingga 80 biji kek. Setiap hari kedai kami akan sentiasa di banjiri dengan pelanggan yang membeli kek kami sehingga 'SOLD OUT'. Saya hadkan pembelian untuk kek RM1 maksimum 6 potong sahaja setiap pelanggan, ini kerana saya ingin semua merasa dan berlaku adil kepada pelanggan yang sudah beratur panjang.” 

 


JANGAN BERHENTI BELAJAR BIARPUN KITA SUDAH BERJAYA 

“Ilmu sesuatu yang sangat berharga oleh itu saya pesan kepada peniaga Melayu khususnya sebelum memulakan perniagaan jangan segan untuk menuntut ilmu. Saya  sekarang masih lagi belajar selok belok perniagaan inikan pula zaman teknologi laman sosial adalah landasan terbaik untuk peniaga melebarkan sayap penjenamaan." 

 


BANTU YANG KURANG BERKEMAMPUAN 

“Pada zaman kegawatan ekonomi ini sebenarnya banyak hikmah bagi peniaga Melayu khususnya. Saya harus bangkit mempertingkatkan ekonomi saya sendiri. Kek RM1 jika dikira tidak lah besar untungnya. Tetapi saya seronok kerana saya dapat pelanggan baru yang mula mengenali kek dari D’Kaseh. Berbalik pada niat pula, saya harus sentiasa menolong mereka yang kurang berkemampuan. Saya yakin, mereka yang membeli kek RM1 ini juga gembira dengan rasa serta kualiti yang saya sajikan dengan harga yang sangat berpatutan.” 

 


HARAPAN UNTUK ANAK DAN PERNIAGAAN 
Saya bertuah kerana miliki keluarga kecil yang memahami perjalanan kerjaya saya. Ya, saya memang tiada banyak masa untuk keluarga tetapi anak saya memahaminya. Saya impikan jenama D’Kaseh ini sama seperti Secret Recipe. Meniti di bibir rakyat Malaysia, meskipun impian itu terlalu jauh untuk saya capai saya yakin dengan adanya azam serta usaha ia mampu direalisasikan. Anak yang pertama juga menunjukkan minat dalam bidang ini saya menyokongnya dengan menghantarnya ke kelas membuat kek dengan lebih khusus. Harapan saya juga agar perniagaan saya ini diwarisi oleh anak-anak saya untuk masa akan datang."

 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    “Tutup ‘Air-con’, Bukak Tingkap…” — Kata-kata Akhir Arwah Pak Yus Jambu Sebelum Hembuskan Nafas Terakhir, Al-Fatihah

  • Seterus →

    “Dalam Sujud Itu Saya Dapat Lihat Azab Kubur” — Yatt Hamzah